in ,

TV3 & TV9 Kini Di Saluran TV Satelit Percuma NJOI

TV EVERYWHERE

TV3 & TV9 Kini Di Saluran TV Satelit Percuma

Mulai 1 Disember 2012, TV3 akan melebarkan sayapnya di saluran NJOI, perkhidmatan televisyen satelit secara percuma tanpa sebarang caj bayaran bulanan selaras dengan usahanya untuk mengukuhkan lagi kedudukan dalam industri penyiaran Malaysia.

Stesen no.2 Negara, TV9, sebuah lagi stesen televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad turut menawarkan perkhidmatannya di saluran NJOI sekaligus memberi peluang kepada ramai lagi penonton sasarannya yang terdiri daripada golongan remaja Melayu untuk terus mengikuti rancangan dan program yang disediakan.

Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad,

“Mengorak langkah ke tahun 2013, TV3 dan TV9 akan terus menyajikan program yang terbaik, bermutu dan terus kekal relevan di kalangan masyarakat dan sekaligus terus menjadi saluran televisyen percuma pilihan utama bagi semua platform termasuk saluran televisyen satelit berbayar (ASTRO), pakej perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (Unifi), video portal terbesar Malaysia (Tonton) dan juga menerusi siaran percuma di internet dan mobile. Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap pencapaian pada setiap tahun menerusi pengisian kandungan yang mantap demi memastikan citarasa dan jumlah sasaran penonton dapat dipenuhi.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza 1 | 15

Video Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Skyfall Adele

TGV CINEMAS PRESENTS The Twilight Saga Marathon