in

Transformasi Kereta dalam OVER HAULIN di 8TV

Transformasi kereta dalam OVER HAULIN’ di 8TV!
TARIKH SIARAN: 14 NOVEMBER 2010 (SETIAP AHAD)
MASA: 11.00 MALAM
EPISOD: 18
BAHASA: INGGERIS

Adakah anda menonton filem The Fast and the Furious kerana kereta-kereta yang dipandu mereka? Adakah kereta milik anda merupakan asset berharga anda? Tapi apa yang akan terjadi sekiranya kereta anda tiba-tiba hilang?

Program ini merupakan sebuah program tentang kereta di mana, kereta mereka akan dicuri dan mereka akan mendapatkan kereta mereka yang terlah diubahsuai secara percuma! Hebat bukan?

Bermula 14 November 2010 ini, pastikan anda berada di rumah kerana 8TV bakal membawakan kepada anda OVER HAULIN’ musim ke-4!

haul

Sekali lagi pakar-pakar kereta ini kembali untuk memberi ‘kehidupan baru’ kepada kereta-kereta antik dan usang.

Rakan-rakan atau ahli keluarga si mangsa selalunya akan berpakat untuk mencuri kereta si mangsa untuk diubahsuai sebelum si mangsa diberikan kejutan! Pakar kereta terkenal Chip Foose bersama pasukannya akan merancang untuk mencuri kereta si mangsa sebelum di bawa ke bengkel selama tujuh hari untuk diubahsuai.

Si mangsa selalunya akan diberitahu bahawa kereta mereka dicuri atau ditarik oleh polis. Pelbagai helah telah dirancang dan pasukan Chip Foose dibantu oleh pengacara Chris Jacobs dan Adrienne Janic “A.J,” yang akan menyamar sebagai agen insurans atau pegawai polis.

Ketika si mangsa berusaha mencari kereta mereka yang hilang, krew OVER HAULIN’ akan membawa kereta si mangsa ke bengkel yang lengkap dengan teknologi canggih serta gajet-gajet terkini. Kereta si mangsa yang kebanyakannya usang dan antik kemudiannya akan diuabahsuai oleh pakar-pakar kereta ini menjadi sebuah kereta yang serba baru dan canggih!

Pasti anda tidak sabar untuk menyaksikan transformasi kereta-kereta dan anda hanya boleh menyaksikan sentuhan kreatif pakar-pakar kereta ini dalam OVER HAULIN’ hanya di saluran hip 8TV!

“Saya bukanlah seorang penggemar automobile tetapi saya gemarkan program sebegini yang lengkap dengan elemen realiti, drama dan suspen,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV>

Kim menambah, “Penonton dapat menyaksikan variasi pengubahsuaian yang dilakukan oleh Chip Foose dan pasukannya. Bagi penggemar kereta, ini merupakan program yang harus anda tonton kerana anda dapat menyaksikan transformasi kreatif yang sunggung menakjubkan!”

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan OVER HAULIN’ setiap Ahad bermula 14 November 2010, jam 11.00 malam hanya di 8TV.

Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di lama sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my

Jika anda terlalu sibuk dengan urusan pejabat dan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem Bruce Lee, My Brother

PRIVATE PRACTICE MUSIM KE-3