in ,

Hujan Lawan One Buck Short di Piala Rakyat Pagi X

Sokongan penuh XFM terhadap industri hiburan tempatan bukan sahaja melalui siaran lagu di udara, malah menerusi aktiviti-aktiviti luar yang unik. Dalam usaha memastikan masa depan sukan negara kita berkembang, sepanjang Mac ini XFM mengajak pendengarnya serta para artis tanahair turun padang untuk bersama-sama menyertai pertandingan futsal.

Penganjuran Piala Ra’yat Pagi X bertepatan dengan genap satu tahun XFM berperanan sebagai rakan kerjasama Program Radio Belia dengan Kementerian Belia dan Sukan. Malah ia menyemarakkan lagi demam Kejohanan Piala Dunia yang bakal berlangsung tahun ini.

Pada 6 Mac yang lalu telah berlangsungnya perlawanan pusingan pertama antara Kumpulan A dan D di Sports Planet, Subang Grand.Peringkat ini akan menentukan pasukan mana ke peringkat suku akhir pertama. Bunkface, Grey Sky Morning, Romencesa, dan Seven Collar merupakan kumpulan yang layak ke peringkat suku ahkir pertama. Seterusnya, pada 13 Mac bertempat di Sports Palnet, Shah Alam, berlangsungnya perlawanan antara Kumpulan B dan C yang menyaksikan Pop Shuvit, Hujan, Estranged dan One Buck Short antara yang tersenarai untuk berentap di peringkat seterusnya.

Saat yang ditunggu bakal tiba bagi menentukan pasukan mana yang layak ke peringkat separuh akhir pada hari Sabtu, 20 lalu.Ternyata, 8 kumpulan yang tersenarai dalam separuh akhir pertama bukanlah calang-calang pasukan dalam industri hiburan tanahair, malah tidak kurang hebatnya beraksi di gelanggang. Mereka akan berentap di peringkat separuh akhir Piala Rakyat telah berlangsung di Sports Planet, Ampang.

Pusingan separuh akhir pertama telah menyatukan pasukan-pasukan berikut bagi merebut tempat ke pusingan akhir Piala Rakyat.Berikut merupakan jadual perlawanan antara pasukan yang sebelum ini mendapat tempat di suku akhir pertama dan kedua:

Perlawanan 1: Hujan VS Grey Sky Morning
Perlawanan 2: Bunkface VS Estranged
Perlawanan 3: One Buck Short VS Seven Collar Tshirt
Perlawanan 4: Pop Shuvit VS Romancesa

Pasukan yang menjadi juara bakal memenangi wang tunai berjumlah RM2,500. Manakala, pemenang ke-2 pula bakal memperolehi wang tunai RM1,500. Peringkat akhir Piala Ra’yat Pagi X juga akan diadakan di Sports Planet Ampang pada 27 Mac. XFM berjaya membuktikan bahawa sambutan hangat Piala Ra’yat Pagi X yang dilihat bakal menjadikan medan untuk meraptkan hubungan mereka antara artis tempatan, peminat mereka, pendengar XFM dan warga XFM sendiri.

Tiba sudah masanya! Sabtu ini ESOK bersamaan 27 Mac 2010 pada pukul 10 pagi, berlangsungnya perlawanan akhir antara Hujan dan One Buck Short yang juga bakal menggegarkan gelanggang Sports Planet, Ampang nanti.

Kita akan menyaksikan pasukan mana yang layak bergelar juara, bukan sahaja dapat membawa pulangan yang lumayan malah,selama seharian, mereka berhak menukar nama stesen XFM ke nama pasukan mereka dan menyiarkan apa sahaja program mengikut citarasa,asalkan sahaja tetap komited memperjuangkan 100 peratus muzik tempatan.

Jom datang beramai-ramai esok!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem V3 Samseng Jalanan

Temui Krill, Raja Azura dan Salih Yaccob di Pasar Tani Stadium