in , ,

Siapa Pemenang Tiada Lama Tiada Baharu Satu Satunya

Gemilang Malam Kemuncak Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya Pada 29 April Ini

Debaran siapakah antara 20 peserta yang bakal merangkul gelaran juara dalam lapan anugerah khas yang dipertandingkan bakal diketahui apabila berlangsungnya kemuncak akhir program realiti TV sensasi, Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya (TLTB SS) pada 29 April ini, jam 9.00 malam bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur.

TLTB

Dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah 250,000 ribu ringgit termasuk sebuah kereta Proton Persona, masing-masing bakal berentap mengikut senarai kategori dipertandingkan iaitu Juara Muka Iras Artis, Naib Juara Muka Iras Artis, Tempat Ke-3 Muka Iras Artis, Penuntut Popular, Ikon Popular, Penuntut Contoh, Persembahan Terbaik dan Penuntut Terbaik yang turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran TV1.

Penuntut akhir TLTB SS diberikan tugasan masing-masing di mana mereka dibahagikan kepada dua kategori melibatkan Nyanyian seramai 14 orang dan selebihnya enam orang bertanding dalam kategori Muka Iras Artis. Nama-nama yang bertanding dalam kategori ini adalah Hamim , Amsyar dan Irsa, Fazra, Sam dan Raida, Ashraf, Umar, Nazie, Akmal, Mira, Hadi, Seni dan Awis. Peserta-peserta bakal mempertaruhkan bakat suara masing-masing yang mirip suara Ikon-Ikon ternama antaranya Datuk Jeffrydin, Mas Idayu, Noraniza Idris, Datuk David Arumugam, Datuk D J Dave, Hail Amir dan Uji Rashid, Datuk M. Daud Kilau, Ramlah Ram, Aishah, Datuk A. Rahman Hassan dan Datin Azizah Mohamed serta Jamal Abdillah.

Manakala bagi Kategori Muka Iras Artis peserta yang bertanding adalah Epul dan Nurul (Mawi & Ekin), Tiara (Nur Khiriah) Nurkhuriah (Mek Salam Pantai Timur).

Program Tiada Lama Tiada Baharu dengan Tagline Satu – Satunya, sebuah program realiti berbentuk hiburan yang berkonsepkan pencarian bintang realiti dengan mencungkil bakat – bakat baharu bagi melahirkan pemain seni yang tersohor lagi berkualiti di mana percambahan idea oleh Azwan Ali sebagai penulis skrip dan pengacara TLTB SS bergandingan bersama Didie Alias. Kolaborasi dua pengacara di gelar pasangan AA dan DA ini nyata berjaya menarik perhatian penonton dengan pelbagai gimik yang dipersembahkan.

Konsert mingguan TLTB SS diadakan pada setiap Jumaat jam 9.00 malam ini bersiaran secara langsung dari Studio 1, Angkasapuri di saluran TV1. Ternyata program hiburan TLTB SS memberikan hasil yang luar biasa terhadap sambutan penonton yang sentiasa mengikuti persembahan para peserta dan gelagat ikon yang siarkan selama 1 jam setiap minggu.

Para penuntut diberi pendedahan dengan mengaplikasikan ilmu pembelajaran khusunya dengan memberi focus terhadap muzik, nyanyian dan tarian. Para penuntut akan diberi pendekatan kursus ala ‘Luar Kampus’ selama 11 minggu oleh 11 Ikon terpilih dan diadakan di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur.

Orang ramai dijemput hadir menyaksikan malam kemuncak TLTB SS di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur.

TLTB

TLTB

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album Lagenda Hit Raihan

Menangi Percutian Ke New Zealand Terhebat Airasia X