in , ,

Zack Merican Dapat Lampu Hijau dari Isteri Lancar Single POLIGAMI

Setelah sekian lama menyimpan lagu ini, akhirnya penyanyi dan penulis lagu Zack Merican telah melancarkan lagunya sendiri berjudul POLIGAMI untuk pendengar.

Zack Merican anak kelahiran Kuala Lumpur mula berkecimpung dalam bidang seni sejak 2011 selepas video temubual dalam kereta bersama selebriti terkenal menjadi perhatian ramai di channel Youtube. Paling menarik apabila Rizky Febian turut menjadi tetamu di salah satu episod.

Dalam tempoh itu juga, Zack Merican tidak putus harapan untuk menempatkan dirinya dalam beberapa program realiti dan pertandingan nyanyian. Namun, kebanyakan ujibakat yang disertainya hanya bolos di peringkat final sahaja.

ZACK MERICAN

Biarpun tidak berjaya bolos menjadi peserta pertandingan, Zack Merican berjaya membuka mata penerbit untuk menjadi salah seorang ahli kumpulan TIGA yang pernah mengungguli carta dengan lagu hasil ciptaan Datin Alyah pada sekitar tahun 2013-2014.

Setelah video di Youtube mendapat tontonan ramai, nama Zack Merican telah menarik perhatian pihak TV3 untuk duduk di kerusi pengacara program Borak Kopitiam yang bersiaran di TV3. Beliau juga pernah memeriahkan beberapa program TV lain seperti Sembang Sahur dan juga Wowshop. Selain aktif sebagai pengacara, Zack Merican turut berpeluang untuk menjadi penyampai radio di HotFM. Di konti radio terkenal itu, Zack Merican mendapat didikan dari penyampai radio Deen.

Untuk rekod, lagu POLIGAMi merupakan single ke-5 buat Zack Merican dan lagu ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang sudah pun berkahwin dengan wanita yang dicintainya. Namun, tidak lama selepas itu, hadir semula bekas kekasihnya dan perasaan cinta hadir ke dalam hati lelaki itu.

Tercetus niat untuk mengambil bekas kekasihnya itu untuk dijadikan isteri kedua yang sah. Namun, setelah difikirkan semasaknya, cinta yang hadir itu sebenarnya adalah nafsu. Tambahan lagi, lelaki itu tak mampu untuk berkahwin dua.

“Saya sangat teruja dan bersyukur setelah single ini dikeluarkan. Saya harap single ini mendapat perhatian seluruh peminat muzik tanahair. Alhamdulilah diharapkan single ini menjadi permulaan yang baik untuk tahun 2024 ini,”

– Zack Merican
Zack Merican Dapat Lampu Hijau dari Isteri Lancar Single POLIGAMI

Lirik lagu ini ditulis sendiri oleh Zack Merican dan lagu pula Zack Merican bergabung dengan Rinkarnaen. Dari segi ciptaan lagu, Zack Merican mendapat inspirasi dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Jika kita lihat, lagu ini menceritakan tentang kisah yang berlaku dalam masyarakat dan dalam masa yang sama memberi mesej yang positif.

Mesej yang ingin disampaikan dalam lagu POLIGAMI adalah betapa pentingnya seseorang itu berfikir secara rasional sebelum mengambil keputusan untuk berpoligami. Lagu ini juga membawa ‘vibe’ yang baharu kerana ianya sangat easy listening dan rentaknya senang diikuti oleh pendengar.

Tidak mahu tipikal dengan judul-judul lagu cinta yang lain, Zack Merican telah bersetuju untuk meletakkan judul POLIGAMI untuk menarik perhatian orang mendengarkan lagunya.

Bercakap tentang poligami, menurut Zack, poligami itu tidak salah, tapi yang membuatkannya nampak salah di mata masyarakat kerana si pelaku poligami itu dibuat dengan cara yang tak betul.

Zack juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada isterinya yang memberi greenlight dan turut membantu memberi semangat moral semasa menghasilkan lagu ini.

Sebelum ini, Zack Merican sudah melancarkan empat buah lagu iaitu Tolong Jangan Pergi, Sekadar Kawan, Ninety Days dan Masih Setia. Zack juga merupakan salah seorang komposer dan penulis lirik bagi beberapa penyanyi terkenal tanahair seperti Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Fieya Julia dan Luqman Faiz

POLIGAMI boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music. 

ZACK MERICAN
ZACK MERICAN

Profile Zack Merican

Zack Merican ialah Hos TV, komposer, penulis lagu, Youtuber dan penerbit kandungan yang berpangkalan di Malaysia.

Zack Merican dilahirkan pada tahun 1993, 14 April. Beliau juga memiliki saluran Youtube sejak 2011 dan menghasilkan kandungannya sendiri. Membina kandungan hebat seperti vlog inspirasi, podcast, permainan, menjadikan khalayak/pengikutnya bertambah setiap hari.

Zack Merican percaya bahawa impian menjadi kenyataan dengan sikap yang optimistik, positif dan kerja keras. Setiap orang berhak mendapat kejayaan mereka sendiri jika mereka benar-benar bekerja keras untuk itu dan mempunyai sikap yang betul.

Zack Merican sentiasa mahu menjadi konsep dan idea impian menjadi kenyataan. Juga, itu menjadikannya disahkan untuk diiktiraf sebagai Youtuber Malaysia yang sedang meningkat naik 2017 oleh OhBulan!

Beliau turut dijemput sebagai salah seorang tetamu dalam ‘Motif Viral’ Astro. Beliau telah dijemput untuk menjadi salah seorang panel bagi sidang media anjuran Google Malaysia. Bersama tiga Youtuber lain, beliau berkongsi pengalaman dan pengetahuannya tentang penciptaan kandungan digital kepada pelbagai media dan akhbar. Beliau telah dinobatkan oleh New Straits Times sebagai salah seorang daripada Superstar Digital pemberontakan (2hb April, 2018)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DANIAL CHUER

Danial Chuer Meneraju Kuliah Komposisi UiTM Dalam Pembikinan Konsert 

SHAA

Shaa Kembali Pertaruhkan Genre Balada Pop Melayu Berjudul Kau Bukan Milikku