in ,

Elfira Loy & Suami Kongsi Gambar Romantis Di Bali

Elfira Loy dan suaminya, Faris Anuar sering sahaja menjadi tumpuan ramai apatah lagi kini difahamkan pasangan sama cantik sama padan ini berada di Bali.

Menjadi tumpuan netizen hari ini adalah gambar romantis pasangan bahagia 2019, Elfira Loy dan Faris yang sedang berbulan madu di Bali.

Elfira dan suaminya dilaporkan ke sana juga kerana menghadiri ke majlis bahagia rakan baiknya iaitu seorang pelakon terkenal Indonesia, Randy Pangalila yang sudah berkahwin dengan kekasihnya, Chelsey Frank.

Bagaimanapun, Elfira yang berkongsi moments indah ketika di Bali mencuri perhatian ramai apabila selebriti cantik ini kelihatan berseri.

Elfira Loy & Faris
Elfira Loy & Faris

“Thanks to our driver who took this photo, I think Faris feeling lebih bila driver kita yang tangkapkan.”

– via IG Elfira

Namun, foto mesra Elfira dan Faris ini pula membuatkan ramai terhibur apabila Elfira berseloroh mengenai suaminya yang dikatakan ‘feeling lebih’ yang membuatkan peminat tidak ketinggalan turut memberikan komen apabila mereka dikatakan ‘sweet’.

Elfira Loy & Faris

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Yang Berlaku di Elmina Lakeside Concert

Ada Sebab Adira Tidak Kongsi Gambar Bersama Suami