in ,

Sinopsis Drama Bersiri Aku Bukan Ustazah Erysha Emyra & MK K-Clique

Susah Untuk Erysha Emyra Berubah?

Erysha Emyra, nama yang mula mendapat perhatian dan populariti yang meningkat selepas membintangi karya pertamanya sebagai Wardah dalam drama ‘Perempuan Itu’, kini semakin aktif dalam bidang lakonan. 

Drama seterusnya yang diadaptasi menerusi novel karya Lyna Masud, Aku Bukan Ustazah menampilkan Erysha Emyra memegang watak utama sebagai Amirah slot Akasia mulai hari ini (3 Mei 2024), setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7.00 malam!

POSTER AKU BUKAN USTAZAH

Dia Aminah. Seorang niqabis yang berpaling dari ijtihadnya kerana fitnah manusia. Kerana seorang Adam, maruahnya sebagai niqabis dipijak-pijak lalu dia tekad untuk keluar mencari jalan hidup sendiri. Di situlah bermula episod kehidupannya bersama dengan rakan-rakan yang berbeza pegangan hingga dia hampir tersesat di dalam lembah kesilapan yang dilakukannya sendiri. Dia mencipta dirinya sebagai ‘Miya’ manakala ‘Aminah’ ditinggalkan semakin jauh. 

Adam dan Omar. Dua pemuda yang berbeza cara hidup cuba merebut kasih sang niqabis. Adam merupakan pemilik sebuah restoran bar, hidupnya penuh dengan noda manakala Omar seorang doktor perubatan lulusan universiti di Mesir dan sangat menjaga agamanya. Antara dua, hanya seorang yang Aminah paling dekat namun sering dia menafikan perasaannya itu. 

Menurut Erysha ‘’Ini merupakan drama pertama saya yang digalas sebagai watak utama untuk TV3 dan juga drama ketiga saya bersama TV3. Drama ini berunsurkan kekeluargaan namun turut diselitkan juga konsep islamik yang banyak memberikan pengajaran dan tauladan kepada penonton. Saya mengharapkan agar drama ini bakal mendapat sambutan baik dari penonton.’’ 

Drama bersiri 28 episod terbitan Global Station Sdn Bhd yang diarahkan oleh Idora Abdul Rahman ini menampilkan pelakon seperti Erysha Emyra, MK K-Clique, Zahiril Adzim, Haneesya Hanee, Shaza Bae, Qistina Khaled, Fikhree Bakar, Ahmad Syafiq, Razak Ahmad, Fadilah Mansor, Azhar Sulaiman, Danial Dashuki dan Syad Mutalib.

Jangan ketinggalan untuk menonton Aku Bukan Ustazah menerusi slot Akasia bermula 3 Mei 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HOT FM FARA AG JOHAN

Hot FM Rangkul Anugerah Gangsa Bagi Kategori Best Use of Live Streaming

In Saff Travel & Tour Perkenal Pakej Umrah 9 Hari 7 Malam Serendah RM4970