in

Temui Krill, Raja Azura dan Salih Yaccob di Pasar Tani Stadium

PERANTIS SINAR PAGI

Temui Krill, Raja Azura dan Salih Yaccob di Pasar Tani Stadium Shah Alam

Pada hari Ahad ini 28 Mac, penyampai program SINAR Pagi iaitu Krill, Raja Azura dan Salih Yaccob akan berada di Pasar Tani Stadium Shah Alam untuk acara kemuncak program Perantis SINAR Pagi. Ini merupakan program kerjasama antara SINAR dan FAMA yang bertujuan membantu pelakon dan pelawak Ahmad Busu, yang kini sedang menderita akibat stroke yang beliau alami tahun lalu.

Bermula dengan pendaftaran di www.sinar.fm pada awal bulan ini oleh pendengar yang berminat menyertai aktiviti ini, hanya 3 orang dpilih untuk menjadi Perantis kepada Krill, Raja Azura dan Salih Yaccob. Tugasannya? Pendengar bertuah ini perlu menjadi pembantu ketiga-tiga penyampai ini berniaga di pasar tani.

Acara pertama telah pun diadakan di Pasar Tani Mega Putrajaya di Presint 2, Putrajaya pada 5 Mac lalu. Setiap penyampai telah diberi sebuah gerai dan menyahut cabaran menjual barangan makanan keluaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau FAMA selama satu jam.

Kesemua wang kutipan daripada jualan yang dibuat, iaitu RM1,175 bakal disalurkan kepada Ahmad Busu.

Gerai yang dikendalikan oleh Krill memperolehi kutipan jualan yang paling rendah, jadi beliau akan diberi peluang sekali lagi untuk meraih lebih banyak sumbangan untuk Ahmad Busu pada hari Ahad ini.

Menurut Pengurus Rancangan SINAR, Rostam Said, program ini diharapkan dapat serba sedikit meringankan beban yang ditanggung oleh Ahmad Busu, selain memberi maklumat kepada pendengar SINAR tentang fungsi dan peranan FAMA.

“Pihak kami terus mengambil inisiatif ini apabila difahamkan bahawa Saudara Ahmad Busu turut merupakan seorang peserta Pasar Tani FAMA dan biasanya berniaga di Pasar Tani Stadium Shah Alam sebelum diserang strok. Krill juga akan menjadi pembantu Ahmad Busu untuk berniaga di gerainya yang bertempat di Shah Alam sambil membantu keluarga Ahmad Busu yang ingin membuka kembali gerai beliau.Pada hari tesebut, Ahmad Busu juga kembali memulakan perniagaannya jika sebelum ini perniagaannya terhenti buat seketika,” ujar Rostam.

Para pengunjung juga akan dapat menyaksikan Salih Yaccob, Kak Engku dan menyampai-penyampai yang lain memeriahkan lagi acara. Beberapa gerai lain turut akan membuat jualan untuk sumbangan amal kepada Ahmad Busu.

Pada penghujung acara, semua kutipan jualan iaitu jumlah kutipan daripada kedua-dua aktiviti di Putrajaya dan Shah Alam akan diserahkan kepada Ahmad Busu.

Untuk maklumat dan gambar menarik Perantis SINAR Pagi, layari www.sinar.fm

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NOH SALLEH

Hujan Lawan One Buck Short di Piala Rakyat Pagi X

Mengenang Tokon Negarawan Tun Abdul Razak