in ,

Drama Agensi Abadi di Hari Pekerja

Kesungguhan Dua Pemuda Buka Agensi Cari Jodoh Dalam Drama Khas Hari Pekerja di TV1

Empat hari lagi menyaksikan Hari Pekerja bakal diraikan semua golongan di negara kita. Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut berkongsi kemeriahan orang ramai yang mengambil keputusan menghabiskan waktu cuti di rumah dengan menonton televisyen menyaksikan drama khas yang mengangkat isu golongan pekerja menerusi stesen salurannya.

Kesungguhan dua pemuda dalam mengusahakan sebuah agensi cari jodoh yang berdepan dengan cabaran dan dugaan diangkat dalam drama Agensi Abadi yang disiarkan pada 1 Mei 2011, jam 10.00 pagi mengisi slot Panggung Ahad di TV1.

BABAK DALAM AGENSI ABADI3

Kisah menarik lakonan Buzen Hashim, Beego, XY Zakari, Azizah Mahzan dan Irma Hasmie ini bermula dengan memaparkan babak Shamsul yang masih bujang seorang pemuda yang cukup rajin bekerja. Sudah hampir 2 bulan Shamsul berhenti kerja dengan sebuah syarikat pembinaan kerana tidak tahan dengan sikap majikannya yang selalu dan suka sangat melenting. Kerana tekanan emosi, Shamsul bertindak nekad meletak jawatan.

Shamsul sudah lama menyewa rumah dengan kawan baiknya Herman. Herman kasihan melihat Shamsul yang sudah tidak berduit dan belum dapat kerja baru. Herman mengajak Shamsul berkerja sepertinya, menjual barang-barang, sementara mendapat kerja lain. Shamsul tiada pilhan, dia setuju dengan cadangan Herman. Mereka berdua bersungguh-sungguh membuat jualan, bergerak di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.

Shamsul tidak mahu ibunya di kampung tahu tentang kesusahannya. Mariam 53 tahun memiliki sebuah kedai jahit di Ipoh, manakala adiknya Salina 20 tahun masih belajar di sebuah IPT di Ipoh juga. Ayah Shamsul meninggal 5 tahun lalu akibat serangan jantung, Mariam mengambil alih tanggungjawab menyara anak-anak. Sebab itu lah Shamsul tidak lupa tanggungjawab kepada ibu dan adiknya itu.

Beberapa hari Shamsul mengikut Herman membuat jualan, Shamsul rasa penat mengalas beg berat itu. Namun pendapatan yang mereka dapat tidak seberapa, Shamsul cadangkan agar mereka berniaga di kaki lima saja. Herman setuju lalu mereka berniaga di tepi jalan, di halau oleh DBKL.

Tiba-tiba Shamsul mendapat satu idea, dia memberi tahu Herman rancangan itu. Shamsul dan Herman mula mengkaji bagai mana perniagaan mencari jodoh, kerja dan bayaran akan di kenakan. Shamsul menyuruh Herman berlakon, daftarkan diri di sebuah agensi mencari jodoh untuk pengetahuan mereka bila sudah beroperasi nanti. Herman yang memang terkenal dengan mulut peramah, cepat mesra, dan pandai mengoda dengan mudah dapat merapatkan diri dengan pekerja-perkerja agensi itu. Dari situlah Herman mula belajar dan mengcungkil cara-cara mengendali perniagaan mencari jodoh.

Mereka mendaftar syarikat dengan nama Agensi Abadi, mereka menyewa sebuah bilik kecik, lengkap dengan pealatan pejabat seadanya. Shamsul dan Herman membuat peraturan sendiri, dan berikrar ia itu mereka tidak boleh jatuh cinta dengan pelangan demi menjaga nama baik syarikat. Shamsul dan Herman berganding bahu memerah otak menarik pelanggan, pada peringkat awal perniagaan mereka tidak berapa lancar.

Mereka berusaha bertungkus-lumus mencari pelangan agar mengunakan perkhidmatan mereka, pelbagai cara mereka lakukan. Dalam masa singkat agensi mereka dapat menarik ramai pelangan-pelangan lelaki dan perempuan tak kira usia datang mendaftarkan diri. Sepanjang menguruskan syarikat itu, bermacam-macam cabaran Shamsul dan Herman lalui, berbagai-bagai kerenah pelangan mesti dilayan. Ada ketikanya mereka hampir berputus asa apabila gagal memenuhi kehendak pelanggan.

Satu hari, mereka telah didatangi seorang pelangan wanita yang cantik bernama Nina. Herman yang memang tidak suka berfikir panjang, memilih jalan singkat untuk menyelesaikan masalah mereka. Dia memang meminati Nina, kerana cantik dan bergaya, telah mencadangkan supaya Nina dijodohkan dengannya. Shamsul jadi cukup berang pada Herman. Dia mengingatkan Herman yang mereka tidak boleh bercinta dengan pelanggan.

Lalu apakah yang berlaku seterusnya? Adakah mereka masih berpegang kepada prinsip yang telah dijanjikan? Atau segalanya berubah bila perasaan cinta menguasai hati?

BABAK DALAM AGENSI ABADI

BABAK DALAM AGENSI ABADI2

BABAK DALAM AGENSI ABADI5

BABAK DALAM AGENSI ABADI4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Sirah Cinta Raih Kutipan Tinggi

Yazer Rock Steady Buka Pentas Showcase Spider KitaSatu