in , ,

In Saff Travel & Tour Perkenal Pakej Umrah 9 Hari 7 Malam Serendah RM4970

In Saff Travel & Tours Sdn Bhd ditubuhkan pada 1 Disember 2014 dengan menawarkan servis pengendalian pakej umrah, pengurusan tiket domestik dan antarabangsa, pengurusan visa, pengurusan badal haji dan umrah dan penempahan hotel.

Selain itu, agensi ini turut menjalankan servis trip korporat bagi percutian islamik dalam dan luar negara serta pengurusan korban, aqiqah dan dam.

TV ALHIJRAH

Diasaskan oleh 4 orang lepasan pelajar ummul qura universiti di Makkah al mukarramah antaranya, Ustaz Aswadi bin Ali, Ustaz Nik Fairul Irwan bin Nik Harun Aminarrashed, Ustaz Mohd Fahmi bin Mohd Nawi dan Ustaz Falaahuddin bin Ahmad Jasni.

TV ALHIJRAH

Mula beroperasi di Terengganu dan kini mempunyai 31 cawangan seluruh Malaysia dengan membawa tagline ‘Insafi Nurani Santuni Rohani’. Agensi ini sentiasa meletakkan keutamaan dalam menyediakan servis terbaik dan menyantuni jemaah disamping berharap dapat membantu semua golongan yang berkeinginan untuk menjadi tetamu Allah SWT.

TV ALHIJRAH

Dengan fokus utama bermula tahun ini untuk menerbangkan lebih 10,000 jemaah umrah, In Saff Travel & Tours menjalankan pelbagai promosi dan kempen bagi menarik lebih ramai peserta.

Antara promosi pada tahun ini, penerbangan domestik percuma dalam semenanjung sahaja ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Bagi peserta dari Sabah, perlulah menambah RM400 dan dari Sarawak hanya RM300 sahaja.

Selain itu, In Saff Travel & Tours turut menawarkan tiket keretapi percuma dari Madinah ke Makkah atau dari Makkah ke Medina dan naik taraf tiket keretapi kelas perniagaan (bussiness Class) secara percuma dari Makkah ke  Madinah atau dari Madinah ke Makkah.

TV ALHIJRAH

Dalam pada itu, In Saff Travel & Tours juga turut menjalankan beberapa kempen yang lebih holistik antaranya, pakej edisi istimewa (Special Edition) selama 9 hari 7 malam yang akan berlepas pada 2 dan 3 Mei ini. dua buah kapal terbang telah disewa khas yang akan menerbangkan para jemaah umrah. Agensi ini juga mencatatkan penjualan 566 tempat duduk dalam masa yang singkat.

Selain itu, In Saff Travel & Tours juga mempunyai pakej umrah pelbagai dengan 3 variasi hari antaranya, 9 hari 7 malam serendah RM4970 sahaja. Pakej lain, 12 hari 10 malam dan 22 hari 20 malam. Para jemaah boleh memilih pakej mengikut bajet dan kesesuaian tempoh lawatan yang diinginkan.

In Saff juga ada menawarkan produk pelancongan percutian islamik di Acheh, Turki dan sebagainya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Aku Bukan Ustazah Erysha Emyra & MK K-Clique

Peraduan Jom Menangi Tiket Menonton Filem FURIOSA: A MAD MAX SAGA