in , ,

Gambar Datuk Siti Nurhaliza Datuk Khalid Shopping Sakan

Gambar yang sedang tular Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid sedang membeli-belah bersama anak-anaknya di bawah ini dapat menggambarkan Siti Nurhaliza punya lebih masa bersama keluarga.

Mungkin Siti Nurhaliza mengambil peluang sempena dengan karnival mega sale Malaysia yang masih lagi berlangsung. Shopping sakan untuk raya ke Siti? Walaupun ke mana sahaja Siti Nurhaliza pergi, dia tetap menjadi tumpuan lensa kamera dan orang ramai. Terbaru di Sitizone.com, Sitizoners telah dijemput untuk menghadiri majlis ulangtahun perkahwinan yang pertama Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ Khalid.

Untuk menghadiri majlis ulangtahun ini anda hanya perlu menulis ucapan yang terbaik bagi mereka berdua. Ucapan anda harus tidak lebih dari 30 perkataan. Pemenang akan dihubungi melalui email.  Malangnya, tarikh tutup peraduan ini telah pun berakhir pada 21hb Ogos 2007 yang lalu. Siapalah peminat yang bertuah dapat hadir di majlis ulangtahun wedding Siti Nurhaliza tu agaknya ya?

Gambar Datuk K

Pada minggu lalu di konsert Mystarz LG, pengacara Naz tersasul dan tersilap menyebut nama Datuk Siti Nurhaliza dengan nama Datuk Silly Nurhaliza. Silly di sini bermaksud ‘bodoh’. Walaupun ini adalah kesalahan kecil namun, saya kira tidak boleh dimaafkan sama sekali. Terus terang saya cakap, dari dulu lagi saya tidak suka dengan cara hos ini mengendalikan rancangan. Ramai lagi hos tv3 yang lebih mampu membuat penonton ketawa dan tidak rasa ralat. Saya lebih menyukai cara Ally Iskandar atau Ahmad Fedtri Yahya. Mereka tampak lebih mesra dengan kamera, lancar dan tidak banyak tersasul.

Gambar Datuk K
Gambar Siti Nurhakiza Datuk K
Gambar Datuk Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Histeria : Cerita Seram di Kolej Usang

Artis Bollywood Sanjay Dutt Dibebaskan Dari Penjara