Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Zamarul Hisyam, Norish Karman Drama Sebelum Terlupa



Cerekarama Khas MERDEKA: Sebelum Terlupa, 28 Ogos, Sabtu, jam 10.00malam

”Sebelum Terlupa” mengajak kita sentiasa beringat bahawa penjajah ada dimana-mana. Penjajah di zaman sekarang tidak hanya menumpukan kepada senjata, tetapi menyerang melalui kata-kata, minda dan budaya….Anuar merupakan pesara tentera yang kini tinggal bersendirian di rumah sewa di kampungnya dan tanah pusakanya sendiri.

Hidupnya sepi setelah kehilangan isteri dan dua anak yang dikasihinya…. Mengimbas kembali waktu mudanya, Anuar berkhidmat dalam pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia dan kemudiannya diserap ke dalam unit Pasukan Khas (PASKAL). Sepanjang berkhidmat sebagai tentera dia sering meninggalkan isterinya, Rosmah dan anak-anaknya malah tidak berkesempatan untuk bermesra dengan mereka lantaran tuntuan kerjanya.

Anak-anak Anuar iaitu Azhar dan Rosdiana, berkelakuan dingin terhadapnya kerana ketiadaan Anuar yang sentiasa keluar bertugas membuatkan mereka seolah-olah tidak mengenali bapa sendiri. Anuar mula menyalahkan Rosmah kerana tidak pandai mendidik anak-anak mereka manakala Rosmah menyalahkan Anuar yang terlalu mementingkan tugas sehingga dia sendiri tidak pandai mengambil hati anak-anak.

Pertelingkahan sering berlaku apabila masing-masing cuba menuding jari. Selain itu, jiran Rosmah bernama Zuriani pula mempunyai ideologi seperti orang Jepun di zaman sebelum Merdeka. Ideologi Jepun ialah ’Tanah Asia Untuk Orang Asia dan Bukan Untuk Orang Barat’ manakala ideologi Zuraini, ’Isteri Untuk Suami dan Bukan untuk Dimadu’.

Setelah terdengar dan termakan hasutan, akhirnya Anuar dan Rosmah bercerai juga. Selepas beberapa tahun. Azhar meningkat dewasa sebagai remaja yang liar namun Rosdiana bersikap sebaliknya. Dalam diam dia cuba menjejak Anuar.

Dapatkah Rosdiana bertemu kembali dengan bapanya yang sudah lama terpisah?

Pelakon: Zamarul Hisyam, Norish Karman, Afiqah Malek, Wan Maimunah, Wan Elyas

Pengarah: Hitler M Zami

Norish Karman

Norish Karman

Tags: ,

Tags: , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Keputusan Permohonan Norish Karman 20 Ogos Ini
  • Ucapan Aidilfitri & Temubual Raya Bersama Norish Karman
  • Gambar Norish Karman di Anugerah Skrin
  • Gambar Diana Rafar dan Zamarul Hisyam Kahwin
  • Gambar Diana Rafar & Zamarul Hisyam di Parti Nona 2010
  • Drama Puteri Aurora Beradu
  • Drama Tarikh Kematian Lakonan Norish Karman
  • Gambar Norish Karman Nafi Bercerai & Kerja GRO
  • Sinopsis Drama Spa-Q 2 Episod 9
  • Akukah Tanggang & Mahsuri Bakal Ditayangkan di TV3



  • 3 Komen untuk entri “Zamarul Hisyam, Norish Karman Drama Sebelum Terlupa”

    1. Sebelum Terlupa, Cerekarama TV3 28 Ogos 2010 kata:

      [...] [Sinopsis dari BUDIEY.COM] [...]

    2. Hamba Allah kata:

      dah tengok citer ni….boring sket! tak macam citer minggu sebelumnya…Emily arahan Era Fatima…best!

    3. zarith sofea kata:

      saya harap cerita SEBELUM TERLUPA dapat di siarkan sekali lagi…
      kerana ia mempunyai nilai-nilai murni yang patut di contohi

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK