Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Tiada Lagi Gedik Dekna Dalam Akademi Fantasia

 

Keputusan undian sebelum konsert:
Ebi 15%
Dafi 13%
Heliza 11%
Aswad 11%
Shawal 11%
Rizal 9%
Candy 6%
Dekna 6%
Mila 5%

Keputusan undian selepas konsert:
Ebi 16%
Aswad 11%
Shawal 11%
Heliza 10%
Dafi 10%
Mila 10%
Candy 9%
Rizal 8%
Dekna 8%

Baru sahaja nak bertapak, Dekna terpaksa akur dengan penyingkiran. Baru sahaja kemesraan Dekna nak berputik bersama Rizal. Dekna mengusung beg keluar dari Akademi. Baru sahaja suara huskynya mendapat perhatian, Dekna kini keluar sebagai bekas pelajar.

Saya rasa terkilan atas penyingkiran Dekna kerana pada saya Dekna memberikan warna-warni yang meriah dalam Diari AF. Dekna lucu dan kelakar terutamanya masa dia memberi tips-tips & petua-petua bernas untuk nyanyian kawan-kawannya. Dari reaksi wajah Dekna, saya dapat rasa Dekna masih tidak puas belajar dalam Akademi. Masa berpisah dengan budak-budak lain, Dekna sempat lagi dia berseloroh dengan lawak spontannya.

Karakter Dekna yang mulanya dikatakan gedik itu mula diterima oleh penonton. Mula-mula, ramai yang tidak suka dan menyampah dengan Dekna. Lama-kelamaan, penonton dah boleh terima hakikat, itulah kejujuran Dekna. Tidak seperti pelajar yang lain, ada yang ‘fake’ dan malu-malu pada mulanya.

Menambah rasa terkilan apabila kita tidak dapat melihat persembahan Dekna dalam genre-genre lagu yang lain. Dekna belum membawa lagu irama etnik dan retro. Tiada lagi suara-suara husky serak-serak basah Dekna, tiada lagi usik dan gurauan Dekna, tiada lagi karakter ‘ganas’ Dekna yang lain dari yang lain.

Tinggal 3 orang pelajar perempuan dengan 6 orang pelajar lelaki untuk 5 minggu lagi bersiaran. Akademi Fantasia musim ini jelas membuktikan wujudnya satu ’penganiyaan’ dan ‘diskriminasi’ gender dari sudut pola undian pelajar. Buang seketika isu-isu hangat di mana ada pelajar yang diundi oleh keluarga sendiri, buang seketika faktor fizikal dan rupa jadi keutamaan pengundi… yang saya ingin perlu tekankan, andai minggu hadapan Candy, Heliza dan Mila disingkir secara berturut-turut maka… apa akan jadi dengan konsert akhir nanti? Kesemuanya finalis adalah lelaki?

Akademi Fantasia kali ini tidak berjaya menimbulkan hype apatah lagi fenomena luar biasa seperti fenomena Mawi atau semacam fenomena Sanjaya Malakar dalam American Idol. Bertambah parah lagi dengan prestasi pelajar pada konsert semalam yang sangat-sangat lembap dan suram. Lembap tu mungkin tak letak moisturiser kot. Ntah la, kan.

Setelah perkataan GALI diperkenalkan, kini Ogy Ahmad Daud mula mencari dan menyentuh perihal apakah kreativiti yang mahu ditonjolkan. Hakikatnya, semua pelajar yang melakukan persembahan semalam tidak berjaya melakukan satu kejutan pada penonton. Untuk mencari satu keistimewaan pun susah.

Gaya kebolehan vokal Mila ada peningkatan yang sangat ketara. Jelas, bersih, besar dan sudah ada teknik & identiti tersendiri. Walaupun begitu, Mila masih goyah ketika membawa nada rendah.

Ebi tidak berjaya meningkatkan prestasinya minggu lepas. Candy pun buat biasa-biasa sahaja. Tidak ada daya penarik sangat pun. Heliza masih lagi tidak dapat mengawal suara kerana terlalu fokus pada pergerakan badan dan lakonannya bersama Shawal. Dafi ada kelainan dengan tarian gelek pinggangnya ala-ala retro-seksual. Suara dan vokal Dafi masih sama seperti minggu-minggu lalu. Percubaan yang baik dan ada graf persembahan.

Shawal pula tidak kurang dengan tarian erotik tapi melakukan kesilapan masa rapping. Momentum konsert kali ini agak kurang hebat. Rizal pun saya rasa dengar macam biasa saje. Saya sebenarnya dah bosan dengan lagu-lagu yang genre macam ni dipilih oleh Rizal. Pilih la rentak dan genre lain pulak.

Pelajar harus akur dan faham, mereka sekarang dalam pertandingan nyanyian. Yang diutamakan adalah nyanyian. Bukan lakonan. Jadi, banyak kritikan diterima kerana nyanyian lemah sebab terlalu fokus kepada lakonan dan pergerakan badan.

Pilihan Sensasi Selebriti:

  1. Mila - Puncak Kasih (Ziana Zain)
  2. Shawal - Cinta Tak Karuan (Amigos)
  3. Candy - Berdua Lebih Baik (Acha Septriasa)
  4. Ebi - Layu Sebelum Berkembang (Broery Marantika)
  5. Rizal - Pada Syurga Di Wajah Mu (Nash)
  6. Heliza - Diam-Diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram) 
  7. Dekna - Unfaithful (Rihanna)
  8. Dafi - Bibir Mesra Jiwa Parah (Zam Zam)
  9. Lagu Bonus - Aakhein Khuli
  10. Aswad - 60’s TV (OAG)

Tribute to Dekna:

  1. Karakter Dekna mula menonjol dan diperkatakan ketika siaran Tirai AF lagi di mana Dekna menangis menerima kejutan macam ibu hilang anak.
  2. Dekna selalu tampil dengan kain selendang petak-petak macam kain pelikat yang diikatnya di pinggang seperti selendang.
  3. Dekna meminati lagu-lagu dari nyanyian Ella. Lagu Rama-Rama menjadi pilihan utama Dekna.
  4. Dekna pernah mendapat kejutan dalam Diari di mana beliau bertemu Amy Mastura yang berlakon sebagai doktor.
  5. Pelajar yang berasal dari Pulau Pinang ini dikaitkan dengan Noni kerana karakter yang gedik-gedik itu memeriahkan lagi suasana dalam Diari.
  6. Dalam Akademi, Dekna kelihatan rapat dengan Noni dan Candy. Dekna juga merupakan seorang kakak angkat pada Dafi.
  7. Dekna telah meminta lagu Goyang dari Inul Daratista & Dekna menyerahkan lagu dangdut tersebut pada Candy.
  8. Dekna merupakan antara pelajar yang sangat lambat untuk menonjolkan kebolehannya di pentas. Namun, sekiranya dilihat dalam diari, persembahan Dekna di diari lebih elok daripada apa yang Dekna buat di pentas Dewan Sivik. Itu pada pemerhatian saya yang menontonnya diari di TV.
  9. Sebelum guna tagline Mmmm… mengheliiits, Dekna menggunakan tagline….. Cuba teka sendiri sebab dah tak ingat.
  10. Karakter Dekna yang mempunyai rambut yang mengerbang itu pernah disamakan dengan karakter Mas AF2. Suara mereka pun lebih kurang sama kan? Tapi Dekna lebih power sikit dari Mas.
  11. Persembahan terbaik Dekna ialah ketika membawa lagu Salam Untuk Kekasih dari Nadia. Selain mendapat tepukan gemuruh, Dekna dipuji oleh pengkritik.
  12. Di konsert pertama, Dekna membawa lagu Tanpamu dari Farawahida dengan menerima kritikan yang agak pedas juga.
  13. Selain lagu Kembara Di Tanah Gersang dari Al Jawaher di konsert sempena Maulidur Rasul, Dekna membawa lagu Cinta dari Amy Mastura di minggu kedua. Setakat minggu kelima, graf prestasi Dekna hanya meningkat pada minggu ke-4.
  14. Dekna membuat pengakuan yang dia memang menyukai gaya Rizal secara eksklusif di Muzikdiria. Kata Dekna, Rizal seorang yang jujur, baik, rileks, fokus ketika belajar walaupun nampak macam main-main. Dekna sanggup menerima tawaran berlakon sekiranya digandingkan bersama Rizal.
  15. Dekna ada seorang abang yang sebaya umur dengannya kerana lahir pada awal tahun.
  16. Bekerja di kedai cermin mata sebelum menyertai AF5.
  17. Rumah Dekna berhadapan dengan tempat makan yang terkenal di Pulau Pinang iaitu Padang Kota Lama.
  18. Merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Light Street.
  19. Pertama kali menghadiri uji bakat AF dan terus terpilih.
  20. Menyanyi secara sambilan bersama seorang lagi peserta AF5, Mila di sekitar hotel-hotel di Pulau Pinang.
  21. Semasa di akademi, selain Rizal, Dekna juga rapat dengan Dafi.

Semoga Dekna berjaya di dunia luar. Budiey really, really, really miss you, Dekna!

Jom baca ulasan lain yang lebih mengheliiits:

  1. Mr. Manager
  2. Pakcik MMA
  3. Klubbkidd
  4. Sultanmuzaffar
  5. Penglipurlara
  6. Mentally Disturbed
  7. Noumad
  8. Muat turun & download MP3 Konsert AF
  9. Faidhi
  10. Nakaltitude
  11. F41dh1
  12. Leofantasia
  13. Kalau ada sesiapa yang buat ulasan, sila kasi link anda. Terima kasih.

Technorati Tags: , , , ,

Tags: , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sekadar Foto-foto Tribute Pada Yang Tersingkir
  • Sah! Dekna Sudah Bertunang
  • Gambar Kahwin Dekna AF
  • Metamorphosis Dekna AF5
  • Gambar Selebriti di Konsert Akhir AF5
  • Senarai Lagu Untuk Konsert Pertama Akademi Fantasia 5
  • Azwan Ali Gedik?
  • Pantun Hari Raya Aidilfitri Akademi Fantasia 5
  • Blog Terbaru Fatin - Akademi Fantasia 5
  • Gambar Kekasih Alif AF6



  • 29 Komen untuk entri “Tiada Lagi Gedik Dekna Dalam Akademi Fantasia”

    1. affanazami kata:

      hello Mr. Budiey… yes, I m definitely agreed tau! Sedih sgt dekna kuar. last nite reminds me of nana’s elimination. sedeyh.. she tak patot kuar! shes talented. she got tone. eventhou semlm takphm ape die nyanyi, tp i bunyik sedAP.. sedeyh.. a loss tau! sedeyh la! DEKNA is my favourite of all! yg laki patot kuar tau! i dun like si cayak ape ntah tu.. die patot masuk akademi lakonan jek! ish! sedeyh la!!!! TENSYEN!!!!

    2. wenkt kata:

      sedihnyer dekna! still te’ringat dekna dgn amy mastura.. lawak giler jumpa doktor tu!!!

      eh, lama tak online skrg ni? busy ka?

    3. Budiey kata:

      Hi affanazami, sabar je la ek. Agak2 Dekna boleh survive tak? Harap boleh la ek… i think Dekna boleh jadi pelakon.
      Hi Wenkt, i offline, sape je Budiey dalam ym… kalau tak jawab tu, takde le tu… hehehe :)

    4. Izham kata:

      Hehe.. sape2 pun boleh terkeluar.

      Tak kisah lah apa2 pun. Industri nyanyian Malaysia dipilih untuk ditentukan sedemikian rupa.

    5. Budiey kata:

      Izham, orang malaysia ni boleh dikatakan 70% dr mereka lebih memilih rupa daripada bakat. < – saje je reka fakta sendiri :)

    6. affanazami kata:

      70% ek? Haha..

    7. affanazami kata:

      eyh chup nak add u kat YM gak! how ar?

    8. Budiey kata:

      Affanazami, 70% pilih rupa & gender, 20% pilih bakat, 10% pilih sebab simpati… You can add me.. my yahoo ID: budiey_ismas

    9. f41dh1 kata:

      Dekna tak patut keluar…tapi apakan daya, ada pelajar yang mempunyai peminat yang lebih ramai…kita tengok sajalah bagaimana prestasi pelajar yang masih ada…:D

    10. bro ajami kata:

      bro, link yg nih http://shawal-agogo.blogspot.com/ ~ tak ujud dah & bukan link shawal.. pls use this:

      http://shawal-af5.blogspot.com/

      tq bro..

    11. pakcik MMA kata:

      budiey,

      alamak, aizat dah buat hal. cam mana ni? huhu

    12. affanazami kata:

      sdeyh smp takleh jwb exam i lagi ni.. huhuk. TANX

    13. Budiey kata:

      Pakcik MMA, Aizat buat perangai? Mmm… dah itu perangai dia ke atau dia jadi mangsa kamera jahat Diari ke, atau dia kena provoke? Lagi satu, I tgk AF kali menimbukkan hura-hara dan perpecahan sesama manusia. I hope mana-mana yang berbalah pasal AF ni berdamailah semula. I tak suka nak berbalah ngan orang. Suka aman damai… nak berbaik dengan semua org kalau boleh…
      Affanazami, uik macam tu sekali ke… ni mesti die hard fan Dekna ni. Apa-apa pun do the BEST, ok… Good luck, dude!

    14. azuan kata:

      tiada lagik kita lihat aksi wanita yang melilit pinggangnya dengan kain berkotak hitam putih. tiada lagi aksi wanita berambut terpacak ke belakang yang dok mengurut2 badan candy, dan yang pentingnya kita kehilangan seorang peserta wanita yang suaranya sedikit lebih baik berbanding Mas

    15. wenkt kata:

      hehe.. hanya blog ini masih blum ban aizat.. hehehe

    16. Budiey kata:

      Wenkt, :) ban sape? Ayoyoyoy… nak kasi tau u satu je, af sekarang bukan macam dulu lagi laa, dulu AF pengerat silaturrahim sesama keluarga… tapi tgk lah apa yg terjadi… I tidak boleh komen pasal ni lagi sebab isu sensitif. Tak pasal2 I lak yg kena… I nak mendiamkan diri… lari sambil menyembunyikan diri dalam selimut…

    17. arturia kata:

      erm…..syg Dekna dh kuar dari akademi….
      dh la dia sorang je yg ada husky voice……..alamk….
      sure rindu giler nk dgr suara dia….ishk ishk….

    18. faidhi kata:

      update!! ulasan konsert af ;)

    19. Budiey kata:

      Arturia, Rindu serindu-rindunya kat Dekna dalam Diari, malam tadi, jelas nampak kemurungan Diari… AFMASUK DEKNA please…
      Faidhi, ok thanks. I dah link yr review!

    20. mazen kata:

      sedih gak dekna kuar. member ofis ckp suara mazen mcm dekna gak. terutama masa dia nyanyi lagu slm utk kekasih tu. he he he…perasan jer mazen kan.

    21. Izham kata:

      abg budiey, fakta 70% tu mungkin x berapa tepat. Tapi majoritinya macam tu.

      kalau fantasia barrino masuk malaysian idol, belum tentu dia menang.

      betul tak?

    22. Izham kata:

      cheh mazen,

      sangat perasan. kalau berani jom la kera-ok.

    23. Izzah kata:

      Hai Budiey, mmg sedih Dekna kuar tapi apakan daya rakyat Malaysia terutamanya yang pompuan tak nak undi dak pompuan. Sampai bila ya pompuan nak menang. Untuk AF5 ni suara Dekna je yang ada kelainan, yang lain-lain tu bukan tak best tapi dah banyak kat pasaran. AFMASUK DEKNA pleaseeeeeeeeeeeeeee.

    24. Budiey kata:

      Izzah, kalau u sedih, i lagi sedih… keluar je Dekna, ramai lak yg suka dia sebab dia kan kelakar gile. Tengok kat muzikdiria je la camna… sampai yasmin Hani pun jatuh cinta minat kat Dekna.

      Mazen, yo la tu, ntah2 lagi power dari Dekna kot… :)

      Izham, tak berani la nak gi karaoke ngan korang… suara cheq tak power… mendatar- mendatar…. (gema macam suara Ramli MS)

    25. mazen kata:

      izham… nak ajak karoke pulak? ok jgk tu. he he he… ada jgk aktiviti d masa lapang. tp mazen tak berani la nak lawan ngan izham. suara mazen mcm katak panggil hujan jer. takut masa kita ramai2 kuar g karoke habis banjir satu kl. he he he…

      sapa pulak nak anjurkan sesi b’karaoke beramai2. sponsor diri sendiri la beb. mazen boleh tlg sponsor 50sen tiap sorang. he he he….(jgn mare…)

      ajak liza sekali yg suka nyanyi lagu indon tu. erin plak suka nyanyi lagu ape ek? Budiey, mazen nak suruh nyanyi lagu “aku semut merah” ha ha ha….

    26. Izzah kata:

      Kalau nak cari kawan baik saya nak karekter yang macam Dekna, selalu buat kita happy sebab tu Yasmin Hani senang terima dia..ingat kata Dekna “terima lah dia seadanya”. Dekna adalah pelajar favourite saya selain Shawal yang lain tu no komen….

    27. mazen kata:

      izzah sy ade… he he he… biar sy jadi kawan awak.

    28. Izzah kata:

      hehehe..sape-sape pun boleh jadi kawan kite janji wow…

    29. FaRhAhAnZ kata:

      hey dah la 2 kutuk dekna 2 kecian dia tau .,……
      dia pOn aDa peerasaan gak …….
      cukuplah guys……;)

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET