in

Siri TVB Hits Kembali di TV2

Siri TVB Hits Kembali di TV2 Mulai 27 Oktober Ini

Slot TVB Hits yang menjanjikan tayangan drama bersiri Cina hebat kini kembali disiarkan menerusi TV2 menggantikan slot Golden Pheonix yang disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 27 Oktober depan. Pastinya ia mampu mengubat kerinduan peminat yang menantikan tayangan drama-drama bersiri cina menarik yang bukan sahaja diminati kaum Cina malah diikuti juga orang Melayu dan kaum lain di negara ini.

Menampilkan pelakon handalan Ng Kai Wah (Lawrence), Mung Ka Wai (Yoyo), Chung King Fai, Cho Wing Lim (Raymond), Ng Ka Lok (Carlo), Hui Shiu Hung dan Tong Sze Wing, drama bersiri bertajuk At Home With Love ini mengetengahkan plot kisah pasangan kekasih yang bertukar menjadi pesaing dalam perniagaan diusahakan di samping babak-babak drama kekeluargaan dan pasang surut perniagaan menerusi 20 episod siarannya.

antara babak mencemaskan

Ia antara lain mengisahkan tentang watak bernama Chung Chi-Leung yang mengambil alih tampuk pimpinan syarikat agensi hartanah milik keluarga setelah bapanya, Chung Bong mengambil keputusan untuk bersara. Namun Chung tidak bersendirian kerana dia turut diberi kepercayaan untuk menguruskan syarikat bersama Tsu Chi-Ling yang merupakan anak kenalan rapat Bong.

Atas cadangan Bong, Tsu Chi-Ling telah ditawarkan untuk menggalas jawatan sebagai Broker Harta Tanah di agensi harta milik Leung. Melalui kerjasama erat, Ling dan Leung telah membangunkan syarikat bersama-sama dengan komitmen yang sepenuhnya.

Daripada sekadar hubungan antara majikan dan pekerja, hubungan mereka semakin erat hingga pada masa sama terbitlah bibit-bibit cinta yang mendalam antara keduanya. Begitupun kedua-duanya menjalinkan hubungan secara profesional dan tidak mencampuradukkannya dalam urusan kerja.

Namun ketika itu hubungan dua beranak, Bong dan Leung tidak berlangsung dengan baik dah kemuncaknya hubungan mereka menjadi lebih tegang apabila Bong telah menemui teman wanitanya secara rahsia di tanah besar China.

Muncul Ling antara keduanya untuk cuba untuk menjadi pengantara dan menyelamatkan keadaan di antara kedua-dua pihak anak-beranak itu.

Kemuncaknya apabila sehingga satu hari tiba-tiba Ling tanpa diduga telah membuat keputusan untuk meninggalkan syarikat Leung demi wang dan menjadi salah satu pesaing yang paling besar kepada syarikat kekasihnya itu.

Lalu bagaimana Leung cuba berdepan dan bersaing dengan kekasihnya yang bertukar menjadi pesaingnya itu sekarang? Kesudahannya akan diperolehi apabila anda melaungkan masa menyaksikan drama menarik ini setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 27 Oktober depan hanya di TV1.

antara babak menarik

konflik kekasih

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Paintball World Cup Asia 2011

Concert Pitbull Live in Malaysia