in , ,

Konsert Akhir Gangstarz TV3: Flava, The Lima, Infinatez, Mendua?

Konsert Akhir Gangstarz TV3 berlangsung pada malam ini. Soalnya, siapakah yang akan menjadi juara. Flava, Infinatez mewakili Malaysia, Mendua dan The Lima mewakili Indonesia. Singapura dah kalah awal-awal lagi. 4 kumpulan bertarung untuk mendapat hadiah wang tunai AS$100,000 atau RM380,000. Siapa kumpulan vokal terhebat pilihan anda?

Saya memilih The Lima sebab vokal mereka memang mantap. Infinatez pun tak kurang hebat dengan paduan suara yang semakin power. Flava yang dianggotai Shaden, Shafiq, Faroxx, Edd dan Arif saya kira payah untuk menang walapun mereka ada kematangan vokal tetapi tidak ada showmanship cemerlang. Infinatez dianggotai Danial, Alvin, Rafiq, Andy dan Yazir akan menampilkan gimik persembahan yang lebih mengkagumkan pada malam ini.

Infinatez mengharapkan agar ramai peminat Malaysia menyokong mereka. Peluang cerah bagi The Lima yang dikatakan akan jadi juara di konsert akhir ini berdasarkan pada pujian Juri, Vernon, Arab dan Maple.

Bertempat di Stadium Shah Alam, jam 9 malam ini akan lahir juara sulung program realiti TV mencari kumpulan vokal paling mantap. Siap ada show Ning Baizura dan Agnes Monica lagi. Siapa yang akan jadi juara? Sama-sama kita tunggu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zarul Umbrella Red | 16

Soalan Pembaca: Mengapa Guna Bahasa Melayu Skema?

Trending Viral Hiasan | 17

The Lima Juara Pertama Gangstarz TV3