in

Ultimate Parkour Challenge

AKSI MENGATASI GRAVITI, KEKUATAN YANG MENAKJUBKAN, KESEIMBANGAN KREATIF DAN KEBERANIAN TIDAK TERKIRA YANG AKAN MERUNSINGKAN ANDA

HANYA DI 8TV!

TX TARIKH: 27 JANUARI 2011
TX MASA: 9.30 MALAM
EPISOD: 2 EPI X 1 JAM, 5 EPI X 30 MIN

8TV membawakan kepada anda aksi terpantas sukan ekstrim di dunia kepada televisyen Malaysia dengan Ultimate Parkour Challenge.

Ultimate Parkour Challenge akan dijamin bukan sahaja akan membingungkan anda malah akan memberikan pengalaman yang mendebarkan jantung! Secara amnya rancangan ini akan membuatkan anda duduk tetap tanpa bergerak kemana-mana. Ultimate Parkour Challenge akan membuat anda terjerit-jerit untuk setiap lagak ngeri yang dilakukan oleh aksi lasak profesional ini.

Apakah definisi Parkour? Bagi mereka yang baru kepada istilah ini, ianya merupakan sukan yang sedang meningkat naik secara mendadak dalam dunia sukan ekstrim. Ini adalah sukan yang tidak mempunyai had batasan! Atlet-atlet profesional ini akan pergi dari poin A ke poin B. Bunyinya senang bukan? Salah! Atlet-atlet tidak mempunyai trek atau gelanggang untuk berlari sebaliknya ianya dilakukan di mana-mana sahaja di setiap persekitaran. Dari dinding, kereta, tangga, pagar, atap dan jurang sepuluh kaki antara bangunan lima tingkat! Anda tidak salah baca!

Untuk sampai ke poin, atlet-atlet harus melakukan lompatan, gulingan, memanjat, terbang, atau menggunakan segala kekuatan yang mereka ada, dengan menggunakan halangan sebagai tujuan untuk meningkatkan kelajuan mereka. Mereka telah dilatih untuk melakukan aksi-aksi ini yang semestinya akan membuat anda terpaksa menahan nafas.

Ultimate Parkour Challenge akan membawa sukan tersebut ke arah satu tahap yang baru, di mana ia akan menangkap inti Parkour yang telah dibina. Acara sukan baru khusus ini akan menyebabkan anda terteriak, lapan atlet terbaik dunia akan bersaing untuk memenangi $10,000 dan dinobatkan sebagai juara Ultimate Parkour!

Mempamerkan kemahiran di luar batasan manusia, para pesaing perlu menahan 3 pusingan dalam pertandingan dan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kejuaraan! Episod pertama dalam siri ini akan memaparkan pengenalan kepada lapan pesaing, Ryan Doyle, Oleg Vorslav, Michael Turner, King David, Pip Anderson, Ben Jenkin, Daniel Arroyo dan Tim Shieff, yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Para pesaing perlu berjuang mempamerkan kemahiran terbaik mereka jika tidak mereka akan tersingkir! Bukan sahaja mereka akan mencabar diri sendiri malah mereka akan mencabar antara satu sama lain untuk menguji kemahiran Parkour mereka sehingga tahap batasan.

“Parkour” bukanlah nama yang dikenali di Malaysia, tetapi ia telah menjadi semakin terkenal, terutamanya kombinasi gimnastik, olahraga, melompat dari bangunan telah selalu dilihat dalam filem-filem dan rancangan TV seperti ini!, kata Pengurus Besar 8TV, Ms Lam Swee Kim.

Kim menambah “ Apabila dilakukan dengan betul, parkour adalah sangat menyenangkan untuk ditonton. Melihat seseorang berlari di atas atap, melompat dari hujung bangunan, jatuh dua atau tiga tingkat,mengulingkan diri mereka selepas jatuh dan bangun berlari semula selepas itu adalah sesuatu yang sungguh liar. Ini adalah sebuah rancangan yang menyiarkan atlet Parkour sebenar beraksi yang membuatkan saya ternganga.”

Lagak ngeri yang dilakukan atlet-atlet ini perlu dilihat untuk dipercayai, dan bahkan kadang-kadang sukar dipercayai aksi yang dilakukan adalah benar. Dengan lompatan, larian, aksi lagak ngeri di kapal persiaran, gudang, set filem dan di istana, Ultimate Parkour Challenge merupakan satu rancangan yang akan membuat anda kagum.

Jangan lupa untuk menonton setiap episod siri ini yang disiarkan setiap hari Rabu pada pukul 9.30 malam, hanya di 8TV. Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my.

Jika anda terlalu sibuk dengan urusan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda!
“Bagaimana dia melakukan aksi itu?!” – Bersedialah anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile Dynda Vega

Gambar Erra Fazira Umie Aida Santai Main Badminton