in , , ,

Ashraf Sinclair, Suami Bunga Citra Lestari Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Ini satu lagi berita mengejutkan yang Budiey baru sahaja terima, setelah lebih seminggu negara kehilangan anak seni, seorang pelawak, bernama Abam Bocey, pada hari ini 18 Febuari kita dikejutkan dengan satu lagi perkhabaran duka di mana seorang pelakon terkenal, Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair yang berusia 40 tahun telah meninggal dunia hari ini akibat serangan jantung.

Menurut pengurus kepada Allahyarham Ashraf SInclair, iaitu Daysz Erlangga, beliau mengesahkan pelakon itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.51 pagi hari ini di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta, Indonesia. Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia dalam tidur dipercayai akibat serangan jantung.

Daysz ketika dihubungi oleh portal Harian Metro, dia amat sedih dengan pemergian Ashraf yang juga suami kepada penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL

Ashraf Sinclair, Suami Bunga Citra Lestari Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

“Dengan rasa sedih, saya mengumumkan kehilangan suami kepada BCL dan ayah kepada Noah Sinclair,” 

– Daysz Erlangga

Menurut laporan dari Kompas TV, berita ini disampaikan sendiri oleh pengurus Bunga Citra Lestari bernama Doddy.

“Benar. Ash udah enggak ada,”

– Doddy

Menurut laporan portal berita mStar, berita sedih ini turut disahkan sendiri oleh ibu allahyarham, Khadijah Abdul Rahman menerusi aplikasi WhatsApp.

“Anak saya Ashraf telah pulang ke Rahmatullah. Dalam perjalanan ke Jakarta sekarang,” 

– Ibu Ashraf

Pada ketika berita ini ditulis, difahamkan jenazah suami kepada aktres Indonesia, Bunga Citra Lestari ini masih berada di sebuah pusat perubatan di Jakarta.

Ashraf yang lahir di London pada 18 September 1979 dan dibesarkan di Malaysia mencipta nama dengan pembabitan awalnya sebagai model dalam iklan Kasut Gombak pada tahun 1990-an.

Pada tahun 2005, dia membintangi filem Gol & Gincu. Pernah terlibat dengan telemovie DOSA yang disiarkan di Astro First. Allahyarham kemudian memperluaskan kerjayanya di Indonesia sehinggalah bertemu jodoh dengan aktres negara itu, Bunga Citra Lestari sebelum kedua-duanya bernikah pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair.

Semenjak berhijrah ke Indonesia, Allahyarham telah berlakon dalam lebih 2,000 episod sineteron di sana. Namun, dalam meniti kejayaan di sana, Ashraf pernah berkata, dia tidak sekali pun pernah melupakan industri tanahairnya di Malaysia.

Kali terakhir Budiey menemubual Arwah adalah pada bulan Jun 2019 semasa Ashraf terlibat dengan pengambaran filem J RETRIBUSI yang menggandingkan arwah bersama dengan pelakon Zul Ariffin, Amelia Henderson, Datuk Rosyam Nor dan ramai lagi.

Berita sedih yang menimpa penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL membuatkan ramai selebriti, peminat dan pengikut setia Allahyarham menghulurkan ucapan salam takziah di ruangan komen di akaun Instagram Ashraf Sinclair. Begitu juga dengan Twitter milik isteri Allahyarham, pelakon dan selebriti dari Indonesia, Bunga Citra Lestari turut dibanjiri dengan ucapan duka salam takziah dari warganet.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Ashraf Sinclair.

Ashraf Sinclair - Fuad
3 beradik lelaki - Hisham Hamid (Fahad), Remy Ishak (Farid) and Ashraf Sinclair (Fuad)
Ashraf Sinclair profile
Tonggak Utama DOSA, Remy Ishak, Shenty Feliziana, Hisham Hamid dan Ashraf Sinclair

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Produk DeSlim Atasi Masalah Penghadaman & Membantu Mengurangkan Berat Badan

Todak Motorsports Sedia Platform Untuk Peminat Sukan Permotoran