in , , , ,

Foto Sekitar Reader’s ToGether Gather Pertama Sensasi Selebriti

Hari ini, perjumpaan kali pertama Reader’s ToGether Gather Sensasi Selebriti berjalan dengan lancar.

Sederhana tapi meriah juga. Terima kasih kepada 16 pembaca yang sudi datang memeriahkan sesi kali ini. Terima kasih kepada Izham, Mazen, Erin, Nurliza, Fatiha, Nad, Rafaie, Rini, Syukri, Azwan , Rozlan, Razid, Fara, Toby, Samad dan kawannya kerana sudi memeriahkan suasana.

Bertemu muka dengan pembaca membuat saya sedikit terharu atas sokongan mereka walaupun menjadi sekadar silent readers. Maaf atas kelewatan saya yang tiba jam 12.15 tengahari. Sebelum berangkat ke Tanjung Golden Village untuk menonton filem filem Jangan Pandang Belakang di Concourse Suria KLCC, kami sempat bergambar dan berkenalan.

Ada pembaca yang sudah saya kenali dan ada yang tidak pernah bertemu muka tapi sering berbual di jendela YM.

– BUDIEY

Juga kepada Metrowealth Sdn Bhd yang sudi menaja CD & DVD. Sokongan dan bantuan dari anda semua amat saya hargai. Semoga kita boleh bekerjasama lagi untuk program-program yang akan datang.

Berikut adalah antara foto & gambar sekitar Reader’s ToGether Gather tadi di TGV KLCC.

458584825 14B7E52D0C O | 4

Seawal jam 10 pagi, saya ke pejabat Metrowealth Sdn Bhd untuk mengambil CD & DVD termasuk 2 CD terbaru Waheeda untuk tujuan promosi di Sensasi Selebriti. Ulasan album terbaru Waheeda akan menyusul nanti bersama dengan peraduan memenangi album terbaru Waheeda. Tunggu!

458568310 75910A52Ba O | 5
458586891 Acf8D28Daf O | 6

Siap kena sign D.O (Delivery Order) you all!

458568804 4227Aeb95B O | 7

Terima kasih banyak ya En. Azahari atas sekalung budi.

458570910 29Df6F8C92 O | 8

 Selonggokan CD & VCD daripada Metrowealth Sdn Bhd

458569454 1Ea27A3E12 O | 9

 Lokasi pendaftaran: Concourse Suria KLCC, depan Topshop

458569878 C9Fdda0E06 O | 10

Acara sembang & makan serta bergosip di Food Court tingkat 2, Suria KLCC

458570146 677A0C516E O | 11
Fatiha & Liza… Thanks Liza sebab sudi menceriakan suasana dengan cerita lucu awak tu… memang pecah perut kitorang ketawa dengan korang ni bergosip.
458585773 668904619D O | 12
Azwan, Rozlan dan Razid! Terima kasih sebab sudi ikut tema kali ini. Orange!
458586233 91Ff6B32C4 O | 13
Erin & Mazen…  you all very cool girls! Terima kasih Mazen sebab sudi belanja pop corn! Ada staillah!
458586043 775Ca611F4 O | 14
Bro. Syukri & Rini… Thanks to each of you for your kind words of support! Appreciate it sangat-sangat.

Ada beberapa foto lagi yang mana tidak dapat pengesahan untuk disiarkan di blog. Mahu merahsiakan identiti katanya. Yang tidak ada dalam foto ialah Izham, Nad, Rafaie, Fara, Toby, Samad dan kawannya.

Terima kasih sekali lagi untuk semua.

Untuk lihat gambar lebih terang & BESAR, sila klik:

  1. Foto di Metrowealth, Subang Jaya
  2. Foto Pembaca di Suria KLCC
  3. Baca coretan & lihat foto dari Izham

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Budiey | 39

Sensasi Selebriti Readers ToGether-Gather di TGV KLCC Sabtu Ini!

Dafi 2020 | 40

Tiada Lagi Gedik Dekna Dalam Akademi Fantasia