in ,

Video Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Skyfall Adele

Filem James Bond yang terbaru masih berada di pawagam walaupun dah 3 minggu ditayangkan. Bermakna aura James Bond masih diperkatakan di sana-sini. Sementelah, lagu tema filem ini, Skyfall yang dinyanyikan oleh bintang besar bergelar Adele masih rancak diputarkan di corong radio.

Lagu Skyfall dari Adele adalah salah satu lagu kegemaran Dato’ Siti Nurhaliza

[dropcap]M[/dropcap]ungkin kerana itu, penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza begitu teruja untuk menyanyikan lagu Skyfall di Malam Gala Pink Jazzy Affair. Walaupun lagu ini dianggap antara lagu yang agak sukar untuk dinyanyikan, namun Siti Nurhaliza mengalasnya dengan menyahut cabaran. Lagu ini menguji kekuatan vokal, note tinggi dan rendah serta ada dinamik tersendiri.

“Saya sangat berdebar dan sangat nervous bila nak nyanyi lagu Skyfall. Diharap peminat dapat menerima cara nyanyian Siti.”

Ternyata, dialunkan dengan agak baik. Jadi, Adele seharusnya menonton video ini. Apa kata korang ajak Adele untuk tonton video ini melalui Twitter.

Selain lagu Terukir Di Bintang, Siti juga memilih untuk membawa lagu Skyfall buat pertama kali demi memenuhi permintaan peminat.

Apa pendapat anda pula dengan nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza untuk Skyfall ini? Sila tulis komen anda di ruangan komen di bawah ini ya. Terima kasih.

Sekarang, Budiey nak ke Sogo untuk menghadiri dua events iaitu Acara Mncorak Arca Logo Anugerah Juara Lagu 27 & Berkaraoke bersama Pelakon Adam & Hawa Dazrin Karmarudin. Jadi, semua video nyanyian Atilia dan Siti Nurhaliza akan disiarkan pada malam ini ya. Tunggu!

Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Terukir Di Bintang Yuna

TV3 & TV9 Kini Di Saluran TV Satelit Percuma NJOI