in

THE USED, ALL TIME LOW & STORY OF THE YEAR di Rockaway 2011

PENGUMUMAN BARISAN ARTIST ANTARABANGSA ROCKAWAY 2011 YANG TERBAHRU UNTUK DITERBITKAN DENGAN SEGERA

DASHBOARD CONFESSIONAL & SUM 41 TARIK DIRI DIGANTIKAN DENGAN THE USED, ALL TIME LOW dan STORY OF THE YEAR

Rockaway 2011 kini hangat diperkatakan. Dengan hanya tinggal sebulan sahaja lagi ke festival rock TERBESAR di rantau Asia Tenggara. Pihak penganjur telah mendengar segala permintaan dan rayuan semua peminat rock di Malaysia.

Budiey baru sahaja menerima berita daripada penganjur yang telah mengumumkan tiga kumpulan rock ternama dari Amerika Syarikat ia itu THE USED, ALL TIME LOW dan STORY OF THE YEAR bakal mengegarkan pentas Rockaway pada 8 Oktober 2011 di Medan letak kereta A, Stadium Bukit Jalil. Barisan artis-artis terbaru ini adalah untuk menggantikan tempat DASHBOARD CONFESSIONAL & SUM 41 yang terdahulu terpaksa membatalkan persembahan mereka di Rockaway 2011.

Rockaway 2011

DASHBOARD CONFESSIONAL jika diingatkan kembail terpaksa membatalkan persembahan mereka kerana pembatalan festival Soundwave Revolution di Austraila yang sepatunya berlangsung pada penghunjung September & awal Oktober ini.

SUM41 pula terpaksa membatalkan kesemua tarikh-tarikh mereka di Asia Tenggara termasuk Kuala Lumpur kerana, vokalist mereka Deryck Whibley telah mengalami kecederaan di salah satu persembahan mereka di Bosie Idaho Amerika Syarikat pada bulan Ogos yang lepas. Kini vokalist mereka terpaksa menjalani sesi pemulihan tulang belakangnya yang bakal mengambil masa selama 4 bulan. Kami di Livescape ingin memohon maaf atas pembatalan kumpulan SUM41.

Sebagai pengganti DASHBOARD CONFESSIONAL & SUM41,kami akan membawa THE USED, ALL TIME LOW dan STORY OF THE YEAR.

THE USED merupakan sebuah kumpulan ‘emo-rock’ yang berasal dari Orem Utah Amerika Syarikat. Iya mempunyai 4 orang anggota iaitu Bret McCracken,Quinn Allman, Jepha Howard dan Dan Whitesides. Album pertamanya adalah The Used dikeluarkan pada tahun 2002

ALL TIME LOW adalah sebuah band pop-punk yang berasal dari Amerika Syarikat ditubuhkan pada 2003. Anggota All Time Low terdiri dari Alexander Gaskarth , Jack Barakat , Zachary Merrick ,dan Rian Dawson.Asal-usul nama kumpulan ini diambil dari lirik lagu “Head On Collision” karya kumpulan punk New Found Glory.

Manakala kumpulan STORY OF THE YEAR adalah sebuah kumpulan ‘post-hardcore’ ditubuhkan pada tahun 1995 di St Louis Missouri Amerika Syarikat. Sebelum ini nama asal kumpulan ini ada 67 North, selepas itu di tukar kepada Big Bule Monkey. Pada tahun 2002 mereka membuat keputusan untuk menukar nama mereka kepada STORY OF THE YEAR lepas mengeluarkan EP mereka bertajuk ‘Story Of The Year’ selepas memdapat tahu bahwa nama Big Blue Monkey telah pun digunakan oleh sebuah kumpulan blues.

Kami berasa tiga kumpulan ini adalah yang terbaik dalam industry rock terkini untuk menggantikan DASHBOARD CONFESSIONAL & SUM41. Mereka mempunyai peminat setia yang ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi dari seluruh Asia Tenggara.
Disamping itu juga kumpulan THE USED akan membuat persembahan eksklusif hanya di Rockaway Fest 2011. Mereka tidak akan membuat persembahan di mana-mana negara Asia Tenggara pada waktu ini.

Walaupun beberapa berubahan telah berlaku, kami tetap akan menjanjikan sebuah konsert yang luarbiasa dan masih berpegang teguh pada tema kami ia itu festival rock TERBESAR di Asia Tenggara. Tiada perubahan ke atas artis-artis tempatan yang telah diumumkan sebelum ini dan tiket-tiket “early bird” berharga RM 68 kami telah pun habis dijual. Kini tiket berharga RM 88.

Tarikh: 8 Oktober 2011
Tempat: Medan Letak Kereta A, Stadium Bukit Jalil
Masa: 12 tengahari – 12 malam
Harga Tiket: RM88 boleh didapati di www.redtix.com/airasia

Untuk butiran lanjut, sila layari
www.rockawayfest.com
www.twitter.com/rockawayfest
www.facebook.com/rockawayfest

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

I Heart You Single Pertama SMASH

Line-up KONSERT ROCKAWAY 2011