Konsert Janet Jackson di Singapura

Penyanyi terkenal Janet Jackson kini sedang mengadakan konsert world tournya di 37 buah negara. Walaupun tak dapat datang ke Malaysia, penyanyi yang juga adik kepada Raja Pop Michael Jackson ini memilih negara Singapura berdasarkan undian peminat setianya. Dipersembahkan oleh Offshore Entertainment Productions, konsert ini dikatakan memang gempak, nostalgik dengan lagu-lagu lama dari Janet disampaikan pula dengan penuh attitude dan berkarakter.

Rasanya sangat susah Janet Jackson nak perform kat Malaysia sebab dia terkenal dengan imej seksi. Selain Janet Jackson, penyanyi antarabangsa Taylor Swift juga turut berada di Singapore untuk konsert tournya. Taylor Swift menerusi konsert Speak Now Tour akan diadakan di tempat yang sama pada 9 Februari 2011 jam 7.30 pm dibawakan oleh Midas Promotions.

TONTON VIDEO SELAMA 23 SAAT JANET JACKSON LIVE:

Konsert tersebut diadakan di Singapore Indoor Stadium bermula jam 8 malam. Ramai peminat Janet Jackson berani mati turun ke Singapura walaupun pada hari bekerja. Budiey dapat tahu ramai juga selebriti yang turun ke Singapura. Antaranya Dato’ Siti Nurhaliza, Datin Tiara Jacquelina dan ramai lagi. Kata Siti di twitternya, Janet Jackson sempat mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada peminatnya.

Konsert Janet Jackson Number Ones, Up Close and Personal itu dihidangkan dengan lagu-lagu popular beliau yang cukup dekat dan personal dengan peminatnya.

Janet

Janet

Janet

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu Luar Biasa Shahir

Zizan Raja Lawak Nyanyi Rap dalam Selamat Tinggal