in , ,

Sekitar Pra Tonton Filem Mukhsin Yang Sedat Padat, Kali Pertama Jumpa Yasmin Ahmad

Bertempat di Golden Screen Cinemas, Majlis Pra Tonton Filem Mukhsin telah berlangsung dengan dihadiri oleh para pelakon, krew belakang tabir, artis, selebriti, wartawan media, blogger dan tetamu jemputan. Agak sendat dan padat dewan 12 itu dengan hadirin.

Bertempat di Golden Screen Cinemas, Majlis Pra Tonton Filem Mukhsin telah berlangsung dengan dihadiri oleh para pelakon, krew belakang tabir, artis, selebriti, wartawan media, blogger dan tetamu jemputan. Agak sendat dan padat dewan 12 itu dengan hadirin.

Menampakkan kepada saya betapa para jemputan rasanya tidak sabar dan ada di kalangan penulis blog yang rela mengambil cuti separuh hari untuk menjamu mata dengan santapan puitis garapan daripada Yasmin Ahmad ini.

Saya tidak sabar untuk menonton apakah pembaharuan yang telah dilakukan oleh Yasmin dalam filemnya yang ketiga ini. Apakah masih sama atau sudah ada peningkatan. Apakah Yasmin sudah mula bertapis atau masih terus jujur dan berterus terang dalam karyanya? Atau apakah akan wujud isu-isu yang akan dibangkitkan oleh pengkritik yang ‘bertauliah’ di luar sana nanti…

     Hehe… rasanya pasti akan ada. Kan Yasmin memang tak sunyi daripada dihujani kontroversi?

Filem ini merupakan filem pertama Grand Brilliance untuk tahun 2007. Satu pembukaan yang punya momentum yang kuat. Filem yang menelan belanja RM1.5 juta dengan kos promosi dan pembikinan ini dikatakan akan memberi anjakan baru kepada Grand Brilliance kerana plotnya agak unik. Bagi saya, kos ini agak kecil kerana tidak banyak menggunakan kesan khas atau aksi lasak.

Namun, saya boleh jamin filem ini akan ‘pecah panggung’. Dijangkakan pada hari pertama atau minggu pertama tiket akan habis ditempah. Ini berikutan daripada kejayaan serta rekod filem arahan Yasmin sebelum ini dan impak dari kejayaan filem Mukhsin di beberapa festival filem. Bikin khalayak teruja dan excited untuk ke pawagam.

Bercakap pasal festival, pihak Grand Brilliance turut membawa filem Mukhsin yang mengetengahkan kehidupan sosial masyarakat kita ini ke mata dunia dengan penyertaan ke festival-festival bertaraf antarabangsa seperti Festival Filem Antarabangsa San Francisco, Hong Kong dan Pusan. Akan datang, filem ini juga akan menjadi ‘tetamu’ di festival di negara seperti Norway, San Francisco, Amerika Syarikat, Sweden, Korea Selatan, Hong Kong dan Africa. Selamat maju jaya saya ucapkan.

Bagi saya, filem Mukhsin merupakan filem yang sederhana, santai lagi menghiburkan, penuh komedi mencuit perasaan, padat dengan sindiran yang tajam lagi pedas dan saya rasa filem ini sebuah sinematografi yang memang cantik. Pelbagai emosi akan lahir dari filem ini. Saya banyak ketawa daripada menitiskan air mata. Sindiran tajam juga boleh mengundang ketawa penonton kerana disampaikan dengan pedas dan simbolik.

Filem ini telah berjaya mengembalikan kembali nostalgia saya ketika melalui zaman kanak-kanak yang penuh dengan alam keriangan. Filem ini penuh dengan mesej yang begitu berkesan dalam mengajar kita erti sebuah perpaduan hidup berjiran dan bermasyarakat.

Dapat dilihat bahawa filem ini mempunyai estetika dan artistik yang tersendiri kerana ada unsur-unsur simbolik dan gambaran yang begitu puitis. Filem ini mengisahkan kasih sayang dan persoalan cinta pertama yang dilalui oleh kanak-kanak yang sedang melangkah ke dunia remaja. Zaman remaja melalui akil baligh memang penuh ranjau dan cabarannya.

Saya rasa ianya disampaikan dengan penuh hemah dan jujur oleh Yasmin kerana segala yang dipaparkan adalah satu realiti yang pernah berlaku.

Boleh dikatakan semua pelakon datang untuk memberi sokongan padu untuk menjayakan promosi filem ini. Antaranya boleh saya sebut di sini, Mohd Syafie Naswip sebagai Mukhsin, Sharifah Aryana sebagai Orked, Sharifah Aleya sebagai Mak Inom, Irwan Iskandar sebagai Pak Atan, Adibah Noor sebagai Kak Som, Rozie Rashid, Noorkhiriah dan Sharifah Amani dan ramai lagi.

Antara selebriti yang datang ialah Ning Baizura bersama Mr. Manager, Norman KRU, Yusri KRU, Osman Ali, Zaibo, Habsah Hasan, Fatimah Abu Bakar (yang menemani anaknya, Syarifah Aryana yang menjadi teraju utama) dan ramai lagi.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Grand Brilliance kerana sudi menjemput para blogger hiburan bagi membantu untuk mempromosikan produk mereka. Seterusnya, mengiktiraf penulis blog sebagai salah satu entiti bagi menjadi pemerhati dan medium untuk menyalurkan informasi kepada masyarakat umum.

Antara blogger popular lagi ternama turut menyerikan majlis ialah Suanie, Bluehikari, Sultanmuzaffar, Fiebie, Mr. Manager, Klubbkidd, Nizam Zakaria, Zulhabri, Fadz dan ramai lagi.

Untuk tahun 2007 sebanyak 30 filem Melayu akan menanti dan beratur panjang untuk ditayangkan kepada khalayak. Daripada jumlah tersebut sebanyak 6 buah filem adalah daripada terbitan Grand Brilliance.

Walaupun tempoh tayangan masih tinggal 7 hari lagi daripada hari ini, saya ingin menggatalkan tangan saya dengan menyelitkan sedikit sinopsis filem Mukhsin:

     Orked bukan seperti budak perempuan lain, yang lebih suka bermain masak-masak dan kahwin-kahwin. Dia yang kasar kelakuannya, sukar diterima kanak-kanak lain di kampungnya. Malah, orang kampung memandang aneh keluarga ini seperti ketika Orked dan ibu, Mak Inom bermain hujan sementara ayah, Pak Atan melagukan keroncong.

Satu hari, Orked memerhati budak-budak lelaki bermain ‘hantu galah.’ Bila seorang pemainnya terseliuh kaki ada yang mencadangkan Orked menggantinya, tetapi seorang budak lelaki lagak ketua bukan saja enggan, malah membaling bola ke arahnya.

Orked diam, tidak mengelak biarpun bola yang dibaling keras terkena badannya. Sedang mereka mentertawakannya, dia membalas dengan membaling bola sama ke arah budak lelaki tadi yang terkena dahinya.

Dan, hidup Orked pun berubah.

Kehadiran Mukhsin, budak lelaki itu yang datang bercuti di kampungnya membibitkan persahabatan di antara mereka. Orked malah bergaya seperti Mukhsin – baju dan seluar lusuh, serta berkaki ayam, bermain dengan budak lelaki, memanjat pokok dan berbasikal.

Tapi, sebagai kanak-kanak yang meningkat remaja, Mukhsin mula menyimpan rasa terhadap Orked, menyebabkan ujud permasalahan antara mereka. Dan, bagaimana perasaan cinta mampu merosakkan sebuah persahabatan.

Filem Mukhsin berkisar tentang kasih sayang dan percintaan antara watak Orked, 10, dan Mukhsin, 12. Filem ini memaparkan tentang rasa cinta pertama yang timbul di hati mereka.

Bagaimanapun ketika itu masalah yang timbul ialah Orked masih terlalu mentah untuk bercinta, manakala Mukhsin pula sedang melalui zaman peralihan akil baligh.

Hingga hari terakhir Mukhsin meninggalkan kampung Orked, dia masih gagal meluahkan rasa cintanya.

Lalu Mukhsin pergi meninggalkan satu kenangan cinta indah buat Orked yang turut diminati seorang kanak-kanak Cina di sekolahnya.

Mesti baca:

1. Filem Mukhsin: Kemegahan atau Kejelikan?

2. Ulasan Klubbkidd

3. Ulasan Fiebie

4. Corat Coret Mr. Manager

Foto-foto yang sempat diambil ketika majlis pra tonton filem Mukhsin:

Untuk foto yang lebih BESAR & JELAS, sila layari: http://budifoto.blogspot.com/

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Hazami

Sunday Nite Live Hazami & Soul Friends di Planet Hollywood

So You Think You Can Dance?