in , ,

Acara ‘Music Is Universal’ Tampilkan Bakat Dari Malaysia & Indonesia

Universal Music Malaysia akan menganjurkan acara “Music is Universal” yang akan diadakan pada Rabu, 17 Mei 2023 di the Tap Room KL, yang terletak di Bamboo Hills.

Acara akan bermula tepat jam 7:30 malam, dan semua hadirin digalakkan untuk tiba mengikut waktu jika tidak mahu terlepas sebarang persembahan menarik oleh artis-artis berbakat dari Malaysia serta Indonesia. 

Acara 'Music Is Universal' Tampilkan Bakat Dari Malaysia & Indonesia

Objektif utama acara ini adalah untuk menghubungkan syarikat-syarikat Universal Music serantau, mengetengahkan bakat-bakat Universal Music Malaysia, dan memberikan peluang kepada warga kerja serta para artis Universal Music Malaysia untuk bertemu dan meluaskan jaringan hubungan dengan individu dari cabang-cabang Universal Music serantau.

Acara 'Music Is Universal' Tampilkan Bakat Dari Malaysia & Indonesia

Para jemputan termasuk wakil dari Filipina, Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam dan juga Thailand.

“Music is Universal” juga akan menampilkan persembahan dari artis-artis Malaysia dan Indonesia, sambil menampilkan kepelbagaian muzik yang kaya di Asia Tenggara. Selain itu, beberapa pertandingan bakal diadakan buat peminat, dan ini akan memberi mereka peluang untuk bertemu selain menikmati persembahan daripada para artis.

Acara 'Music Is Universal' Tampilkan Bakat Dari Malaysia & Indonesia

Artis yang bakal membuat persembahan

Music is Universal adalah sebuah konsert yang menggabungkan para pemuzik berbakat dari aneka genre dan latarbelakang sambal menampilkan bunyi serta gaya mereka yang unik. Tahun ini menampilkan barisan artis luar biasa, termasuk DOLLA, Airliftz, dan Mikha Angelo. 

Fakta Artis

DOLLA, Airliftz, dan Mikha Angelo merupakan antara artis yang akan menunjukkan bakat mereka di acara “Music is Universal” anjuran Universal Music Malaysia. Berikut beberapa maklumat menarik mengenai mereka:

Acara 'Music Is Universal' Tampilkan Bakat Dari Malaysia & Indonesia

DOLLA merupakan sebuah kumpulan nyanyian wanita yang semakin meningkat naik berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Syasya, dan Angel, DOLLA ditubuhkan pada tahun 2019. DOLLA melancarkan lagu pertama mereka, ‘DOLLA Make You Wanna’, terbitan Bryan B pada 20 Mac 2020 – video muzik lagu itu dah mencapai 3 juta tontonan di YouTube. DOLLA kemudian melancarkan lagu kedua bertajuk, ‘Impikan’, serta versi Bahasa Inggeris, ‘Watch Me Glow’, pada Oktober 2020. ‘Impikan’ meraih sejuta tontonan di YouTube kurang dari dua minggu, dan mendapat perhatian media secara meluas di arena tempatan selain antarabangsa, termasuk di rantau ASEAN dan juga Korea. Gadis-gadis ini juga telah bekerjasama dengan banyka jenama besar seperti Hyundai, Allianz, Cosmoderm, dan juga Xiaomi. Pada tahun 2021, DOLLA tercalon untuk kategori ‘Artis Baharu Terbaik’ serta ‘Kelab Peminat Terbaik’ di Era Digital Music Awards.

Acara 'Music Is Universal' Tampilkan Bakat Dari Malaysia & Indonesia

Airliftz adalah seorang penyanyi rap, penerbit, penulis dan pencipta lagu Malaysia. Bermula dari Soundcloud hingga ke pentas utama, dirinya telah membina nama dari bawah sehingga menjadi bakat muda yang diberi peluang menjadi artis pembuka untuk bintang antarabangsa seperti Anderson Paak dan Joji. Dia telah membuat persembahan di aneka festival muzik serantau dan menjadi artis rakaman di bawah RedRecords.

Acara 'Music Is Universal' Tampilkan Bakat Dari Malaysia & Indonesia

Mikha Angelo adalah seorang penyanyi dan pencipta lagu yang menempa nama selepas muncul di rancangan reality tersohor “X Factor.” Dia sudah mengeluarkan beberapa album yang berjaya dan membuat persembahan di pelbagai konsert dan acara seluruh Indonesia dan Asia Tenggara. Mikha dan kumpulan kugirannya telah berjaya melancarkan lebih 300 juta penstriman. Kini Mikha bakal mewujudkan kerjaya solonya bersama Universal Music Group.

Selain artis-artis berbakat ini, “Music is Universal” juga bakal menampilkan beberapa orang DJ berbakat iaitu DJ Reeve, Alicia Fireheart dan MC Millo yang akan menyediakan muzik sepanjang acara. 

Secara keseluruhan “Music is Universal” menjanjikan satu acara yang luar biasa dengan penampilan artis serta DJ berbakat dari Malaysia dan Indonesia. Jangan lepaskan peluang untuk bergabung dengan komuniti Universal Music serta alami kuasa muzik yang mampu menyatukan semua.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Slam Nurkasih Himpunkan Peminat di Zepp KL Pada 6 Ogos Depan

Giliran Wajah Ernie Zakri Menghiasi Papan Iklan Di New York Times Square