in , ,

Drama Emilemilda di TV3 Bulan Mei Ini

Masih menghitung hari untuk menonton drama Emilemilda yang akan menemui penonton bulan hadapan. Apa istimewanya drama ini sehingga ditunggu-tunggu oleh penonton drama TV? Jawapannya, hanya terjawab nanti.

Sinopsis drama arahan Shahrulezad ini saya dah tulis di entri ini. Namun, poster di atas adalah yang terbaru yang saya terima daripada Isma Yusoof yang juga turut menjadi pelakon dalam siri drama ini. Terima kasih Isma Yusoof.

Lari dari tajuk seketika, dalam minggu lalu, banyak peristiwa yang berlaku. Ada yang elok dan ada yang tidak elok. Ada yang enak dan ada yang tidak enak didengar. Saya harap segala masalah dan isu yang timbul akan segera diselesaikan dalam situasi yang aman.

Prinsip yang saya pegang selama saya menjadi penulis blog. Saya tidak mahu menjadi musuh kepada sesiapa. Saya tidak mahu berbalah dengan sesiapa. Walaupun saya rasa banyak kritikan saya juga menyentuh ramai individu tertentu terutama sekali tentang komentar tentang Akademi Fantasia.

Kepada famili yang terasa hati dengan tulisan saya… saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Tidak ada niat saya untuk mengutuk mana-mana pelajar.

Saya tidak mahu dengan bidang menulis yang tidak dapat satu sen pun ini dan dalam soal remeh temeh, saya ditimpa masalah. Sensitiviti dan isu yang telah timbul buat saya ingin menarik diri daripada menulis tentang Akademi Fantasia.

Mungkin kalau tiada komentar saya tentang AF, tidak menghalang anda untuk ke sini kerana saya masih lagi ingin berbicara tentang dunia filem dan perkembangan seni suara di Malaysia.

Salam kemaafan buat semua.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dafi 2020 | 23

Tiada Lagi Gedik Dekna Dalam Akademi Fantasia

Budiey | 24

Peraduan Menangi Album Terbaru Waheeda – Melodi Ahlan