in , ,

Elfira Loy Dikritik Melompat Dalam Keadaan Hamil Dengan Kasut Tinggi

Semalam perkongsian pelakon Elfira Loy menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video memaparkan aksinya melompat di kolam renang.

Malah dia mengakui lebih selesa menggunakan kasut tinggi kerana kerap tersadung bila mengunakan kasut flat.

Sejak semalam nama Elfira Loy telah menjadi sebutan warganet apabila dia memuat naik satu video di laman Instagram yang menunjukkan aksi berbahaya melompat di sebuah kolam renang.

Lebih menimbulkan rasa seriau orang ramai apabila pelakon yang sedang sarat mengandung anak kedua itu dilihat mengenakan kasut tumit tinggi ketika melakukan aksi lompatan itu.

Teruk menerima kecaman, Elfira menerusi satu hantaran di IG Story kemudiannya tampil menjelaskan punca dia melakukan aksi berkenaan.

Elfira Loy Dikritik Melompat Dalam Keadaan Hamil Dengan Kasut Tinggi

Sementara itu, pada perkongsian tersebut, Elfira memberitahu dia sedang bercuti dan sudah lama mahu ke lokasi tersebut.

Dalam pada itu, Elfira sempat mengingatkan mengenai aksi melompatnya itu tidak menjadi ikutan buat ibu hamil yang lain.

Elfira Loy Dikritik Melompat Dalam Keadaan Hamil Dengan Kasut Tinggi

Menurut Elfira, dia sebenarnya sudah lama mengidam untuk melakukan lompatan berkenaan. Jelasnya perasaan itu sama seperti perasan mengidam yang dialami ibu hamil lain antaranya perasaan ini memakan sabun.

“Rasa nakkk sangat. Rasa nak yang macam orang mengidam nak makan sabun tu. Saya rasa mengidam sebab dah plan nak lompat.

“Saya memang fikir semalaman nak buat ke tak, dan saya tidak cadangkan untuk lompat bagi sesiapa yang tidak berani.

“Jika nak fikir ‘kalau jadi apa-apa’ banyak lagi kalau dekat semua perkara yang boleh terjadi, jadi saya percaya Allah lindungi saya.

Elfira Loy Dikritik Melompat Dalam Keadaan Hamil Dengan Kasut Tinggi

Lebih selesa kasut tumit tinggi sebab selalu tersadung bila guna kasut flat

“Tentang kasut pula saya lebih banyak tersadung jika mengunakan kasut flat dan kasut sukan daripada kasut tumit tinggi. Sebab itu, saya boleh berlari menggunakan kasut tumit tinggi dan perkara ini diketahui oleh semua rakan-rakan terdekat,” kata Elfira.

Tambahnya lagi, jika ada netizen yang ingin mengecam perbuatannya itu, dia menyifatkan usianya sudah tua dan sudah tidak kisah jika dikecam kerana itu adalah pilihan mereka.

Bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, Elfira meluahkan rasa syukur bakal dikurniakan anak perempuan.

Elfira mendirikan rumah tangga dengan Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019. Pasangan itu menimang cahaya mata lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris kini berusia tiga tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jam Tangan Ikonik Ice-Watch, ICE Generation Kini Kembali 

Filem KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI Raih RM 1 Juta Dalam Tempoh 6 Hari