in ,

Berhibur di Gempak Selebriti ASTRO

Gempak Selebriti ASTRO kembali lagi mengegarkan anda! Kalau tahun lepas, orang kata pesta tahunan ini gempak giler, tahun ini lagi bertambah gempak dengan macam-macam aktiviti dan hadiah menarik.

Pada 21 dan 22 Mac lalu, telah berlangsung Gempak Selebriti ASTRO di Queensbay Mall Pulau Pinang dengan meriah sekali. Ramai sekali pengunjung yang datang walaupun cuaca agak panas terik. Dari jam 10 pagi hingga 10 malam, pengunjung tak putus-putus untuk bersantai bersama-sama dengan selebriti yang hadir.

Rata-rata pengunjung yang datang adalah dari sekitar negeri Pulau Pinang dan tak kurang juga ada yang sanggup datang jauh dari Kedah dan Perlis. Apa tidaknya, jauh dekat memang tak kisah, yang penting, cuti hujung minggu mereka terisi dengan program dan persembahan artis.

Booth dan gerai juga banyak didirikan, antaranya booth channel movie pakej Astro seperti HBO, MAX dan StarMovies. Macam-macam games diadakan untuk peminat filem selain dapat melanggan pakej Astro.

Lawak jenaka yang menceriakan!

Betapa kanak-kanak ini seronok nampaknya

Untuk kanak-kanak pula, Fun booth yang menampilkan kanak-kanak dari saluran Astro seperti Disney, Nickelodean dan Cartoon Network. Ibu bapa yang datang menemani anak-anaknya tidak lupa untuk singgah.  

Sekali sekala, tampak mereka begitu sporting melayani anak-anak yang begitu lincah. Seronok betul tengok diorang. Macam-macam kerenah ada. Ternyata, masa Gempak Selebriti tempat diorang bersuka ria. Begitu ceria, budak-budak dan anak-anak ini bermain dengan pelbagai permainan menarik. 

Konsert dari bintang Akademi Fantasi. Waa… Hazama ni siap buat gaya nak merempit la pulak.

Gempak Selebriti Astro memang sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Pendek kata, seisi keluarga boleh datang. Untuk aktiviti pengunjung yang minat dengan sukan, boleh berkunjung di booth Sports yang menampilkan channel seperti ESPN, Star Sports, Astro Supersports, Golf Channel, EuroSport. Yang pastinya, kalau join aktiviti kat sini, memang berpeluh sakanlah! Bawak 2 helai baju, takut basah baju nanti.

Betullah orang kata, Astro mengeratkan ikatan keluarga. Apa taknya kalau kita tengok di Family booth, memang gempak sebab banyak sangat aktivitinya. Dari yang besar hingga kecil boleh join. Kalau nak tau, Family booth ini untuk pakej Astro seperti Astro Ria, Oasis, Kirana, Zee dan banyak lagi.

Untuk pelanggan setia Astro, jangan lupa untuk menukarkan hadiah idaman anda di Redemption Booth. Juga kalau ada sebarang pertanyaan, boleh kunjungi booth kaunter pertanyaan atau  Sales booth. Tapi yang istimewanya, untuk pelanggan setia, bolehlah melegakan keletihan badan dan pergi di booth ini untuk buat urutan refleksologi. Sampai kena beratur panjang sebab terlalu ramai. Jadi, kalau dah letih-letih pusing-pusing, bolehlah rehatkan dan manjakan badan. 

Untuk pelanggan yang mahu menaik taraf (upgrade) pakej mini Astro mereka, korang akan dihadiahkan key chain, pen dan buku nota Gempak Selebriti Astro.

Rata-rata pengunjung berpuas hati dan terhibur dengan persembahan LIVE artis yang datang. Antara artis yang datang ialah….

Pada malamnya pula, konsert selama 2 jam telah diadakan untuk hiburan. Antara artis yang terlibat ialah Alam, Mila, Marsha, Riz, Edlin, Idayu, Farhan, Farish, Fitri, Hazama, Tam, Akma. Sesi ramah mesra bersama asrtis-artis Astro pun adaaaa…  

Memang gempak sebab kali ini artis-artis yang datang memberikan persembahan yang cukup bertenaga dengan rangkaian lagu-lagu yang happening! Mereka juga turut berinteraksi dengan pengunjung dengan lakonan drama dan sketsa dari beberapa adegan dalam drama dan filem.

Juga tak ketinggalan ikon Astro seperti Tok Wan dan Alycia dari Astro TVC. 

Mahu berseronok dengan macam-macam aktiviti yang dianjurkan oleh Astro? Ha, kalau ada yang tak sempat datang minggu lepas, kali ini, korang boleh datang Gempak Selebriti Astro di Central Square, Sg. Petani, Kedah pada 4 dan 5 April 2009 dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Gempak Selebriti ASTRO mengajak anda yang menetap di kawasan-kawasan berdekatan untuk bergembira dan berpesta! Pastinya, anda akan dihiburkan dengan persembahan hebat daripada artis-artis yang terlibat. Jadi jangan lepaskan peluang ini dan datanglah beramai-ramai untuk mengalami keseronokannya!

Datang, jangan tak datang! Mesti gempak punyaaaa!

Layari: http://www.astro.com.my/gempak09

Celoteh duta Astro dan Alam yang menghiburkan

Wah! Riz… bukan main lagi jadi rebutan

Sertai keriangan bersama Astro!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kimora: Life in the Fab Lane New Season di 8TV

Senarai Penuh Menteri Kabinet Baru 2009 Datuk Seri Najib Tun Razak