in

Peraduan Jom Menonton Filem Bruce Lee, My Brother

Salam pembaca Sensasi Selebriti yang dimuliakan, ini ada peraduan untuk korang sertai…

Sinopsis Filem Bruce Lee, My Brother

Bruce Lee, My Brother ialah filem berbentuk biografi drama mengenai tokoh seni pertahanan diri yang juga pelakon masyhur terbabit sebagaimana yang diceritakan oleh adik lelakinya, Robert Lee.

Ia berkisar pada kehidupan Bruce sebagai remaja yang memberontak di Hong Kong sehingga dia kembali ke tanah kelahirannya, Amerika Syarikat (AS), seterusnya menjajah dunia dengan kemahirannya pada usia 18 tahun, dengan hanya berbekalkan kira-kira RM320 dalam poket.

Bapanya seorang penyanyi opera Kantonis popular yang sering menjelajah dunia bersama keluarga.

Bruce sendiri dilahirkan di San Francisco pada 1940, ketika mereka singgah di AS. Mereka berpindah semula ke Hong Kong beberapa bulan sebelum tentera Jepun menceroboh China. Keluarga itu turut berdepan pengalaman perit selama tiga tahun lapan bulan, sepanjang tempoh penjajahan Jepun ke atas Hong Kong.

Bruce diperkenalkan kepada dunia perfileman selepas kelahirannya dengan kemunculan dalam Golden Gate Girl pada 1941,

Bagaimanapun kemasyhuran menjadi miliknya ketika dia berusia sembilan tahun, setelah membintangi filem The Kid dengan menggunakan nama Lee Xiao-long (bermaksud Naga Kecil).
Saat remajanya, dia bukanlah pelajar yang paling pintar dalam kelas.

Namun Bruce tetap mendapat penghormatan sebagai pelakon kanak-kanak yang mencipta nama menerusi beberapa filem.

Sebagai seorang anak muda, Bruce agak memberontak dan sering membabitkan diri dalam pergaduhan.

Antara kegemarannya pula ialah melepak di kedai minum dengan rakannya, Kong dan Unicorn, iaitu dua pelakon kanak-kanak yang turut berlakon bersamanya, dan kemudian beraksi dalam Fist of Fury serta Way of the Dragon.

Akibat sering menimbulkan masalah, Bruce akhirnya menjadi perhatian polis, terutamanya selepas dia asyik bertelagah dengan rakyat asing di tanah jajahan British terbabit.

Ketika dia dikenali sebagai pejuang jalanan, kisah cinta Bruce juga tidaklah seindah yang diidamkan. Bruce menyukai seorang gadis, Pearl, tetapi akhirnya menyedari pujaan hatinya itu turut diminati Kong. Sementara itu, seorang gadis lain, Man-man, jatuh hati padanya dan mahu jejaka itu menjadi pasangannya dalam sebuah pertandingan tarian Latin.

Bagaimanapun, Bruce menolak pelawaan berkenaan, sebaliknya menyertai pertandingan itu bersama saudaranya, Robert. Akhirnya, mereka menggondol gelaran juara.

Bruce turut mempelajari seni pertahanan diri Wing Chun dan mula mengecap kejayaan pertama dengan menumbangkan seorang peninju Kaukasia, menggunakan kemahiran kung-funya. Pada malam meraikan kejayaan itu, Bruce mendapat tahu, Kong, menjadi penagih dadah. Dia dan Unicorn membuat keputusan menyerang markas pengedar dadah berkenaan.

Tindakannya itu menyebabkan Bruce menjadi sasaran samseng dan polis yang menyeleweng, yang mahu menyaksikan dirinya disumbat ke dalam penjara.
Bagi menyelamatkan anak muda itu, bapa Bruce tidak mempunyai pilihan lain selain menghantar anaknya kembali ke San Francisco untuk menyambung pengajiannya di sana

Starring award winner new comer Aarif Lee (real name Aarif Rahman), veteran stars Tony Leung Ka Fai, Christy Chung, will focus on the story about Bruce Lee’s family and the events leading him to be the legend we came to know.

This movie directed by Raymond Yip, Manfred Wong.

Bruce Lee, My Brother akan memulakan tayangan di pawagam bermula Nov 25, 2010 ini.

Mahu memenangi hadiah? Haa… Budiey dengan kerjasama RAM Entertainment ingin menghadiahkan 25 keping pas (double passes) untuk menonton filem ini kepada korang semua.

Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah &

Soalan 1:
Siapakah pengarah filem Bruce Lee, My Brother?

Soalan 2:
Sebutkan seni pertahanan diri dalam filem ini.

Soalan 3:
Namakan syarikat dan websitenya yang memasarkan filem Bruce Lee, My Brother di Malaysia

Slogan: Saya ingin menonton filem Bruce Lee, My Brother kerana… (tidak lebih 15 patah kata)

Hadiah ditaja oleh : Layari: http://ram-ent.com.my

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:
10 Disember 2010

Tajuk Email: Peraduan Jom Menonton Filem Bruce Lee, My Brother

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan disiarkan di blog Sensasi Selebriti & diberitahu melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 25 Nov 2010.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Suria FM Sambut Ulangtahun Ke-3 Penuh Bermakna

Transformasi Kereta dalam OVER HAULIN di 8TV