in

TV3 & AWP Anjurkan Kempen Mahligai Impian

REALISASIKAN MAHLIGAI IMPIAN ANDA
TV3 dan AWP Melancarkan Kempen Mahligai Impian

Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna. Sementara ramai di antara kita yang mengimpikan perkahwinan idaman, namun bagi sesetengah golongan yang menghidap penyakit kanser, impian mereka hanya tinggal impian yang tidak mungkin dapat dicapai.

Atas dasar keprihatinan dan sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya, TV3 telah bekerjasama dengan Association of Wedding Professionals (AWP) Malaysia untuk merealisasikan impian mereka melalui Kempen Mahligai Impian.

Setiap tahun, kes pesakit yang disahkan kritikal kian meningkat iaitu lebih dari 70,000 pesakit disahkan kanser tahap kritikal di Malaysia. Bagi mereka yang tabah menghadapi dugaan tersebut, mereka terpaksa melupakan impian untuk mengadakan majlis perkahwinan idaman.

Bahkan ada sesetengah orang akan menyepikan diri kerana enggan membebankan orang yang tercinta. Namun, cinta yang mendalam akan memberikan kekuatan kepada mereka untuk menghadapi segala dugaan bersama pasangan walaupun penyakit kanser dan penyakit yang kritikal.

Realisasikan Mahligai Impian anda melalui Kempen Mahligai Impian. Kempen tersebut terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun ke atas dan salah satu pasangan mengidap penyakit kritikal ataupun cacat anggota.

Borang penyertaan boleh dimuat turun daripada halaman web www.wanitatv3.com.my. Anda perlu meluahkan impian perkahwinan berbentuk esei atau pictorial kreatif dalam maksimum 300 patah perkataan. Sila sertakan gambar anda dan pasangan berukuran 4R. Lampirkan sekali salinan surat pengesahan doktor yang mengesahkan keadaan kesihatan. Hantarkan penyertaan anda sebelum 30 Ogos 2010 ke alamat MAHLIGAI IMPIAN TV3, P.O BOX 11543, 50748, KUALA LUMPUR.

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, “Menerusi jenama Inspirasi Wanita, TV3 telah bekerjasama dengan Association of Wedding Professionals (AWP) Malaysia untuk menjayakan Kempen Mahligai Impian. Sebagai sebuah stesen TV yang prihatin, kami terharu dengan inisiatif AWP bagi merealisikan impian perkahwinan bagi pesakit kanser atau penyakit kritikal dan cacat anggota. Semangat kental mereka dalam memperjuangkan kehidupan seharusnya menjadi iktibar kepada kami supaya tidak mudah berputus asa.”

Hanya satu pasangan yang akan terpilih untuk memenangi pakej perkahwinan yang bernilai melebihi RM 150,000! Antara pakej perkahwinan yang akan diberikan adalah seperti pakej perunding perkahwinan professional dari Events Wizard & Nuptsandsuch, tajaan busana pengantin dari That. Special Occasion & Bespoked, tajaan pakej fotografi dari Rintis Images, tajaan dandanan & solekan dari Beauty Haven, Bridal Glam dan Michelle Touche, tajaan “pre wedding” fotografi dari Covershots, tajaan videografi perkahwinan dari Beezworks, tajaan cincin perkahwinan dari Radiance Diamond, tajaan dekorasi perkahwinan dari La Flaire, dan juga tajaan kelengkapan perkahwinan daripada acadia, the olive branch, Zach Chin Photography, The WeddingCard Shop, one red lily, Janet Lee, xocolati dan Veralyne.

Bagi mereka yang layak untuk menyertai kempen Mahligai Impian, jangan lepaskan peluang untuk memenangi pakej perkahwinan lengkap yang telah disediakan oleh Association of Wedding Professionals (AWP). Hantarkan borang penyertaan anda sebelum 31 Julai 2010. Sila layari halaman web www.wanitatv3.com.my bagi maklumat lanjut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Slot Hito Idol Calling For Love di 8TV

Gambar Dayang Nurfaizah di Konsert Kemuncak Suria FM