in , ,

Pesanan Terakhir Arwah Bad Indigo Sebelum Menghembus Nafas

Semalam industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita duka pemergian penyanyi Bad Indigo, 48, yang dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Bad menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 7:30 malam tadi di tempat kerjanya di bengkel kereta di Ampang.

Menjengah ke media sosial Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah itu, perkongsian terakhir dibuatnya di Instagram adalah tiga hari lepas.

Menerusi perkongsian tersebut, Bad memuat naik sebuah video yang memaparkan dia memberi pesanan kepada semua.

“Assalamualaikum, sealamat pagi, harap semuanya sihat.

“Apa sahaja yang anda sedang lalui, atau apa sahaja yang menimpa anda, yang paling penting sekali jangan ‘give up’.

“Dan sentiasa ingat Allah ada dengan kita, Allah tak kejam kan, Insya-Allah buka pintu hati dan tengok banyak lagi kebaikan yang ada, Insya-Allah. Assalamualaikum,”

– Bad Indigo

Ternyata pesanan tersebut adalah pesanan terakhir yang dibuat kepada semua melalui media sosialnya.

Sementara itu, jenazah Allahyarham Bad akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, Petaling Jaya, selepas solat Jumaat, hari ini.

Sebelum ini, Allahyarham Bad yang menghidap kencing manis menjalani pembedahan membuang tiga jari kaki pada 9 Mei tahun lalu sebelum semua jari kakinya terpaksa dipotong beberapa bulan kemudian.

Untuk rekod, Bad pernah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021 namun jodoh tidak panjang.

Mereka mengesahkan sudah bercerai pada 23 Jun 2022 tanpa berkongsi lanjut punca perpisahan tersebut. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AMELIA HENDERSON

Amelia Henderson Tak Perlu Bayar Ganti Rugi RM200,000, A.Aida Putih Mata

Jom Ikuti Pertandingan COBRA 10S Ke-50 2023 Pada 11 & 12 November Ini