in

Mengenang Tokon Negarawan Tun Abdul Razak

PROGRAM MENGENANG TOKOH NEGARAWAN : ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK PADA 27-28 FEBRUARI 2010 DI UPSI

Tiga organisasi telah mengambil pendekatan untuk bergabung dalam menjayakan Program Mengenang Tokoh Negarawan yang akan berlangsung bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak selama 2 hari berturut-turut bermula 27 Mac hingga 28 Mac 2010. Itulah langkah yang diambil oleh Arkib Negara Malaysia (ANM), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam mengenang Allahyarham Tun Abdul Razak, Tokoh Bapa Pembangunan Malaysia.

Dengan mendekati golongan muda belia, program ini bertujuan memberi kesedaran kepada golongan fokus ini agar menghargai perjuangan dan jasa Tokoh-Tokoh Negarawan yang telah berusaha membangun, memperkenal dan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Program Mengenang Tokoh Negarawan kali ini telah memilih, Perdana Menteri Malaysia yang Ke-2 iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Dato’ Hussein atau lebih sinonim dengan gelaran Bapa Pembangunan Malaysia. Beliau adalah tokoh yang bertanggungjawab dalam membentuk Dasar Ekonomi (DEB) 1971, mengatur projek pembangunan negara secara berperingkat selain membentuk Barisan Nasional bagi menggantikan parti pemerintah, Parti Perikatan di mana usaha itu bertujuan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik negara. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh beliau demi mendapatkan kstabilan dan membangunkan negara Malaysia. Justeru, wajar untuk para belia memperingati jasa dan mengambil inspirasi dari Tokoh Negarawan ini untuk terus maju ke hadapan.

Majlis Perasmian Program Mengenang Tokoh Negarawan, Allahyarham Tun Abdul Razak, akan disempurnakan pelancarananya oleh Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada 28 Mac 2010 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan SITC, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak.

Aktiviti-aktiviti yang telah disusun bagi mengenang Allahyarham Tun Abdul Razak antaranya peraduan menulis sajak Tun Abdul Razak, pameran-Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan, bicara tokoh, wayang pacak dan tayangan dokumentari mengenai Allahyarham Tun Abdul Razak serta pertandingan pidato dan peraduan melukis potret Tun Abdul Razak

Pelbagai aktiviti lain juga yang turut tersenarai untuk hiburan dan penyertaan pengunjung antaranya adalah pertandingan futsal RTM-UPSI, perlawanan badminton KPKK-UPSI, peraduan mewarna kanak-kanak, persembahan kebudayaan, pertandingan karaoke anjuran Muzik FM, pertandingan berbalas pantun RTM-UPSI serta ujibakat nyanyian Bintang Klasik dan Bintang P.Ramlee selain ujibakat bagi mencari penyampai berita radio, PERAKfm.

Semua aktiviti yang telah disusun atur sepanjang 2 hari itu akan diadakan di sekitar kawasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Bagi mengakhiri Program Mengenang Tokoh Negarawan kali ini, satu majlis bacaan Yaasin dan Tahlil akan diadakan di Masjid Jamek, Tanjung Malim. Perak bermula jam 7.00 malam pada 28 Mac 2010.

RTM yang turut bekerjasama dalam program ini akan menyediakan pameran Sorakan 1Malaysia 1 Dunia sempena Piala Dunia FIFA 2010 selain penglibatan beberapa stesen Radio Nasional iaitu KLASIK NASIONAL dan MUZIKfm serta stesen radio negeri, PERAKfm yang telah menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti radio seperti lintas langsung, kuiz, sudut DJ serta beberapa bengkel-bengkel dan seminar seperti Bengkel Penulisan dan Laporan Berita Radio, Bengkel DJ Dan Bengkel Pengenalan Muzik.

Orang ramai terutamanya golongan belia dan para ibu bapa dijemput hadir membawa anak-anak kecil bagi memeriahkan program yang penuh berinformasi, memberi inspirasi dan membentuk semangat kenegaraan selain menggalakkan anak-anak remaja dalam mengingati dan menghargai jasa-jasa pejuang negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Temui Krill, Raja Azura dan Salih Yaccob di Pasar Tani Stadium

Benjy Mengaku Tak Bersalah Miliki Methamphetamin