in , ,

Elfira Loy Gesa Orang Ramai Ambil Suntikan Dos Penggalak

Sejak beberapa lalu, peningkatan kes harian Covid-19 mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia apabila hari ini sebanyak 17,000 kes dicatatkan.

Perkara itu turut mendapat perhatian Elfira Loy yang menggesa orang ramai mengambil suntikan dos penggalak sekiranya ingin keluar bertemu individu lain.

Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Elfira Roy turut pelik dengan sikap segelintir individu yang tidak percaya dengan jumlah peningkatan kes harian Covid-19.

Elfira Loy Gesa Orang Ramai Ambil Suntikan Dos Penggalak

“Saya tidak faham mengapa terdapat sesetengah orang tidak percaya dengan nombor (kes harian) sedangkan hampir setiap hari ada sahaja orang di sekeliling saya dijangkiti. Sepertinya hampir setiap hari saya lihat ada yang disahkan positif atau menjadi kontak rapat,” tulisnya.

– Elfira Loy

Kata Elfira lagi, pembantu peribadinya turut disahkan positif Covid-19 baru-baru ini. Ujarnya lagi, tidak mengapa jika tidak mahu mengambil dos penggalak tetapi jangan keluar melepak di tempat sesak.

“Sekarang pembantu peribadi saya juga dijangkiti ketika jadual kerja sangat padat. Jika anda menolak dos penggalak tidak mengapa tetapi jangan keluar melepak di tempat yang sesaklah. Jika anda nak lepak, tolong ambik suntikan doa penggalak,”

– Elfira Loy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wak Doyok | 21

Tahniah! Wak Doyok Dilantik Jadi Duta Syarikat Pelaburan, Tapi Ini Pula Kata Netizen

Mastura Ismail

Penyanyi Lagu APO KONO EH JANG, Mastura Ismail Meninggal Dunia