in ,

Zizan Raja Lawak Nyanyi Rap dalam Selamat Tinggal

Lagu Selamat Tinggal nyanyian Zizan Raja Lawak dan Dina Nadzir dirakam dan digunakan untuk lagu latar semasa sesi penyingkiran dalam program Raja Lawak musim terbaru ini.

Yang menariknya, Zizan nyanyi rap dalam lagu Selamat Tinggal ini. Memang pelawak ni dah pakar untuk jadi tukang karut atau jadi penyanyi rap ni. Terbukti masa menjadi hos program Raja Lawak pun, Zizan selalu mencuit hati penonton dengan nyanyian spontannya.

Best!

Antara bait lirik lagu Selamat Tinggal

Dah Memang,
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat,
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat,
Apa yang ku harapkan,
Kasih sayang yang suci murni,
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi,
Dulu hari-hari ku berwarna warni,
Kini kian mendung, ia tinggal satu memori,
Jangan, jangan lepaskan genggaman ku ini,
Hidupku hanya bermakna jika kau disini,
Mana janji, mana erti,
Kenapa gembira ku kini menjadi sepi,
Musnah segala apa yang ku impikan,
Tetapi ku tetap tabah,
Kerana tuhan yang menentukan,
Kau tetap pergi apakan daya,
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya,
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal,
Namun ku harus melepaskanmu baby,
Selamat tinggal…

Zizan Raja Lawak (3)

Zizan Raja Lawak

Zizan Raja Lawak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Janet Jackson di Singapura

ADV: Cara Rawatan Pelangsingan ala Salun