Yasmin Ahmad Meninggal Dunia
Semalam, jam 11.25 malam, Malaysia telah kehilangan seorang pengarah filem yang begitu kreatif, Yasmin Ahmad telah meninggal dunia. Salam takziah dari kami buat keluarga allahyarham. Semoga ruh beliau tenang dan sejahtera di sana. Kepada Allah kita datang dan kepada Dia juga kita kembali….Al fatihah.

Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam tadi.
Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam tadi di Hospital Pakar Damansara. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara.
Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak. Suaminya, Tan Yew Leong, Dr.Zakaria Zahri (adik ipar) dan Datin Orked (adik), Dr. Zurin turut berada di sisi Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS19, Subang Jaya sebelum solat Zohor, esok (26 Julai), manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan.
Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital tersebut, sebentar tadi.
Fatimah juga meminta kepada semua peminat Yasmin untuk turut menyertai solat jenazah serta mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang beriman. Pihak media juga diminta untuk tidak mengganggu ahli keluarga Yasmin buat masa ini yang masih bersedih dengan kematian pengarah itu. Turut hadir di sidang media tersebut ialah Datuk Seri Farid Ridzuan dan adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri.
Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan. Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. [sumber]
Yasmin Ahmad…1958 – 2009
BERIKUT adalah profil Yasmin dan pencapaian yang pernah diraihnya selama ini.
Nama : Yasmin Ahmad
Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit
Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor
Tarikh Lahir: 1958
Meninggal Dunia : 26 Julai 2009
Status Perkahwinan: Berkahwin
Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)
AKADEMIK
Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
PROFIL KARIER
Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett
2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin
Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)
Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)
Penerbit:2005 Raining Amber
ANUGERAH
* Biasiswa, Kementerian Pendidikan* Juara, Talentime Ested Fodd, Wales
PENCAPAIAN LAIN
1975 Naib Johan, Bintang RTM ’75
2003 Filem ASEAN Terbaik (Rabun), Anugerah Video Malaysia ke-8, Kuala Lumpur
2004 Filem Reka Bentuk Terbaik ASEAN (Sepet), Anugerah Video Malaysia ke-9
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2005 Cerita Asal Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM)
2005 Filem Asia Terbaik (Sepet), Festival Filem Antarabangsa Tokyo
2005 Filem Terbaik (Sepet), Global Chinese Golden Arts, Genting Highlands
2006 Filem Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Pelakon Wanita Terbaik (Gubra),Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Lakon Layar Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Poster Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2007 Pingat perak (Mukhsin), Netpac Festival, Jojagkarta
2007 Anugerah Filem Terbaik Kategori Generasi Baru (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Tempat kedua Anugerah Juri Kanak-Kanak (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Filem Cereka Terbaik Asia Tenggara (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Cinemanila, Filipina
PENERBITAN
Artikel:2005-2006 Menulis kolum di New Straits Times Press
LAIN-LAIN MAKLUMAT
Keluarga; Bapa – Ahmad HashimIbu – Inom Yon
Filem yang ditayangkan dan menyertai Festival Filem Antarabangsa;
2003 Rabun, Festival Filem Antarabangsa, Singapura
2003 Rabun, Festival Filem Asia Cinemaya, New Delhi
2003 Rabun, Festival Filem Torino, Itali
2005 Sepet, Festival Filem San Francisco
2005 Sepet, Festival Filem Asia, Barcelona
2005 Sepet, Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2007 Mukhsin, Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57
2006 Ahli panel Debat Budaya 1 bertajuk Filem Melayu, Filem Malaysia… Ke Arah Mana Sinema Malaysia
2006 Juri, Pertandingan Filem Pendek BMW (BMW Shortie’s)
2007 Juri, Festival Filem Thessaloniki ke-48, Greece
2008 Juri, Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinate) ke-58
BLOG RASMI YASMIN AHMAD
http://yasminthefilmmaker.blogspot.com
Tags: gambar yasmin ahmad, pengarah, Yasmin Ahmad, yasmin ahmad meninggal dunia
Tags: Yasmin Ahmad, gambar yasmin ahmad, pengarah, yasmin ahmad meninggal duniaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





July 26th, 2009 at 9:01 am
takziah utk keluarga alahyarhamah,semoga roh di cucuri rahmat……al-fatihah
July 26th, 2009 at 9:45 am
sedh giler!!
July 26th, 2009 at 10:17 am
Al-Fatihah…..
Moga dicucuri Rahmat ke atas Roh beliau…..
Amin….Ya Rabbal Alamin…..
July 26th, 2009 at 10:23 am
soalan sesorg utk arwah yasmin ahmad dlm blog beliau: Kak Min, nak tanya. Jgn marah saya ye. Nak tanya aje. Masa Kak Min arahkan filem, berada di set – ada tak break utk solat? Kak Min solat tak? Dan galakkan anak-anak buah solat tak?
jawapan arwah: the answer to that is Yes. we do break for solat. and the reason for our solat break is not because … Read Morewe think we’re good or anything, but because we need to seek allah’s guidance and thank him for his blessings. we don’t force others to solat with us — they can see what we’re doing, and that i think is enough of a reminder…
July 26th, 2009 at 7:14 pm
Takziah wat keluarga arwah Yasmin…hidup d dunia ni hanya sementara…kepagaNya jua kite akan d kembalikan…Al-fatihah
July 26th, 2009 at 8:16 pm
Takziah kpd keluarga arwah Yasmin Ahmad ….. Pemergiannya adalah satu kehilangan yang amat besar kepada negara… semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yng beriman dan beramal soleh…
July 26th, 2009 at 8:22 pm
Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Yasmin …. Al-Fatihah
July 26th, 2009 at 8:40 pm
dari tanah kita di ciptakan.. kepada tanah jua kita di kebumikan..
sesungguhnya sebagaimana mati itu benar, neraka dan syurga juga adalah berita benar dari Allah…
benarkah hidup hanya sekali? tidakkah mati yang hanya sekali, tapi hidup kita banyak kali.. ?
lepas mati, ada kehidupan kubur sementara menungu hari kiamat.. kemudian kita kekal hidup selamanya sama ada di syurga atau sebaliknya..
semoga beliau berada di bawah rahmat dah kasih sayang Allah.. amin.
July 26th, 2009 at 8:49 pm
Takziah buat keluarga Yasmin..dari Allah kita datang kepda Allah kita kembali..Alfatihah..
July 27th, 2009 at 12:37 am
semog rohnya dicucuri rahmat
July 27th, 2009 at 2:48 am
Alfatihah untuk kak min, moga damai kau di sana tempat yang pasti kita singgahi…..alfatihah
July 27th, 2009 at 4:13 am
al fatihah utk arwah, takziah utk keluarga.. so sad… kita akan rindukan hasil otak dia.. moga Allah cucuri rahmat ke atas arwah
paling sedih…. dia pergi on my birthday….
al-fatihah….
July 27th, 2009 at 8:22 am
Saya amat terkilan! Walaupun tidak pernah berjumpa dengan Yasmin, namun filem beliau membuatkan saya seolah-olah begitu mengenali budi hati Yasmin. Begitu saya berharap dapat bergambar dengan Yasmin semepena Festival Filem Malaysia ke 22 di Kota Kinabalu, tempat kelahiran saya. Sekarang saya tak rasa mahu hadir pun ke festival itu..
July 27th, 2009 at 8:44 am
Al-Fatihah untuk arwah Yasmin Ahmad…salam takziah juga buat keluarga arwah. arwah neh seorang yang kreatif…tak bosan tengok filem dia. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan Tuhan mencucuri rahmat ke atasnya…Amin….
July 27th, 2009 at 8:55 am
Takziah kpd kluarganya..lepas ni kita xde lagi iklan2 bes yang terbaru hasil karya beliau smpena hari raya @ merdeka yg menyentuh hati…
July 27th, 2009 at 9:47 am
salam takziah wat kluarge allahyarhamah…
semoga rohnya dicucuri rahmat Yang Maha Esa…
amin
July 27th, 2009 at 11:03 am
Salam Takziah utk keluarganya….Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman,sudah pasti kami smua akan merindui karya beliau…
Al-Fatihah…
July 27th, 2009 at 12:40 pm
untuk pengetahuan anda…yasmin ahmad nama sebenarnya adalah zulkifli ahmad…so banyak2 lah kita sedekah al-fatihah pada arwah semoga di amapunkan dosa arwah….al-fatihah
July 27th, 2009 at 1:21 pm
salam kesedihan kpd semua peminat iklan2 best Allahyarhamah..Al-Fatihah…
July 28th, 2009 at 9:55 pm
Ya Allah, kau ampunkan lah segala dosa dosa yasmin ahmad, tempatkan dia bersama sama dengan orang orang yang soleh. Kepada kesemua yang mengenali arwah yasmin, ataupun peminat beliau, sama sama kita sedekahkan Al’fatihah pada arwah…..Al’FATIHAH
August 1st, 2009 at 7:56 pm
boleh kawin ke laki dgn laki
August 1st, 2009 at 10:42 pm
semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di tempat org yang beriman
amin….
November 6th, 2009 at 1:58 am
100% business online