in , ,

Gambar Nur Fazura & Nurul Gayakan Rekaan Hatta Dolmat di Mifa 2008

Sempena dengan hari jadi Hatta Dolmat yang jatuhnya pada hari ini, 19 Disember… jadi, Budiey dengan ini ingin menyiarkan gambar rekaan fesyen terkini Hatta Dolmat yang telah dipertontonkan kepada penggemar dunia fesyen dan fashionista di Mifa 2008 di The Garden baru-baru ini.

Happy birthday Hatta Dolmat! Semoga dimurahkan rezeki dan terus cemerlang dalam karier anda! Sukses sokmo deh!

Hatta Dolmat menggunakan khidmat pelakon ayu berseri, Nur Fazura dan penyanyi bekas isteri Ajai, Nurul.

Nur Fazura

Nurul

Memperkenalkan…DARK GARDEN! Taman Gelap? Apa tu Hatta? Suka sangat korang dengan benda gothic-gothic nih. Seram!

Tema koleksi 2009 hasil rekaan bekas peserta Project Runway ini berinspirasikan perubahan kejadian alam di waktu senja ke malam. membayangkan suasana taman bunga indah yang segar di waktu siang dipenuhi dengan warna warni, ‘berubah’ kegelapan apabila tirai malam menjelma. Seri warna-warni taman sekelip mata bertukar kegelapan dibaluti warna kehitaman. Taman dalam kegelapan inilah menjadi ‘inspirasi’ untuk koleksi terbaru Hatta Dolmat.

Dengan mengunakan himpunan warna gelap iaitu ungu dan hitam, bertepatan dengan panorama alam di waktu senja adakalnya jika dilihat, langit berubah menjadi keunguan sehingga hilang dibalut hitam malam yang memukau.

Rekaan koleksi kali ini mengutamakan nilai komersil yang memberi penekanan kepada wanita yang berimej mewah. Koleksi yang menghimpunkan rekaan ‘ready to wear’ seperti jaket, pant dan trench coat tepat untuk market di Malaysia dan luar negara. Gaun labuh berperincian mewah dengan tatahan permata dan textura tersendiri, mengambarkan kelainan pada koleksi hatta dolmat untuk kali ini. Potongan ‘bare back’ menjadi daya tarikan kepada hampir setiap gaun labuh yang dihasilkan.

Pengunaan kepelbagaian jenis fabik dalam himpunan dua nada warna memberikan kesan berbeza pada setiap rekaan dihasilkan. Pengunaan fabrik mewah seperti jaket fabric, satin, deutches satin, chiffon silk dan sebagainya.

Elegan

Dark

Pesona Ungu Pesona Kegelapan

Ready to wear

Cantik

Gaun glamour

Berdaya

Gothic

INFO TENTANG HATTA DOLMAT

Nama: Muhammad Hatta Bin Dolmat

Umur: 26 tahun

Tarikh Lahir: 19 dec 1982

Hatta Dolmat beroperasi di Cheras Kuala Lumpur

Menerima tempahan pakaian terutamanya perkahwinan (membuka tempahan
perkahwinan untuk tahun 2009).

Perkembagan terkini: Hatta baru selesai Malaysian international fashion week 2008, sekarang agak sibuk degan tempahan pakaian terutamanya perkahwinan.

Email: hattadolmat[at]gmail[dot]com

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. ni ok la jugak dpd yang dulu tu..sapa nama pereka dia dah lupa dah..yang lelaki pakai crown..hahahah…lucu sangatlah…

  2. Ni baru fesyen namenyeee… ha..ah..lebey cntik dr fesyen yg jntan pakai crown tu..sakit bebeno mate ni nengoknyee… (@ > )
    Atuk..tak teringin nk beli kat nenek gaun kembang setaman tu ke..?? 🙂
    Nurul nmpak a bit chubby la..

  3. in a previous post i lambasted another designer for his avant garde crap. i was labelled a fashion backward scum because i labelled that design as self fellating wankfest

    now hatta dolmat is different. this is a guy who knows what fashion is. knows how to design ready to wear frocks too. i like his design. not overtly experimental or too “artistic” that it borderline lunacy

    great job hatta for not doing design fit for a maniac!

    happy birthday too!

    on a side note.. you can out fazura in a raincoat and she will still look stunning! what a dear.. what a goddess…… fazura PWNS

  4. barulaaa rekaan cam nie… tak macam si zeri tuuu ada ke patut bagi jantan pakai crown… ini adalaa aku teringin nak membelinya… tak pun teringin jugak nak melihatnya….

  5. Hatta , hepi buffday, apa tema bday party tahun ni
    mesti dark garden jugakkan.. memandai je aku, hehe

    Fazura memang cun, pakai apa pon menten,

  6. budiey, btl ke 2nd model (pic from bottom) tu sbnrnya a pre-op transexual.
    Klu btl memng hebatla dia sbb blh compete ngan model2 pompuan lain…i’m just curious…

  7. Looollll aku ingat Hatta Dolmat ni bangsa apa ka….pelik nama dia..tgk2 ada “bin”..wow muda2 lg dh terkenal…
    Rekaan baju pn menarik & bergaya…

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Video Lagu Teater Musical Mamma Mia di Istana Budaya

Toyota Vios Baru Lebih Stylish Citarasa Global!