in , ,

Peraduan Jom Menangi Tiket Menonton Filem FURIOSA: A MAD MAX SAGA 

Nah! Ini adalah hadiah istimewa buat semua pembaca setia & selebriti yang melayari portal ini! Jadi, apa korang tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah menarik yang ditawarkan.

Mahukah anda menghadiri Tayangan Premiere FURIOSA: A MAD MAX SAGA? Ya, cukup istimewa buat pembaca Budiey.com, di mana anda dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 21 Mei 2024.

Kalau anda mahu hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem paling ditunggu-tunggu dari pengarah tersohor George Miller. Filem aksi mendebarkan dan penuh dengan babak yang pengembaraan ini dilakonkan oleh pelakon terkenal seperti Anya Taylor-Joy, Chris Hemsworth, Tom Burke, Nathan Jones, Angus Sampson dan ramai lagi. 

FURIOSA: A MAD MAX SAGA
© 2024 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved

Budiey percaya ramai di kalangan pembaca yang menantikan filem prekuel dari filem Mad Max: Fury Road yang telah lama dinantikan ini. Filem ini membongkar kisah awal dari watak Furiosa di zaman muda di mana mengungkap latar belakangnya yang diculik dari Green Place of Many Mothers dan dibawa ke Warlord Dementus. Tak dapat bayangkan bagaimana tegangnya jalan cerita filem ini. 

Sinopsis Filem FURIOSA: A MAD MAX SAGA 

Sebuah kisah epik yang memikat penonton dalam perjalanan melalui kekacauan dari dunia pasca-apokaliptik. Filem ini mengisahkan karakter yang cukup legenda iaitu, Furiosa dalam versi muda 15 tahun sebelum Mad Max: Fury Road.

Awalnya Furiosa diculik dari Green Place of Many Mothers dan jatuh ke dalam kekuasaan Immortan Joe. Setelah berhasil melarikan diri dari geng motor yang dipimpin oleh Warlord Dementus, Furiosa harus menghadapi serangkaian rintangan yang membahayakan keselamatan dirinya ketika berusaha kembali ke Benteng di Kota Gas. 

Kota Gas saat itu sedang dilanda pertarungan brutal antara dua kubu yang saling bersaing. Namun dalam usaha bertahan untuk hidup, Furiosa harus memikirkan cara yang bijak untuk menemukan jalan pulang dan meloloskan diri dari Immortan Joe.

Filem ini akan berada di pawagam mulai 23 Mei 2024.

FURIOSA: A MAD MAX SAGA
© 2024 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved

Peraduan Tayangan Premiere Filem FURIOSA: A MAD MAX SAGA 

Budiey Channel ingin menghadiahkan 40 tiket untuk pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:: 21 Mei 2024 (Selasa)

Masa Pendaftaran: 8.30 malam

Masa Tayangan : 9.15 malam

Lokasi : TGV 1Utama

Hall : 1

Sebanyak 40 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda juga berpeluang memenangi barangan Premium Edisi Terhad iaitu:

Furiosa_bumbag_v2
© 2024 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved

1 x Bumbag

Red men's classic t-shirt front and back
© 2024 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved

1 x T-Shirt

Furiosa_PinBadge_v6
© 2024 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved

2 x Pin Badge Set

Furiosa_Teddy_v3
© 2024 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved

2 x Teddy Keychain

Anda yang mahu menyertai peraduan ini hanya perlu menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere FURIOSA: A MAD MAX SAGA di TGV 1Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #FURIOSAAMADMAXSAGA #FURIOSA

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Channel dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon utama filem FURIOSA: A MAD MAX SAGA

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem FURIOSA: A MAD MAX SAGA kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: budiey_ismas[at]yahoo.com

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem FURIOSA: A MAD MAX SAGA

Tarikh tutup peraduan:

19 Mei 2024

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Terima kasih kepada Warner Bros di atas hadiah dan kerjasama. 

FURIOSA: A MAD MAX SAGA
© 2024 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved
FURIOSA: A MAD MAX SAGA
© 2024 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

In Saff Travel & Tour Perkenal Pakej Umrah 9 Hari 7 Malam Serendah RM4970

Aurelius Healthcare & Rizman Ruzaini Suntik Nafas Baharu Buat Fesyen Hospital