in ,

Info Tentang Program Realiti TV Terbaru di TV3, MY STARZ. Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Selepas Gang Starz, kini TV3 muncul lagi dengan program realiti baru dengan idea yang lebih segar. Walaupun Gang Starz masih belum berakhir, TV3 mengambil inisiatif untuk menaikkan rating dan mutu programnya.

Persaingan sengit untuk mencapai rating dan hasilnya mungkin akan menjana lebih pendapatan dari segi pengiklanan dan penajaan. My Starz, program realiti TV terbitan TV3 berbentuk akademi pembelajaran yang memberi platform untuk mencungkil penyanyi serba boleh. Tiada istilah versatile dalam My Starz kerana peserta tidak dipaksa untuk memilih lagu yang mereka tidak gemari.

Yang istimewanya, seramai 12 pelajar akan menyertai kelas vokal, persembahan dan semua aspek tentang nyanyian dengan iringan sebuah band. Selain itu, peserta perlu ada kolaborasi dengan pemain muzik, interaksi pergaulan sesama pelajar dan mereka-mereka yang di belakang tabir seperti juru makeup, penjaga wardrobe dan jurugambar. Dari segi komunikasi atau PR, mereka akan didedahkan dengan ilmu komunikasi dan diberi tips tentang kemahiran berinteraksi dan bagaimana menjawab soalan dengan pihak media seperti Mila yang kini dipuji oleh media kerana bijak dan yakin menjawab soalan. Ops Mila lagi!

Selain kelas grooming dan mengurus penampilan diri, perkembangan vokal mereka akan diikuti samada ada peningkatan atau tidak. Tidak seperti Akademi Fantasia, My Starz memberi peluang kepada pelajar tersingkir untuk meneruskan pembelajaran. Tenaga pengajar My Starz  diketuai oleh Farihin Abdul Fatah selaku Pengetua, Aubrey Suwito pengarah muzik.

Pemuzik iringan adalah Andy Peterson, Nan Salleh, Steve Thornton dan pemain drum Luke Mason. My Starz akan dihoskan bersama oleh Daphne Iking dan Naz Habibur Rahman. Sukatan pembelajaran yang menekankan kepada persiapan untuk seorang penyanyi bagi menghadapi karier sebenar seorang penghibur.

Saya kira, pendedahan ini sudah ada dalam AF tetapi My Starz mengambil langkah bijak kerana memberi fokus yang lebih utama kepada dunia realiti, bukan sekadar fantasi. Katanya pelajar juga tidak lupa untuk melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan dan sosial.

Pemenang My Starz bakal memenangi wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah TV LCD  42″ tajaan LG dan membuat rakaman album dengan rekod label antarabangsa. Selain itu mereka juga akan mendapat alat elektrik keluaran LG dan juga handphone LG Shine KE970, penghawa dingin dan Chocolate Audio sistem yang terbaru.

Ujibakat telah dimulakan mulai 19 hingga 20 Mei di Curve Damansara diikuti dengan Penang (Penang Gurney Plaza) pada 23 & 24 Mei, Johor Bahru (JB City Square) pada 26 & 27 Mei, Kucing (Kucing Tun Jaguh) pada 26 & 27 Mei, Kuantan (Kuantan Parade) 30 and 31 Mei dan Kota Kinabalu (Kota Kinabalu Centrepoint) pada 2 & 3 Jun ini.

Musim pertama, ini saya rasa tidak ramai yang ingin menyertainya. Terbukti, hanya 350 orang yang hadir untuk sesi ujibakat di Curve Damansara. Mungkin, orang ramai masih tidak tahu wujudnya program My Starz kerana tiada liputan meluas.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Promo Acara: Jams With PETERPAN Live in KL

Sinopsis Filem Pocong 2