in

Gambar Dayang Nurfaizah di Konsert Kemuncak Suria FM

Gabungan seramai 17 orang artis popular tanahair dari tahun 90-an dan juga artis baru benar-benar memberikan impak yang mendalam buat lebih 30 ribu orang yang hadir di Persint 3, Putrajaya. Pastinya 24 Julai 2010 yang lalu menjadi memori yang sukar dilupakan.

Antara yang dijemput untuk menghiburkan pendengar ialah Jamal Abdillah, Anuar Zain, Kumpulan XPDC, Hattan, Kumpulan Slam, Joey BPR, Fauziah Latiff, Aizat, Mawi, Akim, Dayang Nurfaizah, Alyah, Kumpulan One Nation Emcees, Black, Jinbara, Vince, Aliff Aziz, The 5, dan Azharina.

Penyanyi RnB dan balada, Dayang Nurfaizah merupakan penyanyi yang paling awal memanaskan pentas pada malam itu. Beliau juga antara yang paling awal sampai dan bersiap sedia bersama dengan penari.

Dayang menghiburkan pendengar Suria FM dengan rangkaian lagu Mulanya Di Sini, Kutemu Cahaya dan Seandainya Masih Ada Cinta.

Terbaru, Dayang Nurfaizah akan menjayakan Party With Dayang yang akan berlangsung di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2010 (hari jadi Budiey masa ni) jam 11 malam. Bayaran masuk RM45 termasuk soft drink.

Dayang Nurfaizah tampil elegan dengan mengenakan pakaian serba hitam dengan seluar ala mediteranean dan baju yang berlabucikan silver.

4832913256 7C135D38Ab B | 4

4832913646 121047A8B5 B | 5

4832912852 076Bc843B4 B | 6

4832915198 4671F41705 B | 7

4832916330 8E0E223E67 B | 8

4832916788 50Aeca5F73 B | 9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV3 & AWP Anjurkan Kempen Mahligai Impian

Gambar Anuar Zain di Konsert Kemuncak Suria FM