in ,

Album CD Rebecca dan ALAMband dari Multinum Entertainment Sdn Bhd

Pagi tadi, Budiey ada menerima bungkusan daripada Multinum Entertainment Sdn Bhd yang berisikan 2 keping album CD. Satu daripadanya adalah album CD penyanyi jelita dari Indonesia, Rebecca yang berjudul “Kata Hati” dan satu album CD daripada kumpulan band muzik yang terkenal di Universiti Putra Malaysia, ALAMband yang berjudul “…Tetap Milikmu…”. Terima kasih kepada Mark dari Multinum kerana sudi mengirimkan album-album ini untuk dipromosikan di Sensasi Selebriti.

Album Bungkusan Rebecca

Selain mempromosikan kedua-dua album ini, saya juga akan cuba mengulas album ini sejurus selepas mendengar kesemua lagu yang ada.

Album Terbaru

Emelda

Saya nak bercakap sikit pasal ALAMband… mmm korang pernah dengar ke ALAMband ni? Pernah terbaca pasal mereka? Mungkin bagi pelajar bekas siswa siswi dari UPM mungkin pernah melihat persembahan mereka. Seingat saya, ALAMband pernah muncul 5 tahun lepas dengan album pertama. Tetapi bagi anda yang kali pertama terbaca di blog ini, sila klik dan add myspace mereka di: myspace.com/alamband untuk berkenalan lebih lanjut dengan mereka.

Mungkin ada yang terlupa bahawa ALAMband pernah melahirkan sebuah album 5 tahun yang lalu. Tampak jelas mereka ini begitu optimis dengan cabaran dunia muzik masa kini untuk meneruskan perjuangan membawa nama ALAMband. Setelah tenggelam selama 5 tahun, kini mereka bangkit menghiburkan peminatnya. Mereka masih lagi seperti yang pernah anda kenali dulu. Masih kuat dengan alunan muzik gaya mereka tersendiri. Dan album terbaru ini menjadi penyemarak semangat lima anak muda ini untuk terus berdiri dalam industri seni suara.

Mempertaruhkan 10 buah lagu pop dalam album Tetap Milikmu dan empat daripadanya adalah lagu yang baru. Lagu Aku Tetap Milikmu. Selebihnya, adalah lagu yang pernah menjadi kenangan dan masih berada dalam ingatan.

Sebenarnya, Alamband pernah melahirkan album pertama mereka iaitu Hikayat Orang-Orang Kecil pada tahun 2001. Ketika itu, mereka berada di bawah pengurusan syarikat Silver Tortoise Enterprise. Namun kini, mereka berada di bawah naungan Alamorphosis Sdn Bhd. Mungkin ada kaitan dengan nama mereka ini dengan nama syarikat pengurusan yang dipelopori oleh Zainal Alam Kadir ini. Ya, memang betul, Zainal Alam Kadir ada kena mengena dengan band ini kerana beliaulah penerbit album pertama. Apa-apa pun, 3 daripada mereka adalah anggota baru iaitu dianggotai oleh Muhammad Kautsar Mat Sin atau Al-Kautsar yang bermain bass selain penyanyi, Yusri Mohd Azmi (Yus) sebagai pemain dram, Isma Izhar Che Ismail (Isma) selaku pemain gitar, dan Ariansa Sanusi (Adiey) juga pemain gitar. Antara lagu yang termuat, Hanya Mimpi, Aku Tetap Milikmu, Jatuh Padamu, Tercipta Untukmu, Hati Seorang Wanita, Citra, Dewi, Dunia Milik Kita, Kernamu dan Setulus Kemaafan.

Dapatkan album ALAMband yang sedang berada di pasaran!

Album Alamband

[tags]promosi album terbaru, alamband, rebecca cewek indon, gambar alamband, gambar rebecca, Multinum Entertainment Sdn Bhd, lagu alamband, lagu terbaru alam band, lagu terbaru rebecca, Hikayat Orang-Orang Kecil, erra fazira filem cuci, Universiti Putra Malaysia, upm, siswa siswi, majalah siswa, Silver Tortoise Enterprise, Tetap Milikmu, myspace alamband, myspace artis melayu, filem budak lapok, sinopsis filem budak lapok, pelakon budak lapok, bapuk, profile datuk lat, aroma rasa, gambar amy mastura, mila & frens planet hollywood, sahri tinggallah sayang, marsha mp3 terbaru, cornetto, Hanya Mimpi, Aku Tetap Milikmu, Jatuh Padamu, Tercipta Untukmu, Hati Seorang Wanita, Citra, Dewi, Dunia Milik Kita, Kernamu dan Setulus Kemaafan, download ringtone percuma[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Ujibakat OIAM di Kota Kinabalu, Sabah

Sinopsis Filem Histeria : Cerita Seram di Kolej Usang