in , ,

Apple Naikkan RM5 Harga Langganan Apple One Kini Bermula RM34.90 Sebulan

Genap setahun sejak meningkatkan harga langganan Apple One, kini tahun ini Apple sekali lagi melakukan peningkatan harga langganan Apple One untuk pelanggan tempatan.

Apple Naikkan Harga Langganan Apple One Sebanyak RM5 – Kini Bermula RM34.90 Sebulan

Kini, pelan Apple One bermula RM34.90 sebulan (berbanding sebelum ini RM29.90 sebulan).

Apple Naikkan RM5 Harga Langganan Apple One Kini Bermula RM34.90 Sebulan

Berikut merupakan harga langganan baharu Apple One:

  • Apple One Individual – RM34.90 (sebelumnya RM29.90)
  • Apple One Family – RM44.90 (sebelumnya RM39.90)
  • Apple One Premier – RM84.90 (sebelumnya RM78.90)

Pelan individu dan keluarga memperlihatkan peningkatan sebanyak RM5, sementara pelan premium memperlihatkan peningkatan sebanyak RM6 sebulan. Bagi yang tidak mengenali akan Apple One, ia merupakan berkas langganan yang menyatukan beberapa perkhidmatan Apple dibawah satu pakej – termasuk Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan iCloud.

Apple Naikkan RM5 Harga Langganan Apple One Kini Bermula RM34.90 Sebulan

Kemaskini harga ini dilakukan oleh Apple pada peringkat global yang melibatkan sejumlah negara, termasuk Amerika Syarikat. Harga baharu ini dijangka akan diambil kira pada bil anda bermula bil akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eskayvie Buka Peluang Bisnes, Beri Manfaat Buat 3.5 Juta Penduduk Sabah

AMELIA HENDERSON

Amelia Henderson Tak Perlu Bayar Ganti Rugi RM200,000, A.Aida Putih Mata