in , ,

Luahan Rindu BCL Terhadap Ashraf Sinclair Dalam Video DEAR LOVE

Kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair pada dua bulan lalu membuatkan Bunga terpaksa cekal teruskan hidup bersama Noah. Ini menjadikan sambutan Syawal kali ini pastinya memberi perbezaan kepada penyanyi dan pelakon Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari.

Sambutan Aidilfitri tahun ini cukup berbeza buat penyanyi Bunga Citra Lestari apabila dia meraikan hari lebaran itu tanpa suami tercinta iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair dan menyambutnya dalam keadaan norma baharu akibat penularan wabak Covid-19. Ini membuatkan Bunga terpaksa cekal teruskan hidup bersama Noah.

Selepas pemergian suami menghadap Ilahi, ini kali pertama BCL memuatnaik video istimewa di laman Youtube.

Pada 31 Mei lalu, sebuah video yang dikongsi menerusi YouTube berjudul ‘Dear Love…” telah mengundang sebak penonton.

Ini merupakan video pertama yang dimuatnaik menerusi akaun Youtube Bunga Citra Lestari selepas hampir dua bulan kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair. Selepas 4 jam dikongsikan di platform itu, video tersebut telah cecah 461 ribu tontonan. Video berdurasi 11:28 minit itu didedikasi khas buat arwah suaminya, memaparkan kenangan sambutan Syawal mereka bersama pada tahun-tahun sebelum ini.

Dalam video momen meraikan Aidilfitri itu, BCL telah menggabungkan pelbagai potongan video Ashraf semasa menyambut Syawal bersama keluarganya sebelum ini.

Selepas pemergian suami menghadap Ilahi, ini kali pertama BCL memuatnaik video istimewa di laman Youtube. Selepas 4 jam dikongsikan di platform itu, video tersebut telah cecah 461 ribu tontonan. Menurut BCL, meskipun Ashraf tiada di sisi, namun arwah suaminya itu tetap akan berada dalam ingatannya dan anggota keluarga yang lain.

Dear love, meskipun ragamu sudah tiada tapi jiwamu sentiasa ada bersama saya dan doa untukmu cara untuk saya meluahkan rasa cinta… I miss you each and everyday!,”

Luahan Rindu BCL Terhadap Ashraf Sinclair Menerusi Dear Love Buat Penonton Sebak
Bunga bersama anak tunggalnya, Noah.

Meskipun kemeriahan tidak sama seperti tahun sebelum ini, namun Bunga dan keluarga masih mengekalkan tradisi yang sama seperti ketika arwah masih hidup.

“Malam itu kita sekeluarga membacakan surah Yasin untuk kamu, itu kami lakukan setiap malam dan kami tidak lepaskan malam itu tanpa takbir seperti kamu lakukan malam tahun lalu… cuma kali ini berbeza tanpa kamu dan kami bertakbir secara online bersama ustaz.

“Kita solat raya di rumah… sangat indah dan pengalaman baharu Aidilfitri tahun ini. Rasanya sangat berbeza ditambah pula kondisi pandemik, tak boleh keluar rumah untuk bersolat atau beraya bersama.

“Lebaran kali ini seperti biasa saya siapkan makanan seperti semasa kamu ada… saya jaga tradisi ini untuk bagi Noah biasa dengan kehidupan baharu ini,”

– Bunga Citra Lestari

Selain anak mereka, Noah, turut kelihatan ibu bapanya, Muchlis Rusli dan Emmy Syarif serta ibu mentua, Khadijah Abdul Rahman dan beberapa orang saudara terdekat.

Luahan Rindu BCL Terhadap Ashraf Sinclair Menerusi Dear Love Buat Penonton Sebak
Gambar kenangan… Bunga bersama keluarga Ashraf ketika sambutan Aidilfitri tahun lalu.

Sementara itu, Bunga meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan kesempatan untuk meraikan Aidilfitri bersama insan tersayang ketika orang ramai kini sedang berdepan pelbagai dugaan dan ujian.

“Itu tidak mengurangkan kemuliaan Aidilfitri, kami bermaaf-maafan dan melalui momen ini kita makin sedar bahawa di luar segala cubaan mendatang, namun kita bersyukur masih ada bersama.

“Kita duduk bersama berkongsi kasih sayang, ummi (ibu Ashraf) sudah dua bulan berada di Indonesia jauh dari keluarga di Malaysia menemani saya dan Noah, juga pada ibu dan ayah serta semua… saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mereka berada bersama saya.

– Bunga Citra Lestari
Luahan Rindu BCL Terhadap Ashraf Sinclair Menerusi Dear Love Buat Penonton Sebak

Nikmati Moment Yang Dipunya

Sambutan tahun ini agak berbeza. Kehilangan suami tersayang, namun, lebaran penyanyi ini masih ditemani dengan keluarga tercinta. Permulaan video ini dibuka dengan serangkap ayat yang menyentuh perasaan ramai penonton.

Nikmati moment yang dipunya. Mencintai, memberi kasih dengan orang yang dicintai. Karena kita tahu, Waktu amat sangatlah berharga.

Ini Bukan Perjalanan Yang Mudah

Bunga Citra Lestari menerusi kapsyen di laman Youtube tersebut mengakui perjalanan hidup tanpa suami tercinta adalah sukar baginya. Terkadang hatinya menjadi lemah meskipun dia sedaya cuba kuat hadapi kebenaran hidup. Tapi dia percaya ini merupakan proses baharu bagi dirinya dan anak.

Peminat Bersedih dan Meluahkan Rasa Terharu

Rata-rata penonton juga bersedih dan menangis menonton video ini. Mereka turut memberi kata-kata semangat buat Bunga untuk meneruskan kehidupan bersama anak tanpa Ashraf disisi.

Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu di Jakarta, Indonesia.

Pemergian arwah Ashraf bukan sahaja memberi tamparan kepada keluarga malah semua yang mengenalinya terutama rakan selebriti serta peminat dari Indonesia dan Malaysia.

Bunga, 37, dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Al-Fatihah buat Allahyarham Ashraf Sinclair, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Sumber: Instagram BCL, Youtube & mStar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mamat Khalid Nafi Ingkar Arahan Penggambaran

Tidak Dikenali Ramai, Ini 3 Kontroversi Pelakon Shah Hazvee