Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Soalan Pembaca: Mengapa Guna Bahasa Melayu Skema?



Soalan daripada pembaca: Bahasa dalam blog ko tu macam ayat Utusan Malaysia lah… skema betul. Kenapa ah?

Jawapan: Saya akui bahasa yang saya gunakan dalam blog saya memang skema dan menggunakan bahasa Malaysia. Itu saya tidak nafikan. Seawal dari blog pertama saya lagi iaitu di http://budiey.blogdrive.com saya memang tidak malu dan tidak segan dicop sebagai penulis yang skema. Saya rasa tidak salah menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam penulisan di blog, menggunakan perkataan dan istilah yang betul ada sedikit pro dan kontranya, itu saya tahu. Ramai pembaca akan bosan dengan cara ini kerana mereka mahu ayat yang santai seolah-olah ayat perbualan harian.

Saya tidak malu untuk menggunakan bahasa ibunda saya kerana saya fikir, bahasa adalah melambang bangsa. Sebagai sebahagian daripada entiti penulis blog berbahasa Melayu saya cuba sedaya upaya untuk mengangkat martabat Bahasa Kebangsaan. Kalau boleh, saya mahu mengelakkan daripada mengamalkan bahasa rojak atau loghat slanga dalam penulisan saya. Pada saya ini akan menyebabkan satu pencemaran bahasa. Diharap pembaca yang lain juga akan faham, ini adalah cara saya menulis dan sepatutnya anda menerima cara dan gaya saya seadanya. Saya banyak menerima komen dari anda semua dan saya amat menghargai komen anda itu. Pastinya, ada sebab saya tidak banyak menggunakan bahasa pasar, bahasa slanga atau sebagainya yang kalian sebut dalam email. Itu pendirian saya. Walau bagaimana pun, saya akan cuba menggunakan perkataan yang anda suka baca seperti istilah ‘meletops u ols’, mrasa, merembes dan sebagainya. Sila baca entri ini dan ini. Diharap dengan penjelasan ini, anda semua akan faham tentang pendirian Budiey. Sekian terima kasih.

[tags]blog, tips menulis blog, tips blog, earning money tips, cara menulis dengan betul, blogger, bahasa blog, bahasa rojak, bahasa slanga, bahasa slanga, bahasa Melayu[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Hujah di Tv9 Bincang Bahasa Melayu Bahasa Perpaduan
  • Lirik Lagu HERO WAYANG Nyanyian Siti Sairah
  • Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Irama Malaysia Antarabangsa 2011
  • Peraduan Jom Menonton Filem Threads of Destiny
  • Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem Kuntilanak 3
  • Nieyl Mentor Perlu Masuk Sekolah Balik?
  • Peraduan Menangi Tiket Wayang THE LOVE GURU
  • Interview Seksklusif Datin Sri Rahayu & Dato Siti Nurhaliza
  • Peraduan Menangi 15 Keping Tiket Anugerah Skrin 2010
  • Peraduan Jom Menonton Filem HISTERIA



  • 6 Komen untuk entri “Soalan Pembaca: Mengapa Guna Bahasa Melayu Skema?”

    1. erin kata:

      i jadi pembaca setia sebab u, apa yg u zahirkan dari penulisan u.. jgn jadi org lain ye budiey.. keep up the good work..

    2. Cikgu Siti kata:

      Sebenarnya, baguslah penulis blog menggunakan bahasa Malaysia dengan betul. Walaupun tidak pula perlu sangat menitik beratkan ‘keskemaan’ struktur ayat, ini penting bagi menyampaikan maksud sesuatu berita atau cerita dengan lebih berkesan.
      Tahniah daripada cikgu.

    3. T Pah kata:

      Hi Bagus pe……….Gunakan bahasa melayu yang betul. saya sokong seratus peratus.

    4. syafiq aizat kata:

      respek…!!!!!
      tak kisah la samada nak guna bahasa melayu yang betul2 skema…
      bagus…!!!
      add aku ya di myspace…
      atau,di wordpress.com..

    5. syafiq aizat kata:

      nos…
      komen la psal artis nasyid ke…??

    6. syafiq aizat kata:

      holla>>>>>……
      tak nak tulis risalah ilmu dan tak nak berdakwah ke..??
      gunakan kebolehan yang ada untuk islam..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK