in ,

Ulasan Filem POCONG 2: Seram Betul Tapi Jalan Ceritanya Klise

Sebelum mengulas, saya nak nasihat kepada Mazen, kalau awak nak nonton filem ni, jangan lupa bawa selimut kerana filem ini lebih seram daripada filem Jangan Pandang Belakang. Sila lawat laman web Filem Pocong 2, untuk imej-imej yang menyeramkan. Hehehe, ngeri betul tengok objek pocong tu. Anyway, anda akan bertemu dan boleh berkenalan terus dengan pocong ni kerana replikanya ada di TGV dan GCS.

BlogPocong 2 adalah sebuah filem seram dari Indonesia yang diarahkan oleh Rudi Soedjarwo dan dibintangi oleh Revalina S. Temat dan Ringgo Agus Rahman. Sebelum ini, kalau pembaca masih ingat, Rudi Soedjarwo pernah mengarah Ada Apa Dengan Cinta (2002), Tentang Dia (2005), 9 Naga (2005) dan banyak lagi. Tapi 3 filem ni kira yang paling popular di Malaysia. Salah satu sebab mengapa saya begitu cenderung dan terpanggil untuk menonton filem ini ialah kerana pengarahnya itu sendiri. Rudy pernah memikat saya dengan karya kreatif, penuh artistik yang membangkitkan aura selera obsesi pada filemnya sebelum ini.

Budiey BlogDi Malaysia, Pocong 2 diedarkan oleh Sendi Mutiara Marketing Sdn Bhd dan mendapat sambutan luar biasa di Indonesia. Ada yang mengatakan filem ini begitu murahan kerana menggunakan ‘hand camera’ yang mencacatkan sinematografi. Olahannya dianggap murahan kerana penonton tertanya-tanya dari mana asalnya pocong ini kerana ianya muncul secara tiba-tiba di pertengahan cerita. Elemen komedi dalam filem ini menambah seri dan menghilang kebosanan penonton. Apa-apa pun, filem ini sememangnya mengujakan saya kerana pernah disarankan oleh seorang sahabat daripada Jakarta untuk menontonnya.

Lakonan pelakonnya memang hebat terutamanya Risty Tagor yang saya kira berjaya membawa wataknya yang sukar diajak berbual. Skripnya walaupun terlalu tipikal tapi ringkas dengan susunan dialog yang bermesej, padat dan cukup untuk memberitahu penonton tentang sesuatu kejadian.

Tidak seperti dibuat-buat, filem ini tidak memaksa kita untuk merasa tertekan dengan lagak-lagak ngeri si pocong puaka itu. Segalanya akan direklesikan secara natural dan spontan.

BlogSaya sebenarnya tidak suka dengan imej hantu yang terlalu jelas. Dalam Pocong 2 ada digambarkan hantu ini begitu terang dan jelas pada penonton. Kalau boleh, tayang sekali sekala sudah la hantu tu sebab nanti jadi klise dan spoiler la pulak. Satu lagi, cerita ini tidak berapa berpegang pada logik. Tapi biasala kan, filem hantu mana yang ada logik seratus peratusnya. Kalau filem Jangan Pandang Belakang ada unsur-unsur dari filem Thailand dan Korea, filem Pocong pun tak terkecuali. Soalnya, mengapa harus mengambil inspirasi dari filem-filem luar kalau elemen pocong itu sendiri ada hikayat atau penceritaannya sendiri?

Namun, diakhir filem ini, penonton akan diceritakan bagaimana pocong ini muncul. Katanya, sebuah keluarga ini dikatakan dibunuh 4 tahun sebelum itu dengan rumah mereka dibakar. Salah seorang daripada mereka bernama Wisnu telah terselamat dan berdendam jahat kerana adiknya dibunuh dan dirogol.

Kemudian, Wisnu telah meninggal dunia semasa membalas dendam adiknya. Selepas itulah, ruhnya tidak tenteram dan menjadi hantu pocong. Cukup setakat itu sahaja ya, nanti spoiler pulak korang nak tengok nanti.

Kepada yang mahu menonton filem ini disarankan agar menghayati penceritaan dengan natural, jangan terlalu obses dengan objek-objek yang mengejutkan anda. Mungkin pocong itu akan mengikut anda pulang ke rumah dan menghuni rumah anda. Jadi, bersiap sedia. Hehehehe.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gadgetmodel Hiasan | 16

Sinopsis Filem Pocong 2

Gadgetmodel Hiasan | 17

Antara Blake Lewis & Jordin Sparks, Siapa Juara American Idol?