in ,

Yazer Rock Steady Buka Pentas Showcase Spider KitaSatu

Pada 28 April lalu, Budiey berada di Hotel Hard Rock Penang untuk menyaksikan Showcase Spider Perjalanan KitaSatu. Terima kasih kepada Universal Music Malaysia yang telah sudi menjemput budiey.com untuk ke sana.

Showcase yang julung-julung kali ini dimulakan dengan nyanyian dari penyanyi rock yang dulunya pernah belajar di Akademi Fantasia ke-3, Yazer. Beliau menghiburkan dengan beberapa lagunya. Suara & vokal Yazer memang rock habislah! Kesemua lagu memang citarasa Yazer. Lagu pertama, “Cinta Zaman Berzaman”, yang kedua, “Spektakular” dan yg akhir, single terbaru Yazer, “Kau Masih.

Yazer disambar oleh syarikat rakaman milik sifu M Nasir, Luncai Emas Sdn Bhd, dan maka bermulalah perjuangan anak seni ini. Album sulung Yazer berjudul “Raja & Hamba” merupakan gabungan cipta rasa komposer-komposer dan penulis-penulis lirik terkenal tanahair.

Sentuhan Rock Yazer memainkan peranan paling penting bagi memastikan keunikan imej anak muda ini lengkap. Dengan adanya juga hasil nukilan arwah Loloq di dalam album ini, maka lebih bermaknalah perjalanan muzik Yazer. Dengan penuh rasa syukur kepada Allah swt, Yazer kini tampil dengan nafas baru. ROCK STEADY!

Yazer turut menyanyikan sebuah single terbarunya, Kau Masih. Mmm… boleh tahan jugak rocknya. Nak dengar? Nanti Budiey upload video showcase ni di Youtube ya.

Yazer di Showcase Spider

Yazer di Showcase Spider

Yazer di Showcase Spider

Yazer di Showcase Spider

Yazer di Showcase Spider

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Agensi Abadi di Hari Pekerja

Showdown 2011 Perkenal Top 12 Penari Jalanan Terhebat