in ,

Ada Sebab Adira Tidak Kongsi Gambar Bersama Suami

Pernah diduga dengan isu kontroversi rumahtangga, Adira atau nama sebenar Siti Adira Suhaimi tidak lagi menoleh ke belakang dan menganggap apa yang sudah berlaku sebelum ini, biarlah berlalu.

Selain soal karier seni, Adira juga menerima pertanyaan soal suami yang tidak mampu dielak sepanjang dia bergelar isteri orang. Apatah lagi di Instagram Adira sendiri, jarang terlihat dia memuatnaik gambar bersama suaminya.

Dipetik dari Kosmo, jika ditanya mengenai hubungan bersama Datuk Red, Adira lebih selesa untuk tidak berbicara terlalu terperinci tentang kisah rumah tangga.

Adira

“Ada yang bertanya mengapa tidak banyak bergambar dengan suami di Instagram. Tiada kaitan kerana saya ingin fokus dengan kerjaya nyanyian sekarang.

– Adira

Dalam kenyataannya ketika ditemubual dengan Kosmo, Adira tidak menafikan bahawa rumah tangganya tidak diuji dengan permasalahan.

Soal rumah tangga bahagia atau tidak, itu hak saya untuk bercerita kepada orang ramai. Tipulah kalau saya cakap rumah tangga kami tidak diuji dengan permasalahan. Mesti ada namun buat masa sekarang, semuanya okey sahaja dan saya rasa tidak perlu bercerita lebih lanjut.

– Adira

Tak cuma itu, kata Adira, tidak memuat naik gambar dia bersama suami di media sosial juga boleh menjadi antara faktor yang membawa kepada persoalan orang ramai mengenai keretakan rumah tangganya.

Namun Adira tak mahu ambil pusing dengan soalan-soalan tersebut kerana sudah lali dan mereka ada hak untuk berkata-kata.

“Rumah tangga ada pasang dan surutnya. Saya tidak letak gambar dengan suami di Instagram pun jadi isu. Suami selalu tiada di sisi pun jadi isu. Biarlah orang ingin kata apa. Hak mereka untuk berkata-kata. Hak saya juga untuk tidak kongsi apa-apa,” ujar Adira 

– Adira

Walaubagaimanapun, Adira ternyata bahagia dengan kehidupan dirinya sekarang sebagai seorang isteri dan anak kepada Anggerik dan Asan. Malah Adira menambah dia harus bersikap matang menempuhi segala cabaran.

Adira

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elfira Loy & Suami Kongsi Gambar Romantis Di Bali

Alif & SonaOne Sebar Mesej Positif dalam Single PUN BOLEH