Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sinopsis Filem Histeria : Cerita Seram di Kolej Usang



Filem Seram Terbaru Berlatarkan Sekolah Usang
Filem Histeria, satu lagi  filem baru terbitan Tayangan Unggul yang kini masih lagi dalam pengambaran. Terbaru, filem Apa Kata Hati terbitan Tayangan Unggul telah pun siap pengambaran. Tahniah Tayangan Unggul kerana tidak henti-henti mengeluarkan filem. Setelah membaca sinopsis, saya rasa filem Histeria bakal menjanjikan satu kelainan di mana plot bergenre filem horror thriller ini mengabungkan alam mistik dan pembunuhan kejam serta berlatarkan sebuah sekolah yang berhantu. Filem arahan James Lee ini juga banyak memaparkan babak-babak yang mengerikan serta aksi mendebarkan. Kalau anda masih ingat, James Lee adalah seorang pengarah filem The Red Kebaya dan filem cereka The Beautiful Washing Machine yang telah memenangi anugerah Filem Cereka Terbaik Asean 2005. Oh, patutlah Vanidah Imran dan juga Ramli Hassan yang menjadi pelakon utama filem The Red Kebaya pun ada berlakon dalam filem ini. Masih menjalani pengambaran dan 80% lokasinya menggunakan sebuah sekolah usang di Kajang, Selangor. Ianya dijangka akan menemui penonton pada pertengahan atau penghujung tahun ini. Jadi, kepada anda peminat filem seram… tunggu! Mungkin kenangan dan memori terkena histeria di sekolah dulu akan kembali mengusik anda! Heheheh!

SINOPSIS FILEM HISTERIA
‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Tujuh orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Flamingo’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka bertujuh dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Flamingo, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Tujuh pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta.

Namun kejadian menakutkan benar-benar berlaku apabila pelbagai perkara misteri dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Jenny mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Jenny telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok pelik. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Jenny kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan serbuk darah. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan kolej tersebut. Ada yang mati ditusuk gunting, ada pula digantung di tiang bendera, dicekik leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni.

Malangnya bukti menunjukkan Murni adalah pembunuh kepada mereka yang lain, bermotifkan dendam kerana sering dibuli. Dan Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental.

Apakah benar Murni yang membunuh? Atau… siapakah dalang di sebalik pembunuhan kejam ini? Nantikan kemunculan ‘Histeria’ di pawagam berhampiran anda.

Antara pelakon filem Histeria:
1) Liyana Jasmay sebagai Murni
2) Scha (Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir – ‘antoo Fighter’) sebagai Alissa
3) Norisnainy (pendatang baru) sebagai Kerek
4) Ainul Aishah (pelakon ‘Nana Tanjung’) sebagai Marina    
5) Yanna (Newcomer) sebagai Junita
6) Talya (pelakon series ‘bong’) sebagai Tini
7) Reana (pernah berlakon dalam filem Prof. Razak Mohaiden) sebagai Zeta               
8) Adiputra sebagai Mr. Brandon                    
9) Kazar (pelakon drama Susuk) sebagai ‘tukang Kebun’
10)Vanida Imran sebagai ‘ustazah’
11)Adlin Aman Ramlie sebagai ‘cikgu Disiplin’
12) Adman Salleh sebagai Guru Besar
13) M. Rajoli sebagai Bomoh
14) Ramli Hassan (pelakon utama filem The Red Kebaya) sebagai Psychiatrist   
15) Namron sebagai Police Detective

[tags]filem histeria, sinopsis filem histeria, sekolah berhantu, hantu sekolah, gambar orang histeria, aksi pelajar sekolah, SPM, PMR, UPSR, gambar pelakon histeria, gossip Liyana Jasmay, gambar scha, skandal norisnainy, sabul blogspot, rumah tumpangan berhantu, hostel berhantu, filem hostel, hostel the movie, foto ainul aishah, dramatis yanna, gambar talya, reana, gambar bini adiputra, profile kaza, The Beautiful Washing Machine, james lee, the red kebaya sinopsis, biodata vanidah imran, jangan tidur lagi, gossip adlin aman ramli amelia rosmila, filem adman salleh, gambar isteri m rajoli, profile ramli hassan, watak namron dalam filem histeria, cara bomoh halau hantu, rumah berpenunggu, novel hantu online, e-novel seram, filem seram malaysia, finas, penapisan filem, tayangan unggul.com, website tayangan unggul, myspace adiputra, filem histeria, sinopsis filem histeria, sekolah berhantu, hantu sekolah, gambar orang histeria, aksi pelajar sekolah, SPM, PMR, UPSR, gambar pelakon histeria, gossip Liyana Jasmay, gambar scha, gossip artis kahwin[/tags]

gambar adiputra

Adi Putra, pelakon filem Histeria yang sedang penat.

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Peraduan Jom Menonton Filem HISTERIA
  • Sinopsis Filem Histeria Arahan James Lee
  • Trailer Filem Histeria Lakonan Scha, Talya, Vanidah Imran
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Karak
  • Sekitar Pra Tonton Filem Histeria Lakonan Liyana Jasmay, Scha, Ainul Aishah
  • Filem Jangan Pandang Belakang Seram Giler!
  • Keputusan Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-22
  • Sinopsis Filem Relationship Status
  • Foto-foto dari Filem Qabil Khushry Qabil Igam
  • Senarai Pemenang Peraduan Jom Menonton Filem Histeria



    • fiq

      THRILLER?HORROR?X HORROR LANGSUNG!

    • fiq

      SORI..AKU XPANDAI NILAI..AKU TAU NILAI DARI SEGI KEPUASAN DIRI AKU..SO JGN KRITIK SAPE2 YANG CAKAP CITE NI BOSAN..SEMUA ADA HAK..

    • http://isshah277.blogspot.com julie277

      erm aku terpaksa menonton filem ni sebab nk kene buat assignment…..aku masuk pawagam setelah cerita ini hampir sebulan ditayangkan. personaly aku rasa cite ni not bad, narative dia strong dan shot yang digunakan oleh james lee simple tapi cukup untuk menerangkan cerita. like his short Beautiful Washing Mechine…..then mmg wujud ke tidak logikan dalam filem ini but as a film maker they can make people belive what we belive. mungkin sbb james lee sorg yg bukan melayu but he was try the best untuk memasukkan elemen bomoh dan jin.
      neway banyak lagi nk komen…tp cukup la setakat ni. untuk mengetahui komen yg seterusnya sila ke blog saya ….isshah277.blogspot.com

      lastly congrate james satu percubaan yang baik.

    • arenies

      cite histeria ni mmg besh!!besh gile..yg kate cite ni x logik tu,mne ade cite yg 100% logik,..cite ni byk kelainan dari filem seram tempatan yg lain,nk tau knp?korang tgk r kalo ade antu mesti antu tu cam pontianak,toyol,langsuir..bosan r,…bia r org nk kate antu cite ni cam alien ke ape2 r..yg pasti besh…seram…

    • mulan

      seram sgt ke?

    • anna

      aku x tngk lg cite ni hahaha. tapi iklan kat tv dah tau dah cite ni best.

    • anna

      memang best r cite ni. orang yg kata x best tu, dia nak hantu muncul depan mata dia sendiri padan muka. kalau x kuat iman memang kena histeria. tu yg best!

    • poyo je..

      hai anna, kau nk sgt ke kne histeria, terpekik terlolong d luar sedar kau, silap2 kne rasuk terus, nak ke camtu, takutttt…

    • http://wani98@yahoo.com shally11

      Takut betul tengok filem histeria ni… nasib baik tak terkena histeria tau!
      he..he..he..

    • http://google fatiha

      hi semue.best ke cite histeria ni.

    • scha

      untuk pengetahuan semua aku dah tengok citer nie !!!!1 st time masuk wayang siut!!!!!!xdelah tipu jerk….he..he..tahniah wat director james lee..and smua yg terlibat…:-)

    • kite nak tauk

      james lee! u r the best………….tahniah aku ucapkan…..histeria mmg flm horor taraf 5 bintang….starting dia je dh menyeramkan,dlm hutan beb,gelap lagi tu…………..busut tu memang wujud ke? seram sejuk tengok bukan main besar……………………….oi geng2 suma,blh mtk tolong tak bg aku web2 yg berkaitan dengan benda2 mistik,alam ghaib…………..mcm2 lagi lh….kalau ada kongsi kan bersama…..tengok muka hantu kat you tube dah boring lah…..kongsi dgn aku lah kalau ada!!!!!!!!!!!!!!!!! aku minat sangat dengan benda mistik,hantu2 mcm ni!!!!!!!!! kalau ada tolong siarkan kat bahagian komen korang suma

    • http://melaka cute@sweet

      taniah…. all the best!

    • http://adibah-syahzani.blogspot.com/ diee

      wow!filem histeria is da best!!
      ske tgk histeria!!
      nk beli cd n tgk puas2 kat umah!!
      tpi x jumpa lgi cdnyer……

    • ame

      saper tahu website mane nk download citer histeria neh?

    • aku bdak iceco0l

      buto00 spe ckp citew ni x best…..
      klo nk logik jew,,bek xyh tgk movie bdo00…..
      mcm go0d go0d jew korg kte xbest…..

      ctew nii sho0ting kart sko0l aku bai….
      we all siap tgk g mse sho0t…
      klo ko nk logik,,g tdo kart sko0l 2….
      [mmg akn dpt citew yg bto0l2 lo0gik]

    • aku bdak iceco0l

      bg sspe yg nak tgk ctew ni bribu kli,,,
      g kart youtube…
      tgk larh smpai mte korg tkluar k….
      haaaaaaaa

    • aku bdak iceco0l

      utk -niena-

      xpyh nk mantera….
      g jew titow kart high sko0l kjg…..
      grnti jmpe pnye……

    • nur qistina laydya

      menakut betulah cita tu

    • east

      cter nyer kire ok lah…..tp nk tnye cket la…knape murni tetp nak bunuh allisa…allisa tak pernah buli murni…yng lain tu mati kire ade sebab lah….bukan ker…benda tu bunuh sbb murni yang suruh…tolong jawab…tq

    • kartun

      msti best kan cite nie……..aku x tgok ag cite ni……aku nak ngat gok cite……….klu bleh nk tgok skang gak………aku arap sgt dpt beli cd histeria ni………aku ske ngok kak liyana jasmay 2 brlakon………klu ad peluang aku nak ngat aku jmpe ngan die…….lastly, gudluck untuk kak liyana jasmay n tingkatkan bakat akak……..daa

    • http://iwan89@yahoo.com iwan89

      ak pminat cite antu n seram..leh msj je ak kt no ni,iwan89 bera pahang..0139136321

    • Nur Najihah Binti Mohd Salleh

      x best langsung, crite dia x sedap langsung pun

    • http://aina nurul aina ali

      seram gile cerita nie………..

    • http://aina nurul aina ali

      hai kwn-kwn …sye bdk baru kat sinie……seram x cite nie korang

    • http://amira amira

      ko nie gila apa hahaahahaha citer seram pun best
      kalau aku tahut eeeeeeeeeeee…

    • sini pun ada

      sebuah filem seram kelakar from James Lee.. seram tapi kelakar lah pulak!!

      Sini ada filem yang best ~ That Movie Blogger Fella
      thatmoviebloggerfella.blogspot.com



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK