in , ,

Amazing Concert 2024 D’Masiv & Mario G Klau Pada 29 Jun di MegaStar

SELEPAS kejayaan penganjuran konsert di Kuala Lumpur pada Februari lalu, kumpulan asal Indonesia iaitu D’Masiv sekali lagi bakal menghiburkan peminat di negara ini pada 29 Jun depan.

Khabar dan berita baik buat peminat D’Masv di Malaysia, di mana kumpulan otai ini bakal terbang sekali lagi untuk menghiburkan anda! Kali ini mereka tak sendirian kerana turut bergandingan sekali dengan Mario G. Klau.

Bertempat di S&F Residence, Kemang, Jakarta Selatan, Budiey Channel turut diterbangkan oleh penganjur untuk hadir di sidang media dan sempat menemubual kumpulan D’Masiv.

Amazing Concert 2024 D’Masiv & Mario G Klau Pada 29 Jun di Mega Star Arena

Nama kumpulan pop rock sensasi Indonesia D’Masiv tidak perlu diperkenalkan lagi. Baik di persada muzik Indonesia, mahu pun di Malaysia. Malah, kumpulan ini masih berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai antara pemuzik terbaik yang pernah ada dalam sejarah industri hiburan Indonesia.

Vokalis D’Masiv, Rian berkata, untuk konsert kali ini mereka bakal tampil dengan susunan muzik yang berbeza dan istimewa berbanding konsert-konsert sebelum ini.

“Kebetulan, 20 Mei ini nanti kami akan lancarkan album kelapan. Malaysia akan jadi negara pertama untuk kami persembahkan seleksi lagu baharu di pentas Megastar Arena Kuala Lumpur.
“Setiap kali kedatangan kami di Malaysia, pasti akan ada peminat dari Singapura dan Brunei sanggup turun memberi sokongan menonton persembahan kami di Kuala Lumpur.
“Disebabkan itulah kami cukup berbesar hati dan teruja bila diberikan peluang untuk menghiburkan peminat di Malaysia,”

– Rian

Deretan album dan lagu yang pernah dihasilkan band ini juga masih menjadi siulan peminat dan pencinta muzik tempatan. Tidak keterlaluan jika dikatakan, karya dan muzik mereka terus hidup.

Amazing Concert 2024 D’Masiv & Mario G Klau Pada 29 Jun di Mega Star Arena

Tahun lalu, D’Masiv berjaya mengadakan Konsert Cinta Sampai Di Kuala Lumpur dengan menyaksikan sambutan yang cukup hebat daripada peminat.

Kali ini, mereka kembali menemui peminat menerusi Amazing Concert D’Masiv & Mario G Klau yang bakal diadakan pada 29 Jun 2024, jam 8 malam di Megastar Arena, Kuala Lumpur.

Istimewanya juga, konsert yang dibawakan secara eksklusif oleh Creative Page dan JPP Entertainment ini turut menampilkan penyanyi Mario G Klau.

Amazing Concert 2024 D’Masiv & Mario G Klau Pada 29 Jun di Mega Star Arena

Menurut pengajur, Amazing Concert D’Masiv & Mario G Klau konsert yang dinanti-nantikan ini akan menjadi platform untuk penggemar menikmati persembahan langsung daripada dua pemuzik yang sudah menawan hati jutaan pendengar dengan lagu-lagu mereka yang bermakna dan bersemangat.

“Satu kehormatan yang tidak ternilai untuk menyaksikan dua pemuzik ini berganding bahu di pentas yang sama. Bayangkan kemeriahan apabila D’Masiv dengan lagu-lagu pujaan seperti Jikalau Aku Bersalah dan Cinta Mati diselang-selingi dengan renungan lirik Mario G Klau yang mendalam. Pasti penonton akan terbuai dengan alunan melodi yang mengusik kalbu dan membangkitkan rasa terujanya kembali kepada zaman kegemilangan.

“Konsert ini bakal menjadi momen bersejarah yang tidak mungkin diulang, di mana dua raksasa industri hiburan Indonesia bersatu di atas satu pentas bagi meraikan khazanah seni yang sudah mereka torehkan selama ini.

“Sudah tentu peminat tidak akan mahu melepaskan peluang emas untuk menyaksikan persembahan istimewa yang bakal meninggalkan kesan mendalam dalam sanubari setiap yang hadir. Tiada kata yang dapat mengungkapkan keghairahan menanti detik kemuncak acara hebat ini berlangsung,” katanya.

Amazing Concert 2024 D’Masiv & Mario G Klau Pada 29 Jun di Mega Star Arena

Menurutnya, pemilihan Mario G Klau sebagai artis yang berkolaborasi dengan D’Masiv dianggap tepat, di tengah-tengah nama penyanyi dan komposer itu kian mendapat perhatian.

“Pemilihan Mario G Klau sebagai artis yang akan berkolaborasi dengan D’Masiv dianggap sangat tepat dan sesuai. Pada masa kini, nama penyanyi dan komposer berbakat ini semakin mendapat perhatian meluas daripada peminat serta pengiktirafan dalam industri muzik tempatan. Kolaborasi ini bakal menjadi satu detik yang dinanti-nantikan, dengan jangkaan akan menghasilkan karya yang memukau serta menyerlahkan bakat luar biasa kedua-dua insan kreatif ini.

“Ditambah pula, lagu-lagu yang dihasilkan Mario paling banyak didengar di aplikasi muzik dan di YouTube sehingga mencecah 60 juta tontonan termasuk lagu Semata Karnamu,” katanya.

Amazing Concert 2024 D’Masiv & Mario G Klau Pada 29 Jun di Mega Star Arena

Istimewanya juga, Amazing Concert D’Masiv & Mario G Klau turut menampilkan penyanyi tempatan Sarah Suhairi dan Alfie Zumi.

“Konsert ini turut menampilkan kehadiran penyanyi tempatan berbakat luar biasa seperti Sarah Suhairi dan Alfie Zumi yang kini tular menerusi lagu SAH. Penampilan mereka yang memukau dan penuh emosi menambah lagi kemegahan dan keajaiban acara konsert yang sangat istimewa ini. I

“Penonton pastinya akan terpegun dan terpesona dengan persembahan memukau daripada semua artis yang terbabit, yang berjaya menghasilkan pengalaman muzikal yang sungguh menakjubkan,” katanya.

Amazing Concert 2024 D’Masiv & Mario G Klau Pada 29 Jun di Mega Star Arena

Penganjur juga berharap Amazing Concert D’Masiv & Mario G Klau berjaya diterima baik.

“Konsert ini bukan hanya hiburan semata-mata, tetapi juga mengenai menyatukan komuniti muzik dan menyalurkan energi positif melalui suara dan harmoni. Dengan pelbagai lagu yang membawa makna dan inspirasi, dijangka konsert ini akan memberikan pengalaman yang menginspirasi dan mengasyikkan kepada semua yang hadir,” katanya.

Amazing Concert 2024 D’Masiv & Mario G Klau Pada 29 Jun di Mega Star Arena

Amazing Concert D’Masiv & Mario G Klau bakal menyaksikan D’Masiv menyanyikan 15 lagu, Mario G Klau dengan lapan lagu dan Sarah Suhairi dua lagu.

Harga tiket menyaksikan konsert ini adalah RM465 (VIP 1); RM936 (VIP 2); RM210 (Rockzone A); RM200 (Rockzone B); RM194 (General Seating A) dan RM184 (General Seating B).

Tiket menyaksikan konsert ini boleh didapati menerusi ticket2u.com.my

Amazing Concert 2024 D’Masiv & Mario G Klau Pada 29 Jun di Mega Star Arena

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ICBS 2024: Menjemput Anda Meneroka Inovasi Kafe di Kuala Lumpur!

Rumah Terbuka GGR Motor Meriah, Berjaya Jual 100 Biji Motosikal Elektrik