Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sinopsis Filem Pocong 2



Sinopsis Ringkas Filem Pocong 2
Maya (Revalina S.Temat), adalah seorang yatim piatu yang bekerja sebagai pembantu di kampusnya. Dia tinggal berdua dengan adiknya, Andin (Risty Tagor) yang masih sekolah di SMU. Dalam waktu terdekat, Maya akan menikah dengan tunangannya, Adam (Ringgo Agus Rahman).

 

Maya sangat menyayangi adiknya. Semenjak ditinggal oleh kedua orang tuanya, Maya selalu berusaha memberi perhatian lebih ke Andin, kerana Andin masih merasa kehilangan. Untuk membahagiakan Andin, Maya mengambil keputusan untuk mencari tempat tinggal baru yang lebih baik, aman dan dapat memberikan sesuatu yang diperlukan oleh Andin. Ditemani Adam, Maya mencari rumah yang sesuai dengan keperluan Andin. Maya menjumpai sebuah iklan di surat khabar yang menyiarkan harga murah untuk sebuah bilik pangsapuri. Setelah melihat keadaan pangsapuri itu, Maya terus menyukainya.

Setelah pindah, kehidupan mereka mulai tidak tenang kerana diganggu oleh lembaga pocong di pangsapuri tersebut. Maya berusaha meminta bantuan paranormal untuk mengatasi masalah tersebut, akan tetapi dia mulai merasakan kehadiran makhluk-makhluk halus lain di sekitar pangsapuri tersebut. Maya bekerja keras untuk melawan segala gangguan itu kerana ternyata ia bukan hanya berhadapan dengan makhluk-makhluk halus yang semakin bermaharajalela di tempatnya, tapi sesuatu yang lebih dari itu, sesuatu yang mengancam jiwa adiknya. Ikuti kisah selanjutnya dalam filem Pocong ini di pawagam berhampiran.

[tags]Pocong 2, Filem Indonesia, Sinopsis Pocong 2, Risty Tagor, Revalina S.Temat, Rudi Soedjarwo[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sinopsis Filem Pocong 3
  • Ulasan Filem Pocong 2: Seram Tapi Klise
  • Sinopsis Malam Jumat Kliwon
  • Foto-foto dari Filem Qabil Khushry Qabil Igam
  • HANTU JAMBATAN ANCOL LAKONAN NIA RAMADHANI & BEN JOSHUA
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Poster Film Ah Long Ptd Ltd
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah
  • Filem Mukhsin Menang 2 Anugerah!
  • Synopsis & Review 30 Days Of Night Lakonan Josh Harnett



    • http://pocong2 saiful

      cerita ni x seram sgt …!! cerita ni mengisah kan, pocong ke…@ hantu bnuh org!? kate cite ni seram dari pocong1..? tolong reply komen ni ok..!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK