Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









So You Think You Can Dance?



    Macam-macam benda boleh buat sebenarnya dalam Program realiti TV. Di Malaysia, dah banyak program TV realiti yang dianjurkan. Ini mewujudkan satu persaingan sihat antara stesen TV. Perebutan takhta stesen TV mana yang lebih kreatif, inovatif dan berjaya menggamit ramai penonton seolah-olah satu trend masa kini. Kalau tidak ada program TV berbentuk realiti dalam sesebuah stesen TV seumpama makan nasi tanpa ada pembuka selera. Terasa hambar, kan?

    Jadi, macam-macam dah kita tengok. Ada program realiti yang berjaya melahirkan ramai pelapis berbakat lagi popular seperti Akademi Fantasia (astro) dan Malaysian Idol (TV3). Ada yang gagal seperti Audition di NTV7. Mmm… ingat lagi dengan Audition? Ala, yang peserta dia kena menyanyi, menari dan berlakon tu. Tidak ada impak dan kesan apa-apa kepada industri. Berapa kerat sangat yang boleh jadi pelakon. Hanya Razali je yang boleh jadi pelakon. Tu pun, hanya pelakon drama. *Tet!

    TV3 banyak buat program dengan kerjasama produk kecantikan contohnya Program Aspirasiku dan yang terkini Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene. Menariklah juga. Peserta favorite saya ialah Fida, gadis yang bertudung. Muka dan gaya percakapan sebijik macam Siti Nurhaliza.

    Ada program realiti yang menjurus kepada minat dan cabaran lasak seperti X-Tuned (astro) dan Amazing Race Asia saluran AXN (Tahniah peserta Malaysia, Joe Jer & Zabrina sebab jadi juara!).

    Ada program realiti untuk mencari pelawak macam Raja Lawak di astro. Ingat senang ke nak cari yang betul-betul lawak. Helmi Gimik yang dah jadi pelawak pun gagal nak kasi orang ketawa. Yang ada pun, ramai yang buat lawak slapstik dan meniru gaya pelawak yang sedia ada. Macam Johan yang dikatakan menyerupai lawak Salleh Yaakub.

    Kemudian, sekarang kita ada Gangstarz, pencarian vokal kumpulan vokal terhebat di TV3. Minggu lepas katanya komen-komen pedas telah dihamburkan oleh para juri dan ini saya rasa satu tindakan yang amat bagus. Jangan kasi muka kat diorang sangat.

    Sebenarnya, pihak juri berhak berkata apa sahaja kerana ini program realiti TV. Seandainya pihak penerbitan tidak mahu juri mengkritik dengan kritikan pedas, saya rasa ini sudah bukan program realiti namanya. Teguran membina penting untuk memantapkan peserta. Bukan memberi kritikan yang manja kerana membuatkan mereka naik atas kepala.

    Tapi, sah-sahlah peserta Indonesia power giler dari segi paduan suara dan persembahan harmoni. Tetapi malang, saya kira mereka sukar untuk berjaya kerana pertandingan ini berdasarkan undian SMS dan juri.

    Mmm… terbaru, 8TV sedang mencari penari-penari terhebat di Malaysia dalam SO YOU THINK YOU CAN DANCE? Jadi, anda fikir anda boleh menari? Ha, masanya dah tiba untuk menunjukkan kehebatan anda dalam program realiti TV bagi penari yang pertama di Malaysia.

Tags: , , , , , , ,

Tags: , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • LED Lion & Dragon Dance Performances
  • Tune Talk 1Malaysia Lion Dance Chinese New Year
  • Dance For Your Dream
  • Battleground 2011 Auditions
  • CC WINNER SO YOU THINK YOU CAN DANCE SEASON 2
  • GAMBAR DAFI & SYARIFAH AMANI DI PELANCARAN PERADUAN SAYANG YOU CAN DANCE
  • Grand Final Dance For Your Dream
  • Ujibakat Filem Muzikal Terbaru Tayangan Unggul
  • Floor Fever Juara Dynda Hanya Kamu Dance Off
  • Profile RIO REIFAN



    • khairul

      aku tgk 8tv ni byk ambil rancangan dari tv2 luar negara. So You Think You Can Dance? ni mmg popular di England dan France. Tak ada faedah betul rancangan ni…

      agaknya lepas ni depa buat NEXT pulak kot… cubalah fikir benda2 yg relevan dengan masyarakat Malaysia ni.

    • manjalara

      apa nak jd dgn generasi melayu la ni?aku rs m’sia ni ngra islam,tp yg peliknya awat org islam ngan org bkn islam cam xdak beza?aku mlu nak ngaku ni ngra islm…hbran punyala blambk, nyanyi tpekit tlolong,mlmpat xtn2 hala,llki ppuan cam dah xdak bts,mna ilang ase malu org2 mlyu yg b’agama islm?nk jmpa yg rncgan yg islamc kit punyala payah.ish3..idup ni kna la cri bekalan sma..mti xknal msa n mgsa.

    • darling

      dear ladys n gntlmnt.. its not bcos wer copyin othrs ppl pnye tvshow.. its a talent laa.. mlaysia pun ade talent u stupid.. ni asyik menyanyi je.. suare ttp same x sedap plak tu.. so u think u cn dance ni atlest bkt yg ssah nak jumpe..

    • darling

      btw if alim sgt xpyh laa tgk ttup mate tutup telinga sudah kau kutok lg byk dosa..

    • darling

      wat eva it t8s so u think u can dance is so damn cool..! i love it.. atlest tvshow ni lain dari yg lain..

    • its me

      xbaek gado2, lgpon bende kecik je ni, hape salahnye masing-masing nak surakan pendapat kat cini, kite kene open la walaupun bertentangan dgn pendapat kite sendiri, jgn la keluarkan ayat2 yg boleh mencemarkan adat and budaya ketimuran kite,ape2 pon bg saye program realiti tv tu ade baek and buruknye, sbgai manusia yang dikurniakan akal fikiran, kita patut bijak menapis antara halal dan haram, hehe, peace malaysia!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK