Toyota Vios Baru Lebih Stylish Citarasa Global!
Ingat tak korang hari tu, Budiey ada pergi jamu-jamu mata kat showroom Toyota di Bangsar untuk pandu uji kereta terbaru Toyota Vios. Ramai yang ingat, Budiey terus beli kereta idaman Malaya tu masa tu.
Apa-apa pun, memang Budiey pada masa tu, dah pasang angan-angan dan niat untuk menunggu kereta Toyota Vios model terbaru. Sebab memang dah rasa, keluaran terbaru Toyota memang tak pernah mengecewakan.
Ha, sekarang Budiey dah boleh berlapang dada, lega dan happy sebab Toyota dah keluarkan model Vios terbarunya iaitu 1.5S, 1.5G dan 1.5E. Wah! Apa yang terbarunya tu? Untuk info korang semua, Toyota Vios yang baru ni ada 3 pilihan utama untuk generasi terbaru Vios yang katanya telah dilancarkan pada 7 Oktober lalu.
Jadi, kalau nak dihitung, dah 5 model variasi Toyota Vios berada di pasaran. Itu pun kalau korang masih ingat lagi.


Budiey memang teruja sangat dan minat gila dengan Toyota Vios sebab ramai sangat dah orang guna… khabarnya lebih 100 ribu Vios telah pun dijual sejak diperkenalkan. Huhu… tu yang rasa kagum bila dapat beli kereta cam nih. Dah la nampak muda dan lebih anggun kalau bawak kete cam gini. Tak gitu?
Korang nak tahu tak sebab kenapa Budiey suka Toyota Vios? Baik Budiey berterus terang je kat sini…
1. Vios menampakkan jiwa Budiey rasa lebih muda huhu… walaupun dah 32 tahun!
2. Orang kata, kereta ni lebih vibrant! Anggun seh! Smart untuk orang perfectionist!
3. Kalau mahu tampil bertenaga, haa, pandu kereta ni memang bergaya sakan.
4. Ada style la, bro! Itu kata kawan saya yang gila sangat dengan kereta Toyota Vios.
5. Huh dan akhir sekali… spotlight! Uhuh… korang yang suka sangat dengan dunia penuh glamourous, pasti mengidam nak pakai kereta Vios sebab tengok sahajalah Vios buat dirimu bersinar bak bintang!

Bagi Budiey la kan, Vios umpama satu magnet di mana dapat membuat sesiapa sahaja akan terpesona untuk menyentuh dan membelainya. Apatah lagi untuk memiliki kereta seanggun ini, buat korang tak tidur malam jadinya.
Mahu warna yang lebih stylish? Huhu, Vios menanti anda dengan banyak sekali warna pilihan sesuai dengan citarasa dan gaya hidup korang. Memang trendy dan mengikut aliran masa.
Untuk info korang, Toyota Vios kali ini tampil dengan 3 warna yang lebih menyerlah iaitu putih, bronze mica metallic dan Grey mica metallic. Huhu, memang lecur air liur den tengok! Kadang-kadang tak tahu nak pilih yang mana satu.
Yang penting, kereta ni kan flexible dan sesuai untuk membawa korang ke mana sahaja termasuklah pergi ke tempat kerja, shopping, clubbing, bawa famili keliling kota bersiar-siar di tasik dan pendek kata, setiap tempat memang korang rasa Vios ni citarasa yang GLOBAL!
Jadi, apa kata… korang yang berminat sangat nak pandu uji, haa, ringan-ringankan kaki untuk melawat showroom Toyota yang berdekatan dengan korang. Budiey gerenti, sekali pandu uji, korang akan rasa Vios adalah pilihan utama korang. kalau tak percaya, cuba try test drive… hehe.

Toyota Vios 1.5S interior

Toyota Vios 1.5E and 1.5G interior
Layari: http://www.toyota.com.my
Tags: Advertorial
Tags: AdvertorialClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





December 18th, 2008 at 8:01 pm
So Budiey .. bila nk beli kereta ni? Cayalah ..
Klau Toyota .. minat Tyt Harrier n TRav4 (2 doors) ..
December 18th, 2008 at 9:25 pm
still looks like a dugong. the old vios looks better
December 18th, 2008 at 11:09 pm
walau macamana pun ku tetap suka RX 330, XC 90..
Lexus.. Harrier, Fortuner etc.
December 19th, 2008 at 1:08 am
betul kata obefiend vios baru macam dugong tapi kalau minat bentuk apa pun dia orang beli juga..Saya tetap setia dengan Toyota RAV4 model 2002.
yang sporty,power & lasak.Kalau tak tak kan ada yang copycat iaitu Toyota Rush & Produa apa tu..alah lupa lak le..
December 19th, 2008 at 11:22 am
Brader … Kereta Honda City versi baru lagi cantik beb. Aerodinamik tak macam dugong vios
December 19th, 2008 at 12:05 pm
Stiap org citarasa nya lain2 .. klau x.. x de nya mcm2 company ..
December 19th, 2008 at 12:57 pm
i’d second obefiend. the 1st Vios is way better.
Honda City 2009 looks better, totally looks different dari UFO/seterika ‘look’nya yang dolu2.
December 19th, 2008 at 2:02 pm
montoknya depan dia..ok2 ler..minat honda..
December 19th, 2008 at 9:50 pm
apalah yg cantik sgt kt vios nie??? heran aku???
December 20th, 2008 at 9:39 am
saya rasa budiey sesuai pakai vios kaler bronze mica metallic. sesuai dgn gaya budiey..
December 20th, 2008 at 9:06 pm
Sis UC .. cuti sakan ek..
April 13th, 2009 at 11:36 am
aku baru pakai vios setakat nie mmg ok tambah jenis j mmg ok dgn minyak yang jimat. aku pernah test run pick up dgn honda city 09.ternyata honda baru tu tinggal 3 tiang ke belakang walaupun nampak garang
.
January 17th, 2010 at 1:51 am
cayalah komen putera melaka..aku baru plan nak pakai vios tp mcm2 dengaq org duk taruh..bg aku bentuk dia ok maa..aku pun pakai honda la ni..semua keta kira okla..pandangan negatif xelok la..semua ada taste masing2..
February 25th, 2010 at 10:11 am
Hmm… dua-dua cantik dan ada kelebihan masing2. Saya minat dua-duanya and now tengah nak beli sama ada vios or honda…..dilema tul..Ada sesapa leh bg cadangan terbaik,beserta alasan2 konkrit tak….plss…:)
March 11th, 2010 at 11:40 am
aku pki vios baru type J auto.org kata vios minyak jimat…tp sama je mcm wira sedan 1.5M aku dulu.xde beza pn
March 13th, 2010 at 6:52 pm
aku pakai vios ok je tu.tak de masalah.tekan miyak jalan je.
April 18th, 2010 at 7:54 pm
vios 2010 telah dilancarkan
June 25th, 2010 at 2:56 am
spe kata vios lebih pickup dri city, lihat perbezaan kuasa engine ternyata city lebih pick up dari vios.
September 25th, 2010 at 11:40 am
a’ah….kete vios tu macam dugong…kau minat vios dah lama tapi bentuk tu pulak yang aku tak berkenan…bilalah nak keluar vios keluaran baru nie…yang bentuk canti sikit…