in , , , ,

Betul Ke Fahrin Ahmad & Linda Onn Bertunang?

Kalau betul Fahrin bercinta, baik dia mengaku sahaja. Orang ramai pun nak tahu sebenarnya. Fahrin ke hulur ke hilir dengan Linda Onn, mestilah orang duk kata.

Mulut orang mana boleh tutup. Mengikut sorang staff astro yang saya kenali, Fahrin selalu pergi dan jemput Linda Onn di astro.

Tetapi apabila media tanya, adakah mereka ini bercinta. Yang dapat dijawab, kami masih berkawan rapat. Mmm… bosanlah. Kalau mengaku sahaja… kata… ya, kami memang bercinta. Habis cerita. Lepas tu kan, orang akan kata pulak Fahrin tumpang populariti Linda. Atau saya rasa orang lebih ramai akan kata Linda tu tumpang glamour si Fahrin. Ye lah, Fahrin sejak dua menjak ni selalu je masuk TV dalam drama. Malah saya tengok makin menjadi-jadi pulak lakonan Fahrin.

Kekadang tu, back to back lak, asyik tengok muka Fahrin. Hehehehe… dalam drama Emil Emilda, Fahrin pun ada. Siap hari tu ngaku dia tu Nik Batista… ala, diorang sebenarnya dah berpakat ngan Emil sebab si Emil (lakonan pelakon berbakat, ganteng, hensem, hot, panas dan ops… sori ya si Aaron Aziz dah pun beristeri dan punya anak katanya)… tak nak Emilda tahu pasal dia sebenarnya anak Datuk yang bakal jadi CEO.

Habis drama Emil Emilda, tidak lama lagi akan muncul di dalam drama untuk slot Samarinda terbaru di TV3 iaitu Kasih Suci, bersama Fazura. Jadi, Fahrin pelakon jejaka ganteng meletops yang laris dan paling laku setakat ni. Habis, filem camna lak? Takkan lepas filem Puaka Tebing Biru, dah takde offer berlakon filem. Rugi beb! Asyik drama je, bosan!

Erk! sampai kat situ lak aku mengarut nih. Nak cakap pasal Fahrin dengan Linda Onn je…  tapi sampai semua drama dia lak nak kena sentuh.

Terkini, ada gosip lak kata, Fahrin dan Linda bertunang. Tapi itu tak betul. Fahrin dah nafikan. Siap dia sentaps lagi you olls, kata benda yang libatkan hati dan perasaan ini adalah terlalu peribadi.

Diorang bukan hipokrit, sampai ada yang kata Fahrin ni sebenarnya tak jujur dan apa ni, tak nak ngaku lak. Kalau ngaku apa salahnya, erk? Apa kata anda? Senang-senang jadilah macam Ina Naim yang kini dah pun bertunang dengan Suhaimi. Senang cite, kan. Tapi tu pun masih orang duk kata kat Ina Naim.

Gambar meletops Fahrin dalam filem Puaka Tebing Biru… Bak kata seorang pembaca SS iaitu Cik Lijah dari Ampang, dia kata… body Fahrin ni meletops u ols! Mrasa le u olls!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pierre Andre & Fasha Sandha Cium Mulut Guna Teknik Trick Khas Kamera

Soalan Pembaca: Mengapa Guna Bahasa Melayu Skema?